Monday, April 22, 2013

Khasiat madu dan kayu manis

terbaca tentang kebaikan madu dan kayu manis. even dalam Al-Quran pun ada menyebut tentang khasiat madu.

surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”

bacalah...


sekarang ni, banyak fakta tentang keupayaan madu dan kayu manis. campurannya boleh menyebuhkan pelbagai jenis penyakit.Ayurvedic dan perubatan Yunani telah menggunakan madu sebagai salah satu bahan dalam perubatan. saintis juga bersetuju bahawa madu berkesan untuk hampir semua jenis penyakit. dikatakan, tiada kesan sampingan jika mengambil madu, even tidak mudarat bagi pesakit kencing manis.

Weekly World News, majalah di Kanada, tarikh 17 January 1995, telah mengeluarkan senarai penyakit yang dapat diubati atau dicegah dengan pengambilan madu dan kayu manis.

SAKIT JANTUNG: Campurkan madu dan kayu manis. bole dijadikan sebagai jem untuk disapu atas roti, biskur. ia dapat mengurangkan kolestrol dalam arteri dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung. Jika pesakit pernah mengalami serangan jantung, amalan makan campuran madu dan kayu manis secara harian dapat melambatkan proses serangan seterusnya. InsyaAllah.


pengambilan berterusan boleh menguatkan denyutan jantung. di Amerika adan Kanada, pusat penjagaan untuk orang sakit telah berjaya merawat dan menemui penemuan, disebabkan penuaan, arteri dan urat-urat menjadi longgar dan tersumbat. oleh itu, madu dan kayu manis memperbaiki semula arteri dan urat-urat..

GIGITAN SERANGGA: Ambil satu bahagian madu untuk dua bahagian air suam dan tambahkan satu camca teh kecil serbuk kayu manis. gunakan campuran ini sebagai ubat dan sapukan di tempat gigitan. kesan dapat dirasai dalam 1-2 minit.

ARTRITIS (RADANG SENDI)Pesakit artritis boleh mengambil setiap haripagi dan malam,satu cawan air panas dengan dua sudu madu dan satu camca teh kecil serbuk kayu manis. pengambilan secara tetap dapat memulihkan pesakit artritis yang kronik.

dalam penyelidikan terbaru diCopenhagen University, ia telah didapati bahawa apabila doktor-doktor merawat pesakit mereka dengan satu sudu besar madu dan setenga sudu teh kayu manis yang ditumbuk sebelum sarapan, 73 dari 200 pesakit mengalami pemulihan dalam masa sebulan. mereka bole mula berjalan tapa rasa sakit.

KEGUGURAN RAMBUT: Campurkan minyak zaitun panas, satu sudu besar madu dan satu sudu teh serbuk kayu manis. biarkan campuran selama 15 minit di kepala. lihatla kesannya even diletak dalam masa 5 minit

JANGKITAN-JANGKITAN BUAH PINGGANG: dua sudu bersar serbuk kayu manis dan satu sudu teh madu dalam segelas air suam dapat membunuh kuman dalam buah pinggang.

SAKIT GIGI: campurkan satu sudu teh serbuk kayu mansia dan lima sudu teh madu. sapukan di tempat gigi sakit. teruskan hingga hilang rasa gigi sakit.


KOLESTEROL: ujian ke atas pesakit, segelas (lebih kurang 500ml) air teh dicampurkan dengan dua sudu besar madu dan tiga sudu serbuk kayu manis dapat mengurangkan tahap klestrol sehinnga 10% dalam masa 2 jam.

SELESEMA: satu sudu besar madu suam dengan 1/4 sudu serbuk kayu manis setiap hari selama 3 hari dapat menyembuhkan batuk kronik dan membersihkan saluran hidung.

KEMANDULANperubatan Yunani dan Ayurvedic telah menggunakan madu untuk mengatasi masalah sperma lemah. dua sudu besar madu sebelum tidur, membantu mengatasi masal ini.

Di ChinaJepun dan negara-negara Timur, wanita yang sukar hamil dan masalah uterus lemah, mengambil secubit serbuk kayu manis dan setengah sudu madu. campuran disapu di gusi supaya mudah larut dalam air liur seterusnya meresap ke dalam badan. 

Satu pasangan di Maryland, AMERIKA SYARIKAT, tidak mempunyai anak selama 14 tahun dan telah hilang harapan untuk mempunyaianak sendiri. apabila mengetahui tentang kajian ini, suami dan isteri tersebut telah mengambil sukatan seperti di atas. akhirnya, isteri mengandung dan melahirkan kembar.

PERUT BERMASALAH: Madu yang diambil bersama serbuk kayu manis memulihkan sakit perut dan melegakan ulser perut dari akarnya.

GAS: Menurut kajian yang dibuat di India dan Jepun, ia mendedahkan bahawa jika madu diambil dengan serbuk kayu manis, dapat mengeluarkan gas dalam perut.

SISTEM IMUNISASI: Kegunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem imun dan melindungi badan daripada bakteriadan serangan-serangan virus. Saintis mendapati madu mempunyai pelbagai jenis vitamin dan zat besi untuk melawan bakteria.

