Thursday, December 12, 2013

The Wedding Breaker

heyy..bukan MC ye!! tu tajuk semata. alaa, gurau pun takleh. kuang kuang kuang. MC suka jugak layan cerita melayu. sebab rasa cam bangga kalau ramai follower. means takde la kureng sangat industri hiburan kita ni. so kelmarin, google la jap drama akasia ape ganti PISA tu. helloo..bukan pisang ye. Playboy Itu Suami Aku. next week last episod. MC kurang gemar sket cite tu. tak tengok pun. hihi. malas nak komen. tiap orang ada taste sendiri. kang cakap lebih-lebih dah kira mengutuk. :)

jumpa few blogs and fbs yang cerita pasal TWB ni. short form je la ye. malas nak tekan shift untuk capslock. :D eager gak nak tau. sebab biasanya novel yang jadi drama ni, mesti lah top selling. takkan produser nak invest menbabi buta kan. jumpalah blog si novelis ni The Wedding Breaker. namanya Evelyn Rose. Eve la singkatnya.

MC bacalah dengan khusyuknya. sebab time tu kat opis tak sibuk. keje dah siap. bukan makan gaji buta ye. hihi. alamak!! tak tau nak describe camne. impress sangat dengan Eve ni. siap dah baca semua yang dia post. ada 3 tajuk. pepandai la korang pegi jenguk blog dia tu. best. awesome. sebab dalam romantis, sedih, happy jalan cerita, tapi akan ada pengajaran untuk readers. siap ada hadis, quote..dah macam novel + buku ilmiah. tapi tak bosan. ampunkan MC yang tak reti nak explain camne.hahaha

siap follow ig, fesbuk dia. tak sabar nak tengok drama ni kat tv3. Akasia ok. pukul 7. rasanya start end of Dec 2013. kalau rasa tak caya, at least baca one of her posts. mesti cam terkesima jap. pastu the way she answered followers comments, aduhai. berhemah. kira tarik rambut dalam tepung. biar tepung tak sleerak, rambut tak putus. betul ke? :p



Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

common gila kan tajuk? hihihi. ye la. lawa tu. so ramai la yang kawen, tunang, propose awek, macam-macam lagi la. yang konon akan senang diingat sebab tarikh yang simbolik. ye ke?

che ta, jovian pun kawen arini kan. mesti ramai yang tak sabar nak tengok pic. jangan korang tak sabar mengutuk dah la. kesian. tak suka pun say it to yourself. tak elok hina, maki orang lebih-lebih. especially kat social site. paham kan? :). MC sayang korang yang positive ni. tiup jauh-jauh negative vibe tu. fuuuuhhhhh (muncung kemain mulut awak tu)

dah nak abis 2013. yeayyyy. eh, apesal happy? ntah. hahaha. no special issue. azam takde buat pun. sebab cam trend je. tahun baru je nak berazam bagai. pastu tak buat pun. padahal anytime kita boleh improve ourself or dreaming of something. adakah kelaut english ku ni? alaaa, ampun ye. MC ni tak fluent sangat. masih bertatih.

dah sekerat jalan blur lak nak cite pasal ape. kuang kuang kuang. mungkin sebab sakit perut penangan teh herba semalam. kiranya toilet tu kekasihku la hari ni. haha. need to stop sebelum merabah ntah ape-ape. tengok la kalau otak cergas, up lagi pos this afternoon. selamat bekerja!!

Tuesday, November 26, 2013

2nd hand books for sale!!!!


sape bosan dok rumah? angkat tangan. tapi cover ketiak ye.hihihi. ni ha MC tolong kawan jual balik her books. tu la. time membeli tak ingat dunia. now rumah dia takde space dah. penuh buku je. kalau ilmiah takpe jugak. ni macaaammm macaaam.hahaha

tau kan Mills and Boon? ni Modern edition version ye. bukan yang tahap muka zaman p.ramlee tu. kira adult romance la. sangat tak sesuai untuk kanak-kanak.

sape nak?? ada beratus nak jual. RM30/10 biji. tajuk random. takkan nak pilih lak kan. sume best. tak caya?? MC pun dah beli la. 100 biji. nak challenge??

email ke masz.lynna@gmail.com kalau nak ye. postage nanti kita kawtim. kawan kat kl tu






Monday, November 25, 2013

SALE!!SALE!!SALE!!!

mentang-mentang dah nak ujung tahun, tau je kan ada few company bagi bonus. pastu beria la buat sale. most of shopping complex dah start sale pun. ye la. cuti sekolah kan. pastu next month pulak Krismas. bahagia kau ye!!

tengok ada update pasal sale Air Asia (AA). quite cheap. actually memang cheap. hihi. tapi lemah semangat tengok tarikh penerbangan. May 2014 - Jan 2015. fuyyooo. gila lah. 2013 not even finish yet, kau dah buat sale untuk next 2 years ye. hahaha. manyakkk bagus oooo. MC boleh cakap dalam setahun, 2 kali dapat harga ni. sebab MC beli yang free seat jugak Mei aritu. pastu dah tak dapat harga semurah tu sampai la sale kali ni. agak rabun mata la tengok harga kan.

tapi terfikir ngan tarikh yang agak lama sket, everything can happen.  buatnya pindah ke, ada emergency time tu, or flight cancel, mau berdarah mata menangis. even murah, duit tu. ke awak-awak kaya terlampau?? :p. sila sayang duit korang. belanja berhemah
*duta jimat. hahaha

kena fikir relevan sesuatu sale tu. kadang-kadang dorang nak upkan capital. so by having a sale, ramai orang order untuk flight yang lambat lagi, dorang bole pakai dulu as a fund. tapi if barang, sila cek betol-betol. ada yang nak expired. handbag tu, ada menggelupas sket. seasoned item. mesti ada sebab. tak caya dah. pegi main jauh-jauh. hehehe

pikir bebaik sebelum beli something.



Thursday, November 21, 2013

Villa Nabila the movie

kisah seram paling sadis du bulan November 2013. aisehh. rasa nak tampor pun ada. kat rumah tu kan, ada pinggan mangkuk kena cuci, basuh kain, sapu lantai, tebas rumput depan rumah. yang pegi masuk rumah terbiar tu, ape pekdahnya ye? ni nak tanya sikit. ada jawapan bernas tak?

tak faham budak zaman sekarang. cewahhh. berlagak cam orang tua pulak ye.hihii. ye la. isshh. Astro pun channel berlambak. bosan ke? nak sangat hadap hantu? takde keje nak cari kerja. tapi tak berfaedah. geram. sebab menyusahkan banyak pihak. mak dia yang risau anak tak balik, polis yang kena kerah cari mamat ngeng tu, orang sekitar dok termenung tunggu depan villa, cameraman, wartawan. padahal ade cite lagi best kot. ni sume sebab kau!!

kesian kat mak dia. konpem time jalan kaki pegi kedai runcit nak beli gula, ada yang sindir. bukan kena sorok hantu, tapi menyorok kat rumah awek. hampass kelapa betul. pikir tak perasaan emak awak? beria cakap disorok hantu. kan dah malu. yang lahi tak faham, facebookers yang syok share cite tu. 30 orang masuk, 7 je yang keluar ye??baik punya tokok tambah. memang makhluk halus ni ada. bukan takde. tapi yang mengong pagi carik tu, kenape? kan dah pegi skolah pun kena boooo. nak serkup muka ngan uniform? pakai topeng? kalau adik MC, memang kena cepuk 10 kali dulu la. tak pun terajang sedass. budak sekarang berlembut pun ada hadnya. nanti kita yang kena main.

villa nabila..oh nabila. femes kau ye. tak pasal ada pulak yang nak buat filem pasal kau. hope takde la yang meracau. doakan baik-baik je.

