Tuesday, April 2, 2013

Duit, di manakah dikau??

Wang bukan segalanya,
Tapi wang boleh mengubah kehidupan kita

setuju tak?? bagi MC, kita perlukan wang dalam kehidupan seharian. Bukan MC ni jenis mata duitan tau!hahaha.. ok je lagi mata ni. ada yang hitam ngan putih. Takde pulak simbol $. :p

Kalau takde wand, life kita limited. education tak bole dapat yang the best, makanan kena pilih yang murah, sometimes kurang berkhasiat, kediaman pun ala kadar. Takde niat nak merendahkan orang yang miskin ke ape, tapi MC nak highlight yang kita semua perlukan wang. MC emmang tak caya kalau orang cakap boleh hidup tanpa wang. Even loving couple pun..kau still perlukan wang untuk bagi nafkah, bahagiakan family kau. kan??

Kat kampung dulu bole la cakap takde duit bole amik pucuk belakang rumah, pancing ikan kat sungai. Tapi skang ni, orang kampung pun ade yang malas nak bercucuk tanam. sibuk katanya!! so still kena pegi pasar beli barang keperluan harian. MC hope sangat kita ni balance kan life kita. Jangan abaikan duniawi walaupun memang nyata akhirat yang perlu kita ajari. Taksub sampai melupakan anak bini, or suami anak, (kena fair ok, tak boleh bias, hehe) bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Sujud la pada Yang Maha Esa, tapi pada masa yang sama, berilah senyuman kepada diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling.

MC dapat email ni today;


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
[Riwayat Ibn an-Najjar]
Huraian:
  1. Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.
  2. Kemiskinan itu kadangkala boleh membuatkan aqidah seseorang terpesong di mana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan yang dihadapi itu untuk mempengaruhi ke arah kesesatan. Oleh itu kemantapan iman sangat penting, jangan sampai menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup.
  3. Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.

#celoteh  di pagi selasa

p/s : Air Asia tengah sale tu. Muuuuuraaahh. Tapi MC kurang bajet and tak tau nak pegi mana. tunggu next promo la :)

No comments:

Post a Comment