KETAKCERNAAN: ambil dua sudu besar madu dan serbuk kayu manis sebelum makan. ia membantu menghadam makanan berat. 

SELESEMA: Seorang saintis di Sepanyol telah membuktikan madu itu mengandungi satu ramuan semula jadiyang membunuh kuman-kuman selesema dan menyelamatkan pesakit dari selesema.

MELANJUTKAN USIA: Teh yang dibuat dari madu dan serbuk kayu manis, jika diambil berterusan boleh menghalang penuaan. ambil 4 sudu madu, 1 sudu serbuk kayu manis dan 3 cawan air. rebus. minum 1/4 cawan, 3-4 kali sehari. mengekalkan kesegaran kulit dan melambatkan penuaan.

JERAWAT: ambil tiga sudu besar madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis. sapukan di tempat jerawat sebelum tidur dan basuh bersih dengan air suam esok pagi. jika dilakukan setiap hari selama 2 minggu, akan membuang jerawat dari akarnya.

JANGKITAN KULIT : Sapukan madu dan serbuk kayu manis (campuran sama banyak) di tempat jangkitan. membantu menyembuhkan pelbagai jenis jangkitan kulit.

KANSER : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan kanser perut dan tulang berjaya disembuhkan. pesakit yang menderita kanser jenis ini disarankan mengambil 1 sudu madu dan satu sudu teh serbuk kayu manis 3 kali sehari, setiap hari selama sebulan.

KELETIHAN: Kajian baru-baru ini telah membuktikan bahawa kandungan gula madu lebih banyak membantu daripada menjadi mudarat untuk kekuatan badan. warga tua yang mengambil madu dan kayu manis akan menjadi lebih berwaspada dan flexible.

Dr. Milton yang telah membuat penyelidikan berkata bahawa setengah sudu besar madu diletak dalam  satu gelas air dan ditaburkan denganserbuk kayu manisdiambil setiap hari selepas memberus dan pada waktu tengah hari pada kira-kira 3.00 petang, dapat mengembalikan kecergasan pada badan yang mulai lemah.

NAFAS BERBAUOrang selatan Amerikaperkara pertama pada waktu pagi berkumur dengan satu camca teh madu dan serbuk kayu manis  dalam air panas. Jadi nafas mereka kekal segar sepanjang hari.

HILANG PENDENGARAN: pengambilan secara harian madu dan kayu manis mambantu memulihkan pendengaran.

* bagus kan khasiat madu dan kayu manis ni. kalau rasa susah nak cari serbuk kayu manis, ambil je yang kat rumah. kayu tu tumbuk pakai lesung. tapi jangan telan. tercekik. MC lebih prefer camtu sebab serbuk rasanya lekat di tekak. uweekk..tak sesuai. huhuhu. 

ok tak MC translate? hihihi..penat tau. for those yang terasa nak copy Malay version yang takde la perfect sangat ni, silakan. MC tak marah pun. share-share ye. kalau nak tengok english version, copy and paste link kat bawah


sama-sama la kita amalkan. murah dan jimat kan?

Saturday, April 20, 2013

kisah zaman sekolah..obses

best tak zaman sekolah? tak kisah la sekolah rendah ke, menengah ke, sekolah tinggi ke.. time jadi student, jeles kan tengok orang keje. sebab malas nak buat homework, malas nak bangun kol 6. malas nak tunggu hari selasa (turn kemas bilik darjah). pastu dah keje, gedik teringin nak balik zaman kanak-kanak ribena. sebab stress ngan keje, pikir duit manjang. hihihi..normal la tu kan?

ape yang best ye..masa MC skolah dulu, ok je. bukan budak nakal. doh hostel time darjah 6. pastu terikut dengan kawan yang ada buku tuk lirik-lirik lagu hindustan. hahaha..amazing kan? tak leh blah cmne la ktorang confident ejaan or sebutan lagu hindi. MC punya fevret hero, of course la SRK. jiwaaaannngg :p feeling weyyh dia berlakon. menitik je air mata tengok KKCH. pastu asing kan setengah untuk lirik lagu melayu and english. punya la banyak masa lapang.

sekolah menengah, ada masalah air. dah la baru masuk form 1. almost 2 weeks kena mandi kat skolah sebab hostel takde air. imagine kol 5 pagi ngan kaka senior pegi mandi kat tepi makmal. makmal lak ujung skolah. tepi pagar. and sbelah pagar tu tanah perkuburan Islam. gigil gak. kecut perut. pastu berlagak takde ape-ape. padahal dalam hati, cam nak meraung sebab kakak senior tu gosok gigi je setengah jam. MC siap mandi dia tak abis lagi. adoii. dah la gelap. setengah student lain mandi dalam toilet. tapi ktorang taknak gamble queue panjang. hohoho. pengalaman sadis jugak la. dah la skolah tu macam-macam news. meremang. budak-budak la katakan.