Thursday, November 14, 2013

Cubaan bunuh diri

semalam bawak geng dari KL keluar dinner. ye lah. tempat camni, kalau datang tak sah seafood. MC pun cam dah bingung dengan diet.hihihi. last week pun seafood. minggu ni pun sama. hope takde la lagi yang nak datang next week. wooo..bahaya jugak kalau manjang je makan seafood. jarangkan

pastu tengok bunyi bising-bising. almaklumlah, tempat kecik kan. ada pulak reporter tak bertauliah bagitau ada perempuan nak bunuh diri. erkkk.scary!!! ape hal nak bunuh diri ni weh? biasanya warga asing la. so MC malas nak lalu kat tempat kejadian. ramai orang. bomba pulak sekat jalan. kang tak pasal lambat pulak nak pergi melahap. :p

kami makan dengan jayanyaaa. tak sempat snap semalam.lapor

laaa. punya la lama bersembang time makan. dah balik pun bomba ada lagi! wahh..ini kes besar oooo. so balik rumah godek facebook. yup. kat sini pun ada page untuk rakyatnya. hihihi. senang sangat nak dapat info. tup-tup terbaca komen seram. aiyaaakkkk. sebab tempat yang kononnya perempuan nk bunuh diri tu, hotel terbiar. dah lama kot. maybe more than 10 years. ada kes saman Tan Sri Harris Salleh , hotel labuan terbakar.

pagi ni baru berani baca komen semalam pasal kes tu. hahaha. penakut kan? seram jee. rupanya ada yang call Bomba sebab nampak wanita hayunkan anaknya, macam nak jatuhkan dari tingkat 3. pastu, tup-tup kat tingkap 10 pulak. yang buat lama bomba kat situ, dorang kena masuk dalam nak cari la perempuan tu. sampai ke sudah tak jumpa. misteri???? malas nak fikir banyak-banyak. kang ada malam ni tak tutup lampu, tahan pegi toilet sampai pagi :(

Wednesday, November 13, 2013

Nak Kena Tegur Ke Tak Payah??

pakai capital and small letter bercampur , fefeeling remaja pulak :p

sekarang ni memang kena spare power bank. tak kisah la brand ape pun. cap sardin pun jalan. sebab? syok sangat mengomen, menilik gambar kat instagram, facebook. tak masuk reply whatapps lagi. nasib tak download wechat. hadoii. penangan Android. sampai if tahap boring takde keje, bole buka all those apps setiap setengah jam. kronik ke? ntah la. maybe ada yang lagi teruk kot. haha. saje nak sedapkan hati sendiri.

MC suka instagram sebab add few friends je. banyak follow artis and page bisnes. bukan nak jadi artis ye (tak layak pooonnn). sebab suka tengok dorang nye aktiviti, baju yang glam-glam. best kan? duit berkepuk kot artis ni. tapi menjadi orang yang femes or tak, as long kau public figure, the price you need to pay is your life is fans' tv. they watch, stalk, comment..banyak lagi. istilah personal macam tak boleh diguna pakai. penat tak? kesian jugak tengok ada yang kena hentam. sebab pakaian, opinion or attitude. yup, betul. if rasa taknak dikutuk, jangan upload. thats the reason kenapa orang suruh fikir dulu sebelum buat. upload pic memacam, bersedia la nak terima makian, kutukan, cacian tahap 18sx. pastu nangis meroyan sedih.

salah siapa? artis yang upload ke atau followers yang tak reti bahasa? MC geram jugak tengok ada yang komen, adoii, sendiri pun sakit hati baca. MC tau artis tu bersalah, ye. bagi dia sharing is caring. means artis tu nak update fans dia ape dia buat that day. that time. teguran tu perlu. kalau salah la kan. untuk perbetulkan. tapi kalau dah tahap ayat kasar, sape boleh tahan. kat skolah belajar bahasa melayu kan? kalau fail salah korang la. tapi gunakan ape yang kita belajar tu. penat cikgu ajar. meh MC bagi contoh sket.

situasi;
artis XYZ upload pic tengah peluk dengan gf

fan A komen;
poyo la mamat ni. nak berlagak tunjuk awek la tu. ptuiihh..dah la tak lawa, tak cukup kain. memang go to hell la korang ni!!!! (tanda seru nak kena banyak)

fan B komen;
gf bro? kalau ye, baguslah da berpunya. semoga ke jinjang pelamin/kawen.
*p/s sepadan. kalau tutup sket lagi lawa :)

kalau korang artis XYZ, komen mana yang buat korang jadi Hulk Hogan???  tanya hati sendiri


Tuesday, November 12, 2013

Coklat Free Duty

choc lovers? MC rasa kalau jumpa 5 orang, at least sorang mesti suka coklat. kenape ye? ada bahan ke dalam coklat tu yang buat korang addicted? hihi. bukan membebel. cuma pelik kadang-kadang. MC ni kalau 1 bar coklat Cadbury yang kecik tu, maunya 2 kali makan baru abis. yup. i'm not choc lover but i do eat chocolate.

Kat Malaysia ni, certain mall ada jugak jual imported choc. tapi tak banyak options and mahal. since MC kat free duty land ni, sesiapa nak order coklat untuk kawen, tunang, birthday events or nak melahap kat opis, boleh contact. MC akan try dapatkan harga termurah.

Ferrero Roche?? common sangat da tu. mahal ke kat KL? MC tak tau sangat. so if ada brand coklat yang tetiba terlintas kat otak tu, bagitau la. hope ada kat sini and price pun ok.






pandang kiri kanan depan belakang

best ke bermasam muka? merajuk? dendam? eee, buat penat je kan? MC pun ada masanya macam tak boleh control sikap. rasa nak melenting, marah. tapi kita pernah kaji tak kenapa timbulnya peasaan tu? selalunya kita menyalahkan orang yang berhadapan. orang yang directly menimbulkan rasa tu. contoh ye, A cakap kita nampak gemuk. kita marah. merajuk. gaduh sebulan :(
*bukan cerita sebenar :p
actually, kalau taknak di kutuk, jagalah penampilan. mesti ada sebab A cakap camtu. kadang-kadang tu je cara nak suruh kita kawal pemakanan. eh, ada je gemuk yang nampak lawa. yup, betul. masalahnya awak tu gedempol. kesian kat badan. 

errr, ada kaitan ke ngan tajuk?? hahahaha..bingung lak pepagi ni. ye la. a bit serabut dengan tempat kerja. few issue lately. big. huh. eh, tak baik mengeluh. ni pun kena pandang kiri kanan depan belakang. dalam kita mengeluh sebab ada kesulitan, cuba bukak mata luas-luas. mungkin ada orang yang dalam situasi lebih teruk dari kita, mungkin ada peluang lebih baik yang menunggu. who knows..kalau dok diam termenung, masalah tak akan selesai.

jalan penyelesaian masalah tu, selalunya dekaaatt je. cuma kita ni malas sket. bukan kita je, MC pun. suka sangat tunggu orang suap. tunggu kawan yang bagi cadangan. padahal cadangan dia pernah kita terpikir. cuma sebab berat tulang, berat bontot, saje nak menepukan otak, the problem remains unsolved.

banyakkan membaca. tak kisahla buku, internet. 



senyum :)

Friday, November 8, 2013

Review Product - Rivecowe CC Cream

Morning.  It's Friday finally.  Hihi. MC rasa few times Monday this week sbb ada cuti tengah minggu kan. :p

Anyway nak cite pasal 1 produk ni. CC Cream.  Best ke? Sebelum tu, mukadimah dulu.  Hahaha. Perempuan dan make up berpisah tiada.  Ceewahh. Betul.  MC rasa 10% je kot perempuan yang betul2 tak suka make up.  Tu pun ntah2 calit jugak lip balm.  Penting dear make up tu. Penampilan diri. Orang judge luar dulu baru tengok dalam.

