Monday, April 15, 2013

jangan jadi sempit

tak faham ke? alaa..saje tajuk nak bagi gempak. weekend MC tak sempat langsung nak update blog ni. kesian kan. takde la bizi hal negara, tapi ada kawan datang. so jadi la bodyguard tak bertauliah tak berbayar. hihihi

Sempit? kalau kain sempit, ramai girls suka. haha. MC suka kain terbelah sket. sempit susah nak langkah. keciiikk je. Maksud jangan jadi sempit ni, refers to our thinking, attitude, knowledge and etc. malas pulak nak pikir kan :p contoh kalau pemikiran, jangan selalu anggap kita ni betul. memang ada yang cakap ' dengarlah kata hati, kerana hati yang lebih memahami' ceewahh. ni buat sendiri okay. tak ciplak pun. idea mari di pagi Isnin. kadang-kadang ape yang kita pikir based ape yang kita nak. terlepas nak fikir perasaan orang sekeliling or the actual current fact. sebab tu kadang-kadang kita kena luahkan, share some issue. so that, ada yang bole bagi pendapat, argue. walaupun pendapat dorang bukan betul sangat, at least bole bukak mata kita. think out of the box!!

yang MC suka, jangan jadi sempit in terms of knowledge. jangan ego, malas nak belajar benda baru. dunia ni bukan setakat 1 meter persegi tepi korang je. luuuaaassss. seluas lautan :) pelik jugak tengok masyarakat sekarang. bukan semua lah. sesetengah la. kalau perempuan mostly ape yang dalam otak shopping, travel, ngumpat opismate, latest songs. kalau lelaki awek cun, kereta, politik, current job. tak salah kalau slowly, kita belajar tentang perkara lain. contoh, perempuan ambil tahu pasal kereta ke, politik ke. yang lelaki bole belajar art of shopping ke, how to make more money, family..macam-macam.

jangan jadikan alasan tak de kerja nak buat. tu yang memasing 'merendek' je keje. tak kisah la spesis ape pun. sama je.

MC rasa interested nak tau jobscope orang lain. what is that, how to do it, potential market. sebab kerja MC agak limited to office, so peluang aritu dapat ikut naik kapal, best sangat. tak kisah la muka burn gila. tapi sape nak bayar pengalaman tu?

theme of the day ' celikkan mata, bukakan hati, lapangkan dada'

No comments:

Post a Comment