zaman sekolah memang best sebab ada time PJ, takyah tukar baju sukan if cikgu sporting. tapi sesuai dengan umur yang meningkat, MC rasa every level of our life ni, ada keistimewaan dan kesedihannya. takkan nak dok skolah rendah je. takmo kawen??? (gatai nooo)

dah la. nak kemas bilik jap. selamat berhujung minggu. jangan shopping sakan ye. minggu depan baru gaji :)

Friday, April 19, 2013

frust menonggeng tertonggeng

kalau hati rasa sedih, banyakkan istighfar. bukan MC nak tunjuk baik, tapi tu la yang slalu diamalkan. tapi jangan ingat Allah time sedih, susah je. ape pun agama korang, ingat la tuhan memasing.

bukan bercinta je nak rasa frust, fail subjek time study, tak dapat naik pangkat, tak cukup duit (yang ni mesti ramai yang setuju), tiket murah melancong tak sempat grab (yang ni gedik ok!!). pastu ape korang rasa? mesti sedih sampai menangis, rasa down yang teramat sangat.

my personal experience, pernah frust. atas sebab-sebab yang kena dirahsiakan. hahaha. pastu maybe sebab time tu tak mature lagi. rasa nak dok tengah jalan biar kena langgar. so that tak payah pikir problem tu lagi. cetek kan? tambah lagi MC ni kan perempuan. emosi terlampau. nasib baik iman masih bersisa. kalau tak, tak dapat la MC share story-story ngan korang. ye tak? :)

hidup ni, macam-macam ujian yang tuhan bagi. untuk menguji tahap keimanan kita. tapi based ape yang MC baca, Allah tak akan uji hambaNya dengan dugaan yang dia tak bole atasi. sorry la. ayat MC cam kureng sket. huhu. means, setiap dugaan yang kita hadapi, ada jalan penyelesaian. cuma bergantung macam mana kita handle that situation. nak pasrah ke, menyerah ke, atau berusaha mengatasi.

sekarang ni, kalau MC down, MC ingat balik perkara yang jadi dulu. MC taknak sampai emosi menguasai fikiran kita. sabar la dalam hidup ni. takkan nak hepi je kan. tanpa pengalaman, siapa la kita. kosong. zero.

kuatkan semangat, cekalkan hati. kita masih insan bertuah kalau nak compare dengan masyarakat di luar sana. syukur.

Thursday, April 18, 2013

love your job

sesiapa yang tengah kerja sekarang, tak kira la kerja ape, asalkan halal, bersyukur la. korang ada peluang untuk mendapat gaji. compare dengan sesetengah yang stil lagi menganggur tak tau nak keje ape.

MC pelik tengok orang yang menganggur ni. tak boring ke dok rumah je? lain la dia ada bisnes online ke, foreign exchange (forex), tolong company mak pak ke. tak kisah la. kalau goyang kaki layan tv, amboi, berdaulat kau?? kesian parents keje, kau tak buat ape-ape.

jangan cerewet dalam mencari rezeki. biar susah asalkan halal. MC bukan nak berlagak. tapi pas abis blaja, MC keje kat butik pengantin. Gaji rm600 je. rasanya, sape yang ada diploma pun tak sanggup kot nak keje gaji ciput camtu. kan? ade la sikit, tapi tak ramai. ape yang MC rasa best, sebab keje tu, MC dapat improve soft skill. so, setiap kerja ni ada kebaikannya. prinsip MC, takyah malu ngan kerja korang. start dari bawah pun ok. we feel the journey. gituuuu!!

5 tahun pas abis blaja,  MC bukan keje ape yang blaja kat Uitm dulu. ibarat MC amik degree jual pisang goreng, tapi keje jual sate. nampak tak beza kat situ? hahaha. tapi ok la. MC ikhlaskan diri keje sebab nak cari rezeki. ye la, segan kan nak mintak duit kat parents. dah la time blaja mintak, abis blaja mintak lagi? ada la sikit-sikit. time gaji lambat masuk. pastu ganti balik tau!! baik tak MC ni? sape nak buat menantu sila contact ye. hahahaha

MC penah cakap kan. ikhlaskan diri ngan keje kita. now, MC dah keje dalam my field. baru lagi. tak sampai setahun. merangkak jugak la nak kena blaja balik. susah wooo nak terima sebab MC kurang minat. tapi slowly, kita akan rasa seronok. even sometimes stress. hihihi. normal la tu.

kerja leklok ye.!! :)

Wednesday, April 17, 2013

Taksub melampau

pagi MC dicemari satu insiden yang menyakitkan hati. huh!! tapi takpe. sesudah manji, alkisahnya, sejukla sikit hati MC ni. terus setelkan issue tu before pegi opis. kang hilang lak mood nak buat keje. :(

MC pelik tau ngan orang yang taksub ni. especially artist. sumpah MC tak jeles pun. apatah lagi nak downgrade kan group ni. for me, korang ada hak nak taksub ke, nak sembah artis tu. whatever. as long tak kacau hidup orang lain. ye tak? pikiran, attitude, percakapn seseorang mana la boleh kita control. MC lagi la malas nak menegur.