Susah kan nak cari foundation yang sesuai dengan skin kita. Ada yang pakai rasa tebal,  bercapuk,  cam mak lampir. So CC Cream Rivecowe ni best. Dah la bahan-bahan takde haiwan or alcohol.  Herb based lagi. Kaler pulak 1 tone je. So tak susah nak pilih which no yang suit our face. Sebab? This Cc cream blend dengan skin color.
 Tengok.  Even krim kaler putih tapi after apply kat tangan jadi macam tan kan. But look smooth

 Beza left and right.  Especially bawah mata dan dahi

 Testing.  Pakai cc cream,  blusher and eyeliner only.  No powder.  Tapi nampak cam matte kan?  Hihi

Anyway,  bole follow instagram kiutmiutshoppe.  Yes.  MC jual this product.  Now ada ready stock.  But after finish yang ni, pre order basis ye :)

Wednesday, November 6, 2013

Artis dan Kontroversi

hope takde la yang bengang ngan this entry. hihi. bukan nak tuju kat specific artis ye. overall. artis pulak bukan penyanyi je, pelakon dan yang sewaktu dengannya.

maybe MC ni orang biasa. takde kawan or sedara yang hidup dalam dunia glamer ni. so tak penah rasa how their life. tapi kenapa cerita selalu dinafikan? even cerita betul. korang suka hidup in denial? hah..betul ke ntah ayat tu. hihihi. sebelum jadi artis, ada pikir masak-masak tak? ke hangit? dah tau sekarang ni dunia teknologi ibarat masak lempeng je. seminit dah bole tau segala info about you. dah betul, ngaku. bukan marah-marah. sebab kita kena bertanggungjawab dengan apa kita buat. kan!!

pernah tak terfikir kenapa manusia suka buat benda yang dilarang? bukan sekadar dosa, tapi ape kita tak suka, mesti ada yang buat. contoh, bagitau adik jangan suka curi novel yang baru beli. tunggu lunyai baru amik. tapi ada dia dengar? takkan. tup tup ilang dari rak. macam tu la peminat. pembenci. artis suruh fokus kat kerjaya, dorang sibuk nak tau pasal personal. tapi tak boleh nak halang sebab tu kira normal. dont say dont. :D MC pun. suka sangat buat even orang cakap jangan. especially langgar pantang larang.hahaha

banyak je yang bersumpah, maki hamun dengan kontroversi. konon inilah fitnah maha besar. last-last, ok. saya admit. huahuahua. kenapa? hilang kah rezeki korang dengan pengakuan dari awal-awal? lari ke peminat? kadang-kadang MC sampai takleh nak percaya dengan statement atau attitude artis ni. hipokrit. few of them la. banyak sangat nak cover. kalau nak baik, jadi lah baik betul-betul. kalau rasa tak sanggup lagi, slowly. asal bukan peminat jumpa kau tengah seronok buat macam-macam. :(

be honest ok. jangan sampai orang menyampah

Thursday, October 31, 2013

Cara mudah buat duit

its Halloween Day dude. Happy Halloween for those yang celebrate it.


eh, MC tak sambut ye. sekadar menghormati perayaan orang lain. tak salah kan? ada ke orang Malaysia yang sambut? MC kurang pasti pasal ni. yang confirm ada few group akan pakai theme Halloween untuk suka-suka. bukan celebrate, just enjoy for that day. ok kot. hope tak cross the border la ye.

stop cite pasal Halloween. kang tak pasal MC ena tazkirah lak. hihihi. nak share cite je. MC kononnya nak bagi gift kat sorang ni. dia bukan artis tapi quite femes jugak la. bagi nama ABC je la ye. MC email la cakap if sudi bagi la alamat nak anta gift kan. tup-tup dapat reply, dia cakap tak terima gift sebab penat nak pakai and promote. tapi if nak suh promote kat instagram, sila bayar rm150. WAHHHHHHHH.. MC cam berpinar mata baca ayat dia. huhuhu. tak expect pulak. maybe tu cara dia buat income kot. hurmm, takpe la. mungkin bukan rezeki MC nak deal ngan dia.

korang rasa memang betul ke cara camtu? easy money jugak kan. if ada 5 post sehari, RM750. sepuluh hari RM7500. wahh.kaya nya dia. sebab MC ada contact sorang artis ni. nak bagi gift jugak. dengan senang hati dia bagi alamat. siap no henpon. huhuhu. Ntah la. maybe sebab dia artis, dia tak kisah sangat bab duit-duit kot. tapi dia tak la femes sangat.

rezeki ni banyak cara nak dapatkan. depends kat diri sendiri. kreativiti. mungkin MC je yang terkejut, tapi yang lain beria nak mintak dia promote rasa tu benda biasa. hihi. takpe. slow slow. usaha. jangan putus asa dalam berniaga ye.

Tuesday, October 29, 2013

CC Cream

kring kringgg...kringg kringg

hihihi..kesiannya lama kena tinggal ye? eh perasan ramai follower kejap. :p bese la. MC bukan kreatip orangnya. kadang-kadang blur nak cite pasal ape. silap tulis kang, menjawab la kat sana nuuun (paham sendiri lah)

ok. sihat ke semua? MC nak cite satu benda ni. CC Cream. tau ke? eh, bukan cybercafe cream ye. hahahah. ala, ni foundation. up dari BB Cream. MC baru je stat jual. sebab tengok review and price so reasonable.

ni brand Korea. yup. dorang ni bab-bab kosmetik kan, advance sangat. tapi nape rakya dorang still suka plastic surgery? eh, out of topic lak. :D



Harga??murah je. nak tau add MC kat instagram ok. tu hah namanya. banyak info. especially pasal ingredients CC Cream ni. KIUTMIUTSHOPPE. free pos lagi. sape nk jual kat kedai ke, sila la jangan segan-segan. takpun email MC kat masz.lynna@gmail.com

lelaki? errr, tak pasti la. boleh kot.:)


Monday, October 7, 2013

Movie of the month

wehuuu..kuar pulau jap. pegi jenjalan tengok dunia luar. hahaha..cam dok dalam hutan kan? bese la. tempat kecik je. tapi best!!

MC da lama tak tengok wayang. kebetulan kena pegi outstation. tengok movie KL Gangster 2 baru 1st day tayang. nasib weekday. book online kat android app GSC je. (iklan tak berbayar). hihihi. tengok pukul 6.30pm.

my honest review. cite ni best. rasa cam nak tutup mata certain scene sebab seram. takut ngan ape akan jadi pastu. si Rosyam Noor takyah cakap la. rasa nak ppuuii kat muka dia. jahatnya!!! eeee..emosi jap. sebab dalam cite ape dulu yang dia ada 3 watak tu? argghh, lupa la. yang tu kira cam ok lagi. ni emmang takleh tahan. maybe sebab lately dia banyak bawak watak romantik, sopan, baik..kan

overal Zizan..hmm. lawak bodoh yang memang nak gelak and tampar muka dia. hadooiiii..penyeri. soffi jikan pun. abang long ngan angah..hurmm.korang tau kan cmne dorg berlakon. sepenuh hati. MC suka cite ni sebab dalam ngeri, jahat, ada humor, pengajaran. and jawapan to few scene for KL Gangster.

just jangan lak korang balik praktis ye. tu untuk tontonan je. dengar kutipan sampai weekend da RM3m. wow!! congrats. sila sokong karya tempatan. especially yang berkualiti cmni.

jom tengok!!