kenape kita marah kalau orang lain tak suka artis yang kita suka? siapa dia? adik beradik? sedara mara? tak poooonnn. ape hal nak panas hati kan? tak pasal kena saound setepek. pastu beramai nak buat general statement. ooo..ajak geng ye. macam la MC ni slow sangat nak tangkap yang korang tu mengata aku kan? lantak la.

ape yang MC nak gitau, jagala ape yang kita nak cakap, taip. pikir baik buruk. jangat ikut sangat emosi. ni dah la isu remeh temeh. takde pekdah. tak pasal. confirm 1 geng akan stay away from MC. hurrmm..sedih kan? tapi life must go on. kalau diorang taknak kawan, ramai lagi kawan bole kita cari. jangan sebab sayangkan frenship, kita butakan hati pulak.


Tuesday, April 16, 2013

perempuan punya topic

Sebenarnya MC tengah bengkek, marah,  bengang ngan sorang makcik ni.  Mentang-mentang la dia  pangkat tinggi,  jangan suka  ati nak blame orang bawahan. Tanpa kami, sorang buat keje. Nak??

Takpe, tinggaklak issue ni. Tak elok marah.  Huhu

Yeayy!!! Barang sudah sampai.  Layannn


order kat lelong.my. harga rm29 je.plus postage less than rm40. ok la

ni namanya epilator. MC first time nak try. penat ooii nak pakai wax. dah la mahal kan. untuk kaki yang mulus. hihihi

p/s : sorry kalau sesiapa tersinggung dengan isu ni. tak semua orang suka cukur bulu kaki kan. :)


Express Rakyat

nyaman je kalau tido bukak air cond kan? sememangnya air cond MC kurang suka. dah la buat jahat. tak pepasal pagi ni bangun 6.45am!! arrggghh. nak cuti, dah abis. nak amik mc, takmo la. kurang gemor. huhuhu. so, sepantas kilat MC bangun pegi mandi.

bukan mandi kerbau la. mandi as usual tapi tak berangan jadik puteri pun. pas mandi, carik baju takyah iron, siap pakai bedak, blusher, sikat rambut sikit2, start enjin kete..eh..pukul 7.00am!! amazing tak? hehehe. MC bukan spesis yang slow kalau bersiap. memang cepat sebab time mandi dah pikir next action. kira sume tu memang ada turutan la. bole je nk siap slow-slow tapi dah terlambat bangun, hah, jangan ngengada.

nasib baik abang polis dengan jayanya control trafik. singgah kedai tapau, punch card pukul 7.21am. hihihi. sukaa. and nasib jugak sini bukan KL. kalau tak, kirim salam la. kemungkinan besar MC akan mc. hahaha


Monday, April 15, 2013

jangan jadi sempit

tak faham ke? alaa..saje tajuk nak bagi gempak. weekend MC tak sempat langsung nak update blog ni. kesian kan. takde la bizi hal negara, tapi ada kawan datang. so jadi la bodyguard tak bertauliah tak berbayar. hihihi

Sempit? kalau kain sempit, ramai girls suka. haha. MC suka kain terbelah sket. sempit susah nak langkah. keciiikk je. Maksud jangan jadi sempit ni, refers to our thinking, attitude, knowledge and etc. malas pulak nak pikir kan :p contoh kalau pemikiran, jangan selalu anggap kita ni betul. memang ada yang cakap ' dengarlah kata hati, kerana hati yang lebih memahami' ceewahh. ni buat sendiri okay. tak ciplak pun. idea mari di pagi Isnin. kadang-kadang ape yang kita pikir based ape yang kita nak. terlepas nak fikir perasaan orang sekeliling or the actual current fact. sebab tu kadang-kadang kita kena luahkan, share some issue. so that, ada yang bole bagi pendapat, argue. walaupun pendapat dorang bukan betul sangat, at least bole bukak mata kita. think out of the box!!

yang MC suka, jangan jadi sempit in terms of knowledge. jangan ego, malas nak belajar benda baru. dunia ni bukan setakat 1 meter persegi tepi korang je. luuuaaassss. seluas lautan :) pelik jugak tengok masyarakat sekarang. bukan semua lah. sesetengah la. kalau perempuan mostly ape yang dalam otak shopping, travel, ngumpat opismate, latest songs. kalau lelaki awek cun, kereta, politik, current job. tak salah kalau slowly, kita belajar tentang perkara lain. contoh, perempuan ambil tahu pasal kereta ke, politik ke. yang lelaki bole belajar art of shopping ke, how to make more money, family..macam-macam.

jangan jadikan alasan tak de kerja nak buat. tu yang memasing 'merendek' je keje. tak kisah la spesis ape pun. sama je.

MC rasa interested nak tau jobscope orang lain. what is that, how to do it, potential market. sebab kerja MC agak limited to office, so peluang aritu dapat ikut naik kapal, best sangat. tak kisah la muka burn gila. tapi sape nak bayar pengalaman tu?

theme of the day ' celikkan mata, bukakan hati, lapangkan dada'

Friday, April 12, 2013

Video 18sx

lagi 3 minggu kan nak ngundi..hihi. bukan MC nak berkempen kat sini la. nak cite isu hangat PRU 13 ni.

the most story yang poeple suka ialah video 18sx yang banyak di upload lately. tak kisah la aprti mana. tapi yang MC nak tekankan, sometimes MC rasa malu. dan rasa perlu ke kita upload untuk semua? memang la kalau tak upload, orang tak kenal your attitude. tapi kalau dah upload, sedikit sebanyak mengaibkan keluarga si polan tu. kesian pun ada.

itu la. politik ni boleh tunggang terbalikkan someone. kalau rasa banyak black side, tak kuat mental fizikal, takyah la jadi calon. senang je orang nak petik story. tak pepasal deposit burn. dok gitu?? baik bagi MC, bole gak pegi shopping ke, derma ke. :)

tapi yang paling penting, kalau tak buat salah, mesti tak rasa takut. jangan 'makan' luar kalau kat rumah dah ada lauk. huurmm

salam Jumaat. esok dah weekend. woohoooo!!!

Thursday, April 11, 2013

Superstitious; adat dan kepercayaan

MC memang orang kampung. tapi MC tak suka sangat certain amalan yang takde justification  nape nak kena amalkan. yelaahh, bukan nak cakap moden sangat. tapi tak suuuukaaa. kalau korang bole bagi justification, silakan. amatlah dialu-alukan.

1- kalau nak makan ubat, tak kisah la cecair or pil, tak boleh makan durian, tembikai dan madu sebelum tu.

2- time hujan lebat yang ada guruh dan kilat, sila tutup/cover ape jenis cermin dalam rumah and emas yang korang pakai. owh, yang ni maybe sebab taknak kilat sambar emas or pantulkan dari cermin. betul ke?

3- jangan makan pinggan double. tak elok. eee, apesal? dah abis makan, nak cuci, double la pinggan tu. tapi adik lak tambah lauk suh abiskan. salah ke?? :p

4- time masak, menggoreng, sudip or senduk yang dipakai jangan ketuk-ketuk tepi kuali or periuk kalau nak tanggalkan makanan yang tengah dimasak. tolak la pakai another sudip ke, pakai sudu ke. adedehh..banyak la nak kena basuh pinggan ni!!

5- jangan dok kat tangga, nanti lambat kawen.

ni antara yang MC kena hadap. memang banyak lagi pun. tapi MC taknak la tiru dorang. ni based on real experience. tapi sekarag degil. takmo ikut unless yang nombor 1. haisshhh, berjaya jugak influence aku :(
kalau ada lagi, MC tambah ye. nak stat keje lak. adioss

pembakar semangat yang kejap up, kejap down

morning..ohayo gozaimas..erkk..assalamualaikum :)

best nya rasa. dah hari khamis weyhhh. esok Jumaat. last day working!! sape tak suka Jumaat, sila terjun sungai Klang ye. ape kaitan ntah. hahaha.

semalam,ada sorang member pengamal atkins diet ni. dah masuk 4 bulan. fuhhh..kental semangat dia. Testimoni dia, dari saiz xxl da jadi l. tercabar la beb. MC pun tanya la, banyak exercise tak? ada tipu skali skala tak? dia jawab, exercise jarang sesangat. tipu tu ada la jugak sebab pagi semalam dia dengan jayanya menghabiskan sebungkus nasi lemak tepi jalan yang mabeles. Means, bagi MC la, atkins ni once kita da bole control pasal carbs, sebulan skali or 2 minggu skali terambik nasi or mee, no big deal. anda setuju?

Macam yang MC cakap sebelum ni. MC pun dah bole rasa baju ada sikit longgar. tapi berat kemain slow nak turun. takpe, usaha. jangan buat kerja separuh jalan.

kalau nak share, cerita, or tanya ape-ape, just komen. kalau MC tau, insyaAllah bole jawab. kalau tak, pegi je baca blog si Dzul tu. banyaaaak sangat info. FOC lagi. Duit simpan buat beli telur ayam utk breakfast ye :p

Wednesday, April 10, 2013

tak melawa pun takpe, dah ada yang sayang....

panjang ke tajuk? saje je nak bagi nampka gempak sket. ok tak? lalalala

ni MC buat pos special tuk kaumku yang tercinta. cheewaahhh. bukan ape, memang la cantik tu universal, lies in the eyes of the beholder. tapi kan, jangan nak sedap hati je. dont take it for granted. eh eh eh, ape kes nak speaking je ni? cakap melayu lahh.

mesti dah biasa dengar kan time belum kawen bersolek lawa-lawa, sakan pilih baju nak yang ter'best'. pas kawen, pakai kain batik 24/7. dah la berkemban je. mana baju kau ooiiiii??? tak muat ke?? konon alasan 'takpe la. dok rumah je, takyah melawa pun'. salah cik kak cik adik sekalian. memang perempuan yang meningkat umur, dia rasa tak perlu bersolek bagai. tapi korang tau kan ellaki ni ibarat kelapa. makin tua makin banyak santan. heh, mana lelaki jual santan!! cilakak. means lelaki yang berusia ni ramai anak dara, kak janda even isteri orang carik a.k.a tinggi peluang bermadu. nak ke?

bersoleklah, berpakaian lah biar sedap mata memandang. kalau bukan untuk suami pun, kan ada family, sedara mara kat rumah. takkan nak selekeh je.





yang mana satu pilihan anda? MC google je pic tu. harap maap lah kalau tu pic korang ye.