Thursday, September 26, 2013

Ron95 naik lagi???

dok syok scroll status fb kan, MC ternampak orang share pasal news ni. huhuhu.. betul ke weyyhh?? aiseyman. kalau betul, lagi marah la rakyat Malaysia ni. kan baru je naik awal bulan.

dengarnya naik 15 sen. tapi korang jangan caya tau. tunggu announcement dulu. hold segala jenis makian and carutan korang tu. hihihi..eleh, bukan tak tau perangai sesorang. MC pun sama la. standard kalau time marah, memacam kuar dari mulut. berapi bagai

kalau 20 sen aritu acceptable lagi sebab lama kan tak naik, tapi ni dalam bulan sama, melampau la encik. jangan sampai jualan kereta merudum sebab orang nak berjimat. pakat naik bas or lrt. kena pikir jugak la. padahal of course la yang cadangkan ni dah kira bab ekonomi kan..hehe. saje je nak menyampuk

sabar ye. kerja kuat. ada modal, bisnes. buat part time. :(

Tuesday, September 24, 2013

Learn to respect people

aiyyooo, sakit hati baca news kat 1 blog ni. ada bini pemain bola sepak kebangsaan maki hamun pak guard. bodoh la, dayus la. eh helloooo... kau kenal ke pak guard tu nak tuduh dia dayus? emo lak MC ngab orang camni. tapi dia tak sedar, dengan upload video dia maki guard tu, maruah dia macam dipijak. sebab whole Malaysia bole tengok attitude buruk dia tu. tak malu ke? jangan ada yang kuar umah pakai purdah, dah le.\

argghh, malas nak sebut nama. sape la dia kan? MC tak suka marah-marah tapi spesis camni, memang wajib kena maki jugak la kan. laki lak buat muka blur. hah, laki kau la yang dayus. tak reti ajar bini jadi sopan sket? kalau dah buat salah, orang tegur dengan baik, terima lah. perbaiki. bukan ego nak pertahankan. tak pepasal berbakul kena kutuk kat Youtube. MC pun join sekaki. huhuhu *rasa guilty lak

ni la MC nak cakap, hidup kita ni jangan jadi bodoh sombong. banyak mata memandang. tak salah kan mengalah especially kalau memang kita yang salah. maruah diri tu tinggi. sekali dipijak, susah nak naikkan balik. tak caye?? korang tengok la.

rugi ke budaya hormat menghormati ni? tak kisah la tua ke muda ke, kaya ke miskin, cikgu ke anak murid. semua la. HORMAT. susah?? setinggi mana pangkat, sebanyak mana harta, secantik mana diri kita, belajar la hormat orang lain. perlu

Friday, September 13, 2013

cuti-cuti akhir tahun 2013

wahh, sekejap je kan. dah nak masuk mid of september. huhuhu. pejam celik pejam celik dah nak masuk 2014. azam 2013 tercapai ke idok?? :)

tak kisah la tercapai ke tak. yang penting kehidupan kita ni biar la lagi baik dari semalam. jangan lagi worse ye. tak elok tu. yang kerja lak, dah senyum kira-kira duit bonus tahun ni. hellooo, bajet tak bentang lagi ye. hahaha. sabar. kang ada yang muncung kalau tak dapat yang cam expect. insyaAllah ada.

nak pegi jenjalan mana ye ujung tahun ni? kadang-kadang pelik sebab semua beria nak cuti ujung tahun. lain bulan tak ok ke? tapi MC rasa sebab nak value ourself selepas setahun keje. as a reward kan? pergi la. tengok kemampuan. ada lebih pegi jauh. kalau sikit, yang dalam negara ni, berlambak lagi tempat menarik :)

MC pun tengah pikir. nak pegi cuti-cuti ke tak. cam sayang duit jugak kan? isshh, gedik pulok.

tengok la cmne nanti. ada rezzeki, terbang la MC. wehuuuuu.korang pegi mana?

Thursday, September 12, 2013

MYEG henpon Ninetology free!!!!

hai..good morning

pepagi bukak email MC dapat dari MYEG. ingat nak bagi diskaun saman ke ape..hihihi. rupanya nak suh try register untuk dapatkan telefon android free. tapi sempena ape ek? tak tau la pulak. so MC dengan semangatnya isi la form tu. korang bole klik link kat bawah ni untuk try apply

http://bl1m.myeg.com.my/pkbWeb/terms_bm.zhtml

kriteria

1- umur 21-30
2- gaji below RM3000

so sape yang gaji beriban riban tu, jangan gatal nak pegi apply ye. huh!!

dengarnya henpon yang akan dapat tu jenis Ninetology Black Pearl Mini. ambil je. orang bagi. eh eheh, dapat ke tak, konfiden je yek? hahaha

benda free kan?? tak salah try. nanti pihak MYEG akan contact kalau korang berjaya. try la darlings!!!!!

Friday, August 23, 2013

Hutang wajib bayar

tetiba ada idea nak menaip before lunch. hihihi. salam Jumaat to all. arini MC rasa nak completekan documents untuk bayar balik partial PTPTN. eh. hellooooo..MC bayar jugak bebulan. just sebab tengok ada duit dalam KWSP tu, ye la, duit gaji kita jugak kan. ape salahnya buat bayar hutang.

sket2 lama-lama habis la. jangan liat nak bayar. orang pinjam duit kita, takmo bayar, meracau mintak kan?? hahaha. gitu la. kasihanilah peminjam duit tu. ramai lagi nak pakai.

nanti MC gtau caracara nak keluarkan KWSP untuk bayar PTPTN ni. hehehe. maybe korang da ada yang tau kot. adios. nak balik rumah masak :p

Thursday, August 22, 2013

Testimoni Skincare Set

MC ni bukan la tergolong dalam kategori jelita. cukup la sedap mata memandang..hihihi. gitu la ye. eh, kita kena la bangga dengan rupa paras sendiri. tu kan kurniaanNya. kalau rasa nak lagi better, beli la vitamin. jangan pegi cucuk botox dah ye. mahal tuuu. lagipun tak tau berkesan tak. kang jadi macam ikan flowerhorn...huhuhu

sebenarnya MC baru je comsume supplement untuk skin dari Shaklee. MC ni agak trauma jugak la dengan MLM ni. seriously. dah la 2 kali terkena. riban-riban. hohoho. tapi tu la pengajaran. jangan buat sesuatu benda, tak pikir panjang. selidik dulu. tak rugi pun amik masa sket. jangan sampai merana diri

sebab MC rasa percaya dengan Shaklee, tu yang lepas sebulan terus register jadi member. Shaklee ni kan femes time skolah rendah dulu (sape sama umo la.hahaha). siap mak bapak bawak balik katalog tebal. ingat tak?? sejarah Shaklee ni, takyah la nak kelentong sangat ye.hahaha.bole cek kat google je.

MC amik skincare set. rasa tak percaya sebab harga murah dari produk biasa. huhuhu. pengalaman. nak jumpa yang betul, kadang-kadang kena lalu macam-macam dulu..huahuahuah. lepas seminggu dok telek kat cermin, takde lagi efek. pastu dok baca testi pengguna lain, cepat-cepat MC tilik tapak kaki. jengjengjeng.. tapak kakiku mulus. baru perasan. tu la. tilik muka je. kat tapak kaki kan ada dua kawasan kulit keras. satu kat tumit, satu lagi kat bawah jari. alaaa, yang area tulang cam kuar sket tu. lembut. pastu baru rasa lega dah laburkan duit untuk set tu. kalau tak, risau je tunggu hasil kan?? elehhh.korang pun cenggitu.

meh, meh email MC untuk skincare set ni. sama-sama jaga kulit kita. tak kisah la part mana. bukan setakat beli, bayar dan pos tau. MC akan guide la korang. takkan nak biar cmtu je. kita sama-sama cantik, ok!!