Tuesday, April 9, 2013

Melayan jiwa romantika

tak leh blah kan tajuk?hahaha

setelah habis bengang, geram ngan penjual, finally sampai jugak. wooohooooo!!!




korang nak review ke?? kalau taknak, takpe la :) happy reading

anniversary ke sebulan...hihihi

6 April 2013 yang lepas, cukupla MC sebulan amalkan Atkins diet ni. ape yang MC nak share, memang mula-mula rasa goyah je iman. nak makan je nasi. tapi alhamdulillah, dapat kuatkan semangat. macan tak caya pun ada. dapat tepis godaan segalan jenis produk pelansingan ooo.

Jangan membazir. banyak jenis diet seimbang kat dunia ni. jangan pilih jalan singkat. percayalah, MC salah seorang yang suka ambil jalan singkat. pastu tak puas hati dengan hasil yang last for short period je. nak ke camtu?? takmo kan :)

After turun 5kg dalam 3 weeks, penurunan agak slow. kadang-kadang down jugak sebab biasalah, perempuan ni kan suka sangat jadikan penimbang tu as besfren. hehehe. tapi sebab few baju dah longgar, so tolak tepi sikit isu penimbang tu. setiap orang berbeza. Maybe MC lambat sikit turun tapi inch kurang. Syukurlah.

Kan diet ni dalam sebulan boleh ada sehari cheat day kan??hahaha ngam-ngam sebulan, MC tak tahan godaaan banana leaf. kejam kan? takpe, MC makan suku cup je ngan ayam and kacang panjang. lupa lak kacang panjang tinggi carb. so setengah jalan, tak habiskan kacang panjang.

Macam MC cakap sebelum ni, kena pandai-pandai control la kan. nasib baik after that day, takde lak MC meroyan nak makan nasi ke. ok je.

aja aja fighting!!!

#muka MC dah kurang burn kat pipi. thanks Maixara. nak ke??

Monday, April 8, 2013

Tupperware serba berguna

ni la bekas hikmat MC bawak pegi opis hehari.
tempat cucuk wayar

another internal bekas. kira 2 in 1 la. bole asingkan yang berkuah ngan goreng-goreng

plug yang kaler putih. 2 pin

taraaaa!! ni la bentuknya


MC suka masak sup malam sebelum keje. then, pagi takyah reheat. letak je dalam bekas ni. pastu plug and biarkan almost 2 hours. sedaaaapp. sampai tercabut isi dari tulang. so function as slow cooker jugak. MC beli kat Parkson RM49 jeee. 

#now tengah panaskan sup ayam..weeeee

Kalau ditegur..

assamualaikum..selamat pagi. ada rasa Monday blues tak? kalau takde, ok lah. kalau ada, sila pergi lompat katak 10 kali. hihih

Mesti datang opis berkobar-kobar nak gosip pasal ABPBH semalam kan? MC bukan blog gosip artis, so takde la pic bagai. kalau nak tengok, banyak je kat blog lain. 

MC just nak cerita pasal baju-baju artis kita yang gojes, awesome and sedih pun adoo. hahaha. nak kena sebut nama ke? tak payah la. sendiri pikir ok. tak elok ngumpat pepagi ni. starts your day with smile, ye. :) ada sorang artis tu, umur pun dah nak agak senja, tapi pakai dress ya ampuunn, atas peha beb!! padahal dah kena kritik, tegur ngan peminat. tapi tu la. yang MC nak highlight ni, as a human, most of us tak boleh ditegur. Kita akan melenting. even bukan directly dia balas, bukan ngan kata-kata, tapi apa yang ditegur tu akan lagi dibuat. makin teruk adalah. sort of memberontak.

Actually, kalau nak menegur, ada adabnya. bukan main sembur je. bukan MC nak pertahankan artis seksi. yang bukan artis pun ramai je yang seksi. itu la, tegur la sabaiknya. Jangan memaksa. guna kaedah psychology. ceewaahh. macam pakar kaunseling pun ada. hahaha. betul, kadang-kadang cara kita yang lembut, lagi dia akan rasa nak ikut/berubah dengan sendiri. dah besar kan? tak payah nak membebel segala, boleh pikir sendiri.

emo?? tak la. MC pun kenkadang rimas jugak kalau ada yang menegur. especially kalau guna tone tinggi or sindir-sindir. automatic rasa nak buat something lagi worse. padahal orang tegur untuk kebaikan diri sendiri. Hmmmm.  Jangan jadi cam MC okay!