Susahnya Nak Dapat ANAK

untuk pasangan yang dah kawen tu, mesti rasa nak anak cepat-cepat kan? rasa dengki je kalau orang kawen lagi lambat tapi dah pregnant. dah dapat baby. sabar, jangan cepat emosi. memang betul orang cakap, anak itu pembawa rezeki. tapi bukan kita yang decide bila nak dapat. tu semua kerja Dia. walaupun korang redha, usaha jangan la lupa buat. takkan jadinya anak kalau tak usaha kan??hihihi

meh MC share kan supplement untuk kesuburan. semoga boleh membantu sesiapa kat luar tu, pembaca blog ni untuk dapatkan anak. InsyaAllah. Amin

kebaikan SET KESUBURAN SHAKLEE





# memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan pelekatan telur
# mematangkan ovum untuk memudahkan proses persenyawaan
# membantu sperma hidup lebih lama sehinnga 5 hari di tiub Fallopio
# menghasilkan servikal mukus (memelihara, melindungi dan mempercepat pertemuan sperma dan telur) yang berkualiti dan subur
# menstabilkan hormon
# menguatkan rahim
# menghasilkan sperma yang sihat
# melancarkan aturan haid supaya lebih teratur
# memberi nutrisi yang lengkap yang diperlukan dalam badan sebagai persediaan hamil
# mengecutkan CYST/ FIBROID/ENDOMETRIOSIS

kandungan set

1- GLA COMPLEX SHAKLEE

Membantu menstabilkan hormon
membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
membantu meningkatkan kesuburan (menghasilkan cecair serviks)
melegakan PMS - abdominal pain, breast pain
mengandungi vitamin E untuk mengutakan dinding arteri bagi mengelakkan risiko keguguran


2- ALFALFA COMPLEX SHAKLEE

tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia
merawat masalah keputihan pada wanita
menegangkan payudara (untuk wanita)
bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (menegangkan keintiman wanita)
memulihkan urat selepas bersalin
memberi kelegaan semasa haid untuk wanita
meningkatkan stamina seorang suami & isteri


3- VITAMIN E SHAKLEE

Sex vitamin
meningkatkan kualiti & meningkatkan "sperm count"
membantu dalam masalah mati pucuk
meningkatkan libido (keinginan seks)
mengurangkan risiko keguguran ketika hamil


4- ZINC COMPLEX

meningkatkan fungsi organ seksual
menghasilkan sperma yang lebih berkualiti dan sihat
membantu memekatkan air mani
meningkatkan jumlah sperma
meningkatkan keaktifan sperma
membantu melindungi sperma dalam menentang bakteria dalam vagina
mencegah dari kemandulan


jangan takut untuk mencuba.jangan malu nak tanya. tak kena marah pun. hihihi
sila hubungi MC untuk lebih lanjut ye.
usaha. istiqamah. tawakal :)





Yeay

955449.. haaaa. ape kebenda ni?? bukan nombor ekor ye. ni MC nye id la. :) baru dapat. nanti MC update pasal supplement ye.

Tuesday, August 20, 2013

Pelaburan bijak

waaa..rasa semangat lak nak menaip. kesian blog ni. ye la. dapat tuan yang rajin tak rajin sangat. hihihi.

korang rasa ape pelaburan yang paling ok? ASB? ok jugak. tetiap tahun dapat dividen. selain tu, MC nak suruh korang cepat-cepat la buat pelaburan emas. tengah naik ok harga!!! since 15 August 2013, harga da naik dalam RM 10. banyak tu. in a few days je. and harga emas sangaaaat lah susah nak turun. tahun ni pun sebab konon negara pengeluar, Cyprus jual stok emas. nak cover ekonomi meleset. tu yang harga jatuh bulan May ke July. jatuh sesangat kan?

MC terkejut jugak harga naik pas raya sebab expect sampai akhir tahun la kot harga murah. skali....amiikkk kau. dari korang sibuk nak tukar henpon, kete yang dah tentu-tentu susut nilai tu, pe kata korang pegi beli emas. tak kisah la lelaki ke, perempuan ke. tak salah pun laki nak beli barang kemas. jangan pakai dah. kalau taknak, beli gold coin. gold bar. banyak choice. tak rugi.

Eh eh eh, MC bukan agen emas ye. saje nak share. benda baik. ibarat simpanan sendiri la. gold coin ada serendah RM6++ untuk 5 gram. emas jenis 916. imagine korang beli sekarang yang below RM200/gram. diramalkan tahun 2020, harga emas 916 RM5++ per gram. gila mahall wehhhhhhh :(

so makcik-makcik kat kampung time tu, senyum lebar la. setahun dua kali pegi umrah. korang tak tau. nampak je pakai kain batik jual kuih. sekali selak lengan baju, terkesima tengok koleksi gelang. macam tali sauh besarnya. mau kat RM10k seutas..huhu

MC tak kisah la henpon bukan Iphone 5, bukan Samsung S4, yang ada ni pun dah cukup. beralih arah pulak nak belanjakan duit. korang pikir-pikir kan la. kalau blur, tanya sape-sape yang pakar. Google pun banyak info. nak ke taknak je :)

cepat beli!!!!!

Thursday, August 15, 2013

Musim Raya, Terlebih Makan, Sakit datang

ni la kisah MC. now kat opis. kepale ting tong makan ubat. bukan sebab makan lebih time raya tau!! tapi kena ujan lambat mandi. hukhukhuk..ape ke sadis cite MC kan? tak larat nak cite panjang-panjang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. maaf lah kalau ada story yang tak menyenangkan. da sihat nanti MC nak share produk bagus. MC ni minat bejual. tetambah kalau produk tak mahal tapi berkesan.

sori la ye. nak sleeping beauty jap. lalok da ni. babai

Tuesday, July 30, 2013

Gelang tangan emas 916

helloooo

MC terasa nak jual emas. sebab emas tengah murah skang ni. macam rugi pulak kan kalau tak ambil kesempatan. dari beli handphone, jam yang value akan turun, baik menyimpan emas. pelaburan yang berbaloi. hihihi

layan la pic ni. so far harga ni fix. murah dari kedai ok. sebab MC tak caj upah. tadi pegi kedai harga RM154/gram + upah. hohoho..bernanah gak nak bayar. ni MC buat promo raya

RM150 x berat + postage RM15





semua gelang tangan ye. ape2 bole email ke masz.lynna@gmail.com

CEPAT!!!! sementara harga tengah murah

asam pedas amatur

semalam teringin nak makan asam pedas ikan pari. kebetulan ikan pari dah siap beli weekend aritu. hihi. tengah keje cam terbayang-bayang je. nyummm nyumm. rasa je nak makan tapi MC tak penah lagi try masak. memang bagi setengah orang, asam pedas tu senang je. ibarat makan kuaci :p. whatever, MC tak reti.

sebab dah berazam, sebelum balik keje beria google resepi asam pedas. banyak lak tu. baru tau bahan-bahannya senang. sikit je. huhuhu..ape la kau ni tak penah try. lalalala..

blend A

bawang merah - suka ati korang la nak byk mana
bawang putih - 3-4 ulas
belacan - 1 inch
halia - 1/2 inch
kunyit - 1/2 inch

blend B
cili kering

asam jawa - 2 sudu
serai
tomato
bendi
daun kesum

1- tumis bahan blend A sampai garing. wangi. pakai minyak banyak sket ye
2- masukkan bahan blend B. tumis la sampai naik minyak. masukkan serai yang dititik
3- masukkan air asam jawa pekat. biarkan mendidih jap
4- masukkan ikan ngan daun kesum. slowkan api. biar mesra ngan kuah
5- hahhh..yang ni ikut citarasa memasing. dah pekat kuah, bole la masukkan bendi, terung, tomato.. terpulang. opppsss, jangan lupa garam. kalau kurang masam, masuk asam keping 1. agak2 la ye

dah lembut sayur tu, tutup la api
taraaaaaaaa!!!! siap. makan ngan nasi panas, telur dadar, kicap..slurrpppp

hihihi..bye

Friday, July 26, 2013

Harapan setinggi Gunung Everest jatuh berkecai

selamat pagi :) salam hari Jumaat

eee..semalam online banking especially maybank2u ngan cimbclicks jem kan? hohoho..jenuh nak beyor order kuih raya. 10 kali login pun tak lepas. bengang kemain. dok loading tak sesudah. adooo!! puncanya?? semalam kan hari gaji untuk gomen staff. private pun almost all jugak semalam. so memasing sibuk la bukak akaun tu. beli tiket raya, shopping, bayar utang..hihihi..yang ni bagus. gaji berkepuk pun, utang liat nak bayar, dayus. ehhh, betul ke word tu??lantak la. malas nak cek kamus..

ada duit raya? kelmarin tengok PM announce duit raya untuk gomen staff. MC tau ramai frust sebab konon dorang expect macam tahun lepas, setengah bulan gaji. tup-tup dapat RM500. ok, bagi MC RM500 tu banyak jugak. sebab us as private employee, sometimes tak tau dapat ke tak duit raya. depends kat company's profit. bukan cam deme, konpem je tetiap tahun dapat bonus. Syukur lah. tapi nampak jugak yang luah perasaan kat fb. Cik kak, cik abang, meh MC bagi tip cmne taknak frust bab bonus.

1- ingat kita ni kerja makan gaji. bukan makan gaji+bonus.

2- jangan bajet based on bonus yang konon banyak. bajet la based on gaji kita

3- anggap bonus tu sebagai side income yang tak pasti dapat ke tak. once kita tak mengharap, kalau dapat, rasa sangat best sebab kira duit lebih

4- jangan compare dengan company lain. contoh Petronas.hihihi..

ni actually petua dari kawan MC sebab dia tengok MC dok sedih je takde bonus. so MC pun belaja la terima hakikat. andalhamdulillah, semalam announce ada sedikit duit raya, nikmatnya, Tuhan je tau. gembira. sebab duit tu takde dalam bajet raya. so stil pikir nak invest untuk ape. takmo membazir

kengkawan, rezeki tu ada. cuma kita tak pasti bila, berapa dan dimana akan dapat. so kerjalah seikhlas hati. InsyaAllah, ada ganjarannya :)

Wednesday, July 24, 2013

kurang kasih sayang??

pelik tengok keadaan semasa. semua berebut nak bagi komen, idea. tapi kalau idea tu menjurus ke arah kebaikan, penambahbaikan, ok lah jugak. ni komenn, idea macam nak ajak gaduh. ayat pulak, adedehhh kemain kesat lagi. apehal ek? dulu MC suka cakap orang spesis camni kurang kasih sayang ke? tak kisah la kasih sayang dari mak bapak ke, kengkawan, girlfren ke..huhu. tapi tak leh salahkan diorang. kalau dah perangai cmtu, sape nak berkasih sayang dengan awak??

harmoni tu penting. ape ke bestnya gaduh-gaduh tu? pakai ayat kasar. bangga?? teruja?? hampeh. tu dah mencerminkan attitude awak. sisi hitam awak. perlu ke? orang berlumba nak tunjuk baik, sampai sanggup jadi hipokrit, awak lak tak segan silu nak tunjuk lagak. kalau berdegar sangat takpe, ni dah kena tibai balik, kecut. menggigil. hahahaha.

MC tak rasa reason dia kurang kasih sayang. kalau mak bapak, mana ada yang tak sayang anak. especially time kecik. tapi dah membesar, korang yang choose sendiri kan jalannya?? jangan sampai mak bapak malu dengan perangai korang yang tak semenggah tu. tapi kalau parents sokong?? errkk..tak dapek den nak nolong. kena brainwash satu family la kot.

kat facebook tu, ada isu kecik je, dok pakat hentam. tak kisah la..isu politik, duit, kerja, jangan sampai isu monyet malas petik buah kelapa pun korang sanggup bertekak. tak ke bangang tu!! pegi tengok tv lagi bagus. kuar lepak mamak layan roti nan tandoori ke..hehe. takde pekdah langsung gaduh kat facebook. pegi la jumpa depan-depan bertumbuk. nak?? jangan menyorok bawah selimut, dah :p

pikir dulu sebelum menaip. jangan ada yang bermasam muka, bertegang urat, putus saudara sebab kata-kata yang kurang bijaksana :)

Friday, July 19, 2013

ape yang penting??? semangat!!

hahaha..malas nak moody tengok news-news yang tak ok kat paper ke, online ke. dah buat tanggungjawab sendiri, hoping it will settle soon. now time to ceria-ceria. ala-ala channel Ceria tu. hihihi

Ramadhan dah 1/3 ni. sekejap sangat kan. lagi 20 hari nak raya. hihihi..tu je la yang MC dok ingat kan!! bukan nk habiskan Ramadhan ini dengan sebaiknya. tak la. sometimes, jangan terlalu menunjuk. we have our personal life. ada yang boleh share, ada yang kena simpan sendiri. :p

ok. nak cite time MC study dulu, few weeks before puasa dah siap beli tiket bas raya. start puasa je, terus bukan trolley beg letak tepi dinding. semangat tak??? konon senang. ape yang terlintas nak bawak balik, packing slow-slow. hahaha. memang perangai MC gitu la. even kalau bukan sebab raya pun, time nak balik kampung, awal seminggu dah 70% siap packing. ntah la. ada roh semangat kot dalam badan ni. lagipun MC bukan tetiap bulan balik kampung. so semangat tu tak la pelit. kot. :D

tapi sebab skang da jauh sket, tiket flight dah beli 2 bulan lepas. tapi bab packing tu kena hold dulu sebab kengkawan da gelak. lagipun sindir-sindir lagi MC dok ulang test baju raya 2-3 kali. hahaha/ macam budak-budak ke?? ntah la. kepuasan buat camtu. konon nak bergaya kan time raya. so 2-3 kali try la. kot berat ternaik ke. naya je...(alasan)

well, jangan suka menunjuk-nunjuk ye. kita ni sama je. jangan ada orang terasa sebab sikap kita. tak semua orang mampu. hidup ni besederhana lah. bye

Thursday, July 18, 2013

Redha ke Pasrah ke Meroyan??

bukan nak bergosip tau. nak share my opinion je. headline nye, baru kahwin, takde anak, kawen lagi satu. pepandai la korang nak teka ke ape. malas nak panjangkan cite. biarlah si dia.