Sunday, April 7, 2013

“Pakej Pulau Malaysia Bersama Jomlahcuti.Com”

Siapa tak suka holiday?? tipuuuuuu!!

bestkan kalau dapat melancong? tak kisah la dalam or luar negara. MC pun tak bis khatam lagi Malaysia ni. hihihi. ikutkan hati, dalam setahun tu nak jugak  la at least 2 kali cuti-cuti kan. nyummyyy!!

even korang suka bercuti, tapi tak semua tau yang pandai arrange percutian ni. ye la..nak kena beli tiket, cek hotel rate, transportation, makanan aktiviti semasa percutian dan macam-macam lagi. so, MC nak cite satu blog ni yang akan buatkan korang senyum sampai belakang kepala :p

Macam-macam pakej ada. pulau-pulau awesome kat Malaysia, negara-negara Asia. yang bestnya, kalau ada nak tanya ke, just email. confirm ada respond. bole jugak 'like' kat facebook or subscribe through email. FOC je babe!

Rambang mata tengok pakej. Nak nangis pun ada sebab tak tau nak pilih. muraahh dan senang. Kalau trip beramai-ramai, bole kawtim lagi kot. ape pun, email je kesales@jomlahcuti.com. Malas nak email, calling-calling ke 03- 5510 8266.

so, conclusion is "Saya ingin bercuti bersama jomlahcuti.com kerana pelbagai pakej menarik yang sesuai untuk bercuti bersama kawan-kawan atau keluarga. Jom bercuti!!


ada gaya tourist cun tak?? hahahaha

Friday, April 5, 2013

Sifat Hasad Dengki...PHD

Tak suka kan kalau ada kawan-kawan ke, family ke yang ada sifat dengki ni. Memang la dengki ada 2 jenis. dengki untuk kebaikan , dengki yang menjatuhkan.

Contoh dengki untuk kebaikan ialah kalau kita rasa nak belajar bersunggug-sungguh sebab dengki dengan kawan kita yang dapat top je dalam kelas. tapi ia dengki yang menjatuhkan kalau kita sabotaj dia punya answer paper sebab taknak bagi dapar markah tinggi.

MC pun ada experience jugak. Tapi yang peliknya, MC ni bukan jenis banyak cakap, cerita pot pet siang malam non stop. ada jugak yang dengki. memang tak sampai tahap caras, tapi MC tak sukala!!

Cuba belajar setiap orang ada kelebihan, kekurangan. kalau rasa terancam dengan ke gorgeous-an, kecomelan, kecekapan MC, upgrade yourself la. hihihii..gedik sket. sebab dah geram, so tak elok melayan sangat perasaan tu. kan?

Dengki tu bagi MC satu sifat/attitute yang tak sihat. bole bergaduh kot kalau berdengki ni. ukurlah baju di badan sendiri. kalau rasa ketat, diet. kalau rasa besar, pergi la kecikkan. ye dok?? setiap perkara tu ada penyelesaian. bukan dengan sindiran, tohmahan, bercakap besar, semata kerana dengki.

Salam Jumaat yang mulia :)

Wednesday, April 3, 2013

Malaysia's Parliament Dissolved!!!

Finaly. our PM announced that Parliament dissolved to give way for PRU 13. adedeh..berkebuk nak spekaing. hahaha..ntah betul ke tak tu.

SO, pilihla kerajaan dengan bijak. Gunakan akal fikiran. timbang tara kebaikan, kemajuan, kebajikan yang dah diberi oleh mana-mana parti pun. MC taknak la berat sebelah. pomot tetap pomot tapi bukan la kat blog ni ye.

Jangan bergaduh sebab isu politik. biarlah kita amalkan politik yang sihat. dok gitu??

UNDI SAYA RAHSIA!!!

Semangat yang hilang

Rasa tak best pepagi sebab mood dah kena kaco. Hurrmm.. astagfirullah..sabar lah. Kerja sebaiknya. Jangan ikut sangat rasa ahati tu. Setan pun suka tambah saham kalau tengah marah kan?

Kenapa perempuan too sensitive? MC respect ngan perempuan yang hati waja, bole wat dek je kalau ada yang sindir, marah and susah nak menangis. Kalau ada petua, bagitau ye. MC really appreciate it.hihihi

Ni la salah satu cara nak hilangkan moody. direct our thinking ke tempat lain. Jangan dok serabutkan dengan isu yang menyakitkan hati tu.


Tuesday, April 2, 2013

Duit, di manakah dikau??

Wang bukan segalanya,
Tapi wang boleh mengubah kehidupan kita

setuju tak?? bagi MC, kita perlukan wang dalam kehidupan seharian. Bukan MC ni jenis mata duitan tau!hahaha.. ok je lagi mata ni. ada yang hitam ngan putih. Takde pulak simbol $. :p

Kalau takde wand, life kita limited. education tak bole dapat yang the best, makanan kena pilih yang murah, sometimes kurang berkhasiat, kediaman pun ala kadar. Takde niat nak merendahkan orang yang miskin ke ape, tapi MC nak highlight yang kita semua perlukan wang. MC emmang tak caya kalau orang cakap boleh hidup tanpa wang. Even loving couple pun..kau still perlukan wang untuk bagi nafkah, bahagiakan family kau. kan??

Kat kampung dulu bole la cakap takde duit bole amik pucuk belakang rumah, pancing ikan kat sungai. Tapi skang ni, orang kampung pun ade yang malas nak bercucuk tanam. sibuk katanya!! so still kena pegi pasar beli barang keperluan harian. MC hope sangat kita ni balance kan life kita. Jangan abaikan duniawi walaupun memang nyata akhirat yang perlu kita ajari. Taksub sampai melupakan anak bini, or suami anak, (kena fair ok, tak boleh bias, hehe) bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Sujud la pada Yang Maha Esa, tapi pada masa yang sama, berilah senyuman kepada diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling.

MC dapat email ni today;


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
[Riwayat Ibn an-Najjar]
Huraian:
  1. Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.
  2. Kemiskinan itu kadangkala boleh membuatkan aqidah seseorang terpesong di mana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan yang dihadapi itu untuk mempengaruhi ke arah kesesatan. Oleh itu kemantapan iman sangat penting, jangan sampai menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup.
  3. Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.

#celoteh  di pagi selasa

p/s : Air Asia tengah sale tu. Muuuuuraaahh. Tapi MC kurang bajet and tak tau nak pegi mana. tunggu next promo la :)

Monday, April 1, 2013

Air Masak yang sedaaaapp

tak caye ke? eleh korang ni. Sedap tau air masak. sebab free (air masak kedai mamak exception), senang nak diminum, xyah kena kacau dulu.hihihi. MC dulu tak suka jugak minum air masak ni. bukan ape. Malas nak bawak bekas air nak g kelas. berat tau!! Ngada mode dah masuk ni..hahaha

Sampai satu tahap, sakit perut gile. nak berjalan pun cam orang lepas beranak. slow,slow and slow. Pas kawan paksa pegi klinik, doc pun ceramah. MC, (ceewaaahh, sejak bila orang panggil kau cmni??) urine awak kotor, sebab kurang minum air masak. so, pasni banyak kan minum air masak. Dah la awak ni ada ala-ala gastrik. semenjak dari tu la MC pun berazam minum air masak sebanyak yang bole. bagi kembung pun takpe. lagipun mnum air masak banyak bole detox, buat kulit nampak moist..auuuwww.

Penting tau minum air masak ni. Kalau korang beli produk kecantikan ke, slimming ke, nasihat dorang mesti kena minum air masak bebanyak. see..its helping kan??

Tak faham jugak dengan sesetengah orang yang sampai nak termuntah minum air masak. amboi..korang dulu dalam perut mak, ada air gula ke? berangan tak hengat. at least try la. tambah sukatan air sikit-sikit. lelama mesti bole minum 3 liter sehari. kacang je tu. Jangan nak ego sangat ngan Mocha, Frapuccino, Coke, teh tarik korang tu. Ingat sikit badan yang disayangi. Nak pakai lama kan?

Jangan nak malu kalau order air suam kat kedai. heloooo..kita bayar rm0.20 ok. bukan free. Huh, malas nak layan orang berlagak ni. bye!

Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada

Selamat pagi..Assalamualaikum.

Sekejap je kan dah masuk bulan April. Hope takde la sesape yang kena April Fool. Kesian je. Sebab tak tau nak story ape, meh baca review novel ni. Published by Karya Seni.

Novel ni pasal Rysh, asal dari kampung. Family jenis agak miskin la. Bapak kerja nelayan, maknya ambil upah basuh baju. kira dobi bergerak la ni. ada sorang kakak sulung, adik lelaki ngan adik bongsu perempuan. Sebab kesempitan, Rysh tak dapat further study even SPM dia flying colors. So bersyukurla korang dapat pinjam PTPTN and baucer buku..eh eh eh..siap mengomel pulak..hahaha

Nak dijadikan cerita, kawan si along ajak Rysh kerja sebab butik bos dia tak cukup staff. Time tunggu kak yati, kawan si along, ada mamat terlanggar Rysh tapi sombong tak hengat. Speaking, takmo mintak maaf pulak tu. Rupa-rupanya, mamat ni anak Datin, bos Kak Yati dan jugak bos si Rysh. Start dari tu la mamat a.k.a Daniel ni berminat ngan Rysh tapi terpaksa pakai cara licik sket sebab Rysh bukan jenis yang gedik, senang nak kena ngorat.

Bagi MC, novel ni not bad sebab ada banyak kisah family, kasih sayang, pengorbanan. Romance pun ada sesikit. Cuma bago MC, once dah bersuami, kalau bole jangan lah berkasar. Dosa beb. MC yang bujang ni pun tau hukum. Ye la, certa je kan. tapi ada je jadi kat real world. sakit hati ke, marah ke, sabar. Kan sabar itu indah.

Senyum lah walau hati tengah berduka. InsyaAllah, tenang siapa yang melihatnya :)

Monday blues. hihihi