Bagi MC, and semua juga, of course la once kawen, korang akan aim untuk dapat anak kan? tapi tak semua bernasib baik boleh pregnant cepat-cepat. tahap kesuburan masing-masing berbeza. lagipun, rezeki Allah, tak siapa tahu bila Dia akan bagi. kalau dapat, bersyukur la. kalau tak lagi, sabar. InsyaAllah ada. teringat MC kawan dah setahun setengah kawen. beria nak anak. kengkawan lak dok tayang anak baru kat facebook. lagi la dia frust. so semalam dok sembang-sembang, dia terbagitau rupanya kewangan dia ngan husband ok la. tapi tak sampai tahap ada lebih banyak. so MC cakap la, maybe tu reason Allah taknak bagi anak lagi. takut korang susah. belanja baby ni banyak. seriously. dia pun admit. iye. kita jarang pikir reason di sebalik ape yang berlaku. nak sentaapp je kan?? huhu

yang peliknya, kalau baru setahun dua tak dapat anak lagi, bagi MC normal. usaha, tawakal, sabar. anak bukan segalanya. betul anak pembawa rezeki. tapi jangan sampai keharmonian rumahtangga musnah sebab taksub nak anak. kalau awak kawen lain boleh dapat anak, berbaloi la. kalau tak jugak?? nak tambah lagi sampai cukup kuota? tak faham la.

mungkin MC tak kawen lagi so tak tau la pandangan orang yang dah kawen ni. ape pun, MC rasa kalau nak kawen lain, berbincang la seelonya. takde sape suka dimadu. tapi kalau tu dah jalan terakhir, pilihan di tangan anda. kalau tahan, redha la. kalau tak tahan, perpisahan la jawabnya. rugi kan? sometimes, MC jeles gak tengok mat-mat saleh ni yang jenis setia ngan bini even dah berpuluh tahun kawen takde anak. Malaysia maybe ada, tapi few kot. tak boleh ke kita jadi camtu? Alhamdulillah, makcik MC dah 18 tahun kawen, tak dapat anak, pakcik takde lak buat hal nak kawen lain. blakang tabir tak tau la dorg dah gaduh ke bertekak ke ape. now happy dengan 2 anak angkat aka anak sedara mereka. see, options always there. up to you to choose.

jangan suka sakitkan hati. even direct or indirectly. jagalah hati orang sekeliling. :)

Tuesday, July 16, 2013

kenapa suka menyakitkan hati??

provocation. why some people are too stubborn. we hate provocation but you continue provoke us. haisshhh..geram. pepagi dah bengang. too speaking tuh. hihihi. marah-marah pun, jangan la sampai masam muka. sabar. senyum

lately, ada kes pasal provocation to Muslims. malas la nak cakap nama. nanti ada yang gtau MC ni racist lak. nonononooo.. MC sedaya upaya tak nak timbulkan isu perkauman di sini. nak semua harmoni je. berbaik-baik. tapi kalau dah orang tak suka, jangan terus menghina. stop it!! especially when it involves religion. tak ke kurang ajar tu??

mana ada agama yang menyuruh pengikutnya menghina agama lain, bersikap biadap. setahu MC, takde. semua menekankan perbuatan yang baik. dah tu, takde keje ke sampai nak menyakitkan hati? boring? wohooo, ada banyak keje kalau kau tak tau. pegi la baca buku ke, masak ke..ni nak testing perasaan orang je. pastu dah kena caci maki, kena ugut, tau pulak menggeletar kepala lutut. mintak maap bagai. sorry, too late. u're too much. MC tak suka nak emo-emo. tapi kalau dah lebih, sape tak hangin kan!!

pelik jugak tengok kawan-kawan yang beria post pasal politik la, keadaan luar negara la..dah tibul isu ni, senyap pulak korang. kenapa??suka ati la. MC hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pengikutNya.

-semoga tahap kesabaran ini masih ada. semoga dijaga mulut dari berkata-kata yang tidak elok

Thursday, July 11, 2013

salah guna jari boleh memudaratkan diri

pelik ke ngan tajuk tu? hihi..saje je nak bagi saspen sket. takde kaitan pun ngan mercun tau.

zaman teknologi ni, jari-jemari memasing play an important role. tak caye? ye la. nak berfesbuk, twitter, sms, sume tu pakai jari kan? skang ni MC nak cite pasal internet la. laju je kan jari menaip. dengar je news baru..tup tap tup tap..pappp..jengg..dah ada cite depan mata hasil googelan anda. hihi..cepat cam bas ekspress pegi pantai timur. tak caya? try la naik. lajuuuuu

banyak manfaat internet ni. mudah nak cari ilmu. tak kira la ilmu ape pun. yang elok ada, yang tak elok ada. terpulang la korang nak yang mana. tak kuasa nak membebel. abih air liur MC nanti :p . tapi yang tak bestnya, kita ni tend tu read from one source je. dah dapat, pastu telan bulat-bulat, spread kat kengkawan. sometimes kita pikir tak, perkara yang kita pun tak tau betul ke tak tu, if orang lain pun telan bulat-bulat, can cause harm to others??tak kan!

jangan sebab nak rasa gah, rasa kita la paling cepat dapat info, langsung tak fikir akibatnya. banyak cendekiawan, cikgu-cikgu, kawan-kawan yang bijak pandai yang bersedia untuk bincang pasal sesuatu issue. jangan jadi bodoh sombong. imagine kalau ada yang fail exam, tercedera sebab info tak betul dari kita. sanggup nak bertanggungjawab?? tipu la. confirm lari sembunyi ujung ceruk dunia.

tak boleh macam tu. kalau rasa takde ape nak update, biar la. rehat dulu. buat kerja lain. tak pun, pegi jenjalan. kalau rasa gatal tangan nak update media sosial korang, create a simple joke ke, share about delicious food ke. which wont harm people. ilmu itu ada. jangan malas mencari. jangan malas bertanya.

gunalah internet sebaiknya. jangan nanti jari kita disoal kerana menyebabkan kemudaratan di dunia. to all, senyum selalu. jangan bergaduh. amalkan budaya mesra. :)

Wednesday, July 10, 2013

Dah tak boleh makan??

selamat menyambut bulan Ramadhan buat umat Islam. :)

tak boleh makan? alaaa.bukan sehari pun. about 12 hours je. then sila rajinkan diri bersahur aka makan sebelum subuh (for those yang tak tau sahur tu ape). kalau tak mula la lembek tengahari, pastu tapau nasik kat kedai seberang jalan..hihihi..heeyyyy..MC tak buat cmtu ok!!

bagus juga tak dapat makan ni. for non Muslim pun, at least kita bagi perut rehat jap. kalau hari biasa, kadang-kadang sampai lima kali sehari makan. tak masuk yang ringan-ringan lagi tu. so, ni bulan perut bekerja ringan. boleh diet jugak..ni MC suka..tapi jangan melantak time berbuka ye. sia-sia je.

bukan tak boleh makan je, kita digalakkan untuk jadi lebih sabar. jangan dok marah je. tak penat?? membebel, menenking..huhuhu..tak elok beb. senyum. sabar. kan bagus. mulut tu jangan lupa jaga. da bulan mulia, mulut jangan jadi hina lak. kutuk mengutuk tu, kalau dah jadi asam garam harian, kurangkan la. kalau boleh stop terus lagi baik. sepatutnya hari-hari biasa pun kan lagi elok kalau budaya mengutuk ni dihentikan. banyak hati yang gembira :)

to non Muslim, thanks for respecting us. tak makan lahap depan-depan. hope you also enjoy fasting with us. most welcome...


Wednesday, July 3, 2013

Ketagih aka addicted

semalam MC tengok Confession of Shopaholic kat Astro. yup..cite ni memang dah lama. hihihi..tapi MC bukan jenis omputeh sangat dari dulu. bese la. orang kampung. exposure kurang. start masuk u baru pandai tengok cite-cite omputeh ni. tu pun memilih yang best je :).. ok. bab movie ni, kesian jugak tengok si Bllomwood tu kan. coz bagi dia shopping tu bole bagi temporary happiness. sampai dia addicted to shop sebab nak mantain dia punya happy. adedehhh..takde cara lain ke? sampai bebankan diri sendiri?? cek purse dulu ye sebelum shopping. muhasabah diri. tengok kemampuan kita. jangan sampai spenda pun nak yang Victoria Beckham punya brand..hahaha

tak salah nak shopping. tapi jangan sampai ketagih. memudaratkan diri. sini MC nk share jenis-jenis ketagih yang ok and yang tak ok..lalalalala

1- ketagih tengok drama tv3 pukul 7pm
best kan? especially kalau da start follow since episode 1. cite lak kena ngan jiwa. hmmm..bagus la. tak kuarkan duit pun. layan mata je. tapi yang tak ok nya, ada la dapur lambat berasap. hihihi..sebab berat bontot nak bangun. sayang sangat nak miss cite tu. (same like me). lari ke toilet time iklan je. hahaha.. oooiiii..solat pun boleh ye time iklan. sila khusyuk :)

2- ketagih menekan
haaaahhh..yang ni memang ramai. ketagih nak menekan media social apps kat henpon tu. kalau time tak bizi, 10 minit skali cek. kot-kot ada status hot.hihihi. tapi tak effect sesape. mata korang je la juling dok melayan internet je. dah la font tak berapa nak besar. rabun la wehh. pastu jangan dok ignore kengkawan lak time melepak. dok menelek je keje

3- ketagih membaca
ok. budaya membaca memang la bagus. sebab korang boleh add knwoledge. at same time, bole baiki tatabahasa or grammar. depends buku bahasa ape la. yang kelakar, korang sanggup stay up nak abiskan baca buku..eleh..bukan buku ilmiah pun. novel cinta tuuuu..errkk..MC la tu. hihihi. tak boleh stop sampai last page. esok pegi keje mata sembap pun, tarak hal lah..bagus ke??

4- ketagih k-pop
oppa gangnam style!!!hahaha..bukan ketagih berjoget. ketagih nak abiskan 17 series drama korea. MC time study week dulu, movie time akan start 10pm-12pm. gila kan?? sanggup tak tido sampai esok tengahari. 3 hari baru abis episod. layan cite My Girl. pastu turun tapau food ngan mata bengkak. bantal basah. meleleh tengok cite sedih. adoii..kalau study, 2 jam dah ngantuk. buruk perangai betul. tapi cite korea best kan??? hehehe..jangan la marah

actually, addicted ni macam syndrom jugak. ada baik buruknya. kalau kita boleh control lagi, ok je. jangan melampau yek. now MC addicted tengok kedai online. tapi berjaya control nafsu nak beli sebab raya dah dekat ooiiii. anak buah anak tekak dah tadah tangan mintak duit raya..kesian mama korang ni tau..boleh papa kedana..hahaha.. adioss

Tuesday, July 2, 2013

Muka ceria, hati siapa yang tahu

sometimes, kita tak perlu nak reveal sangat about our life. tak perlu nak meracau-racau, meroyan update status facebook, twitter, instagram pasal betapa teruknya hidup kita. so many trouble. tak pasal orang menyampah. kau akan jadi macam attention seeker. padahal, memang kita ada masalah time tu.

bagi MC, berpada lah. even kita tengan stress tahap gila-gila, sabar. istighfar. ada caranya. bukan meluahkan kat media sosial. kita tak sedar, time emosi terganggu, percakapan, tulisan kita tak mengikut akal. based hati yang luka. boleh memalukan diri sendiri.

tabah la. setiap masalah ada penyelesaiannya. biar pedih di hati, tapi orang memandang nampak kita senang hati. seperti takde ape-ape. rugi kalau orang anggap kita ni macam bermasalah je. nak berkawan pun takut. hati sendiri, kita lah yang merawatnya.

MC bukan jenis yang reti nak share. ada problem, kalau teruk pun, crying. bukan lemah. tapi tu caranya nak reduce the stress. setiap orang caranya lain-lain. segan, risau nak share. kot ada musang berbulu ayam :)

p/s: its July yawwwll. dah lebih half 2013. wake up!!!!

Tuesday, June 25, 2013

Peplum Tunic Plus Size

Hai,

MC ada nak let go this item. just bought but found out its too plain for me..hahaha..so tak sempat pakai lagi. nak jual. ada color orange, lavender purple and green. size XL. memang ok. stretch lycra. kalau pakai ngan skirt labuh corak tribal, mesti gojes kan? hihihi

sape nak, just komen. postage nanti kawtim. tapi kalau amik sume, MC bagi free postage. ye la. dari membazir tak pakai kan. size refer below

Bust - 38 to 44inches (Max 115cm) Waist - 32 to 38inches, Hips - Max 48inches, Length - 30inches

RM25/each (jual murah je)









Monday, June 24, 2013

siapa tak suka jadi baik?

Ragam manusia. walaupun tak semua, tapi kita ni mostly, suka sangat enjoy kan? konon nak release tension. depends kat macam mana kita release tension. kalau shopping, takde la berdosa. tapi kalau dah sampai beribu tu, beli lak barang yang tak tau nak pakai or guna bila, dah jadik amalan syaitan tu. membazir. hihihi..ceramah di pagi hari. bukan ape, MC rindu nak membebel. bukan tak nak update, tapi bizi sket, pastu cam blur kambing. ada story tapi blur nak menaip. (alasan :p)

sape cakap enjoy tak best?? beeesssttt. siap bole senyum time tido lagi. tapi sampai bila kita nk hidup dengan cara tu? i mean something yang kita tau tak elok, tapi we keep doing it.

MC pun bukan malaikat. ada jugak kekadang nakal. hihihi. cuma terasa, takde kekuatan. takde yang nak tunjuk jalan. padahal, boleh je bergantung kepada diri sendiri. dah pilih jalan tu, tak reti nak u-turn? kenapa nak tunggu orang tarik? a big question mark yang perlu kita tanya diri sendiri. banyak alasan.  tapi MC doakan kita sama-sama kuat. mungkin bukan sekarang, tapi step by step. hidup ni tak lama. boleh enjoy. ada limitnya. jangan sampai sesal di kemudian hari.

our life, we determine it. dan tak salah kalau nak minta bantuan orang lain. if ke arah kebaikan. :)


Friday, June 7, 2013

susahnya nak puaskan hati sendiri

dalam mencapai impian,
kadang-kadang kita terpaksa buat something kita tak suka,
nak gapai, tapi banyak halangan,
tangan yang menyekat,
sokongan yang diharap, tak kunjung tiba,
ape nak buat??
perlu teruskan atau berhenti,
mengalah,
buat benda tak suka sampai mati,
harus?

frust jugak dengan diri sendiri,
ape yang dihajati actually?
masih bingung memikirkan hala tuju
yang tak pasti
ke kanan atau kiri
mengharapkan pendapat dan simpati
argghhh, lemahnya
kenapa tak boleh buat keputusan sendiri?

air mata mengalir tak henti
padahal janji tak mau cengeng lagi
kuatlah wahai hati
perjalanan masih jauh
masa depan yang tak pasti
kita cuba tempuhi
insyaAllah, tercapai hasrat di hati

jangan mudah mengalah

Wednesday, June 5, 2013

lama tak update

MC ada malas sikit. pastu mood holiday memanjang kan?? tu yang pas entry jalan-jalan, tak update sampai skang. sorry la kalau ada reader yang tertunggu. ada ke? hihihi. ye la. MC update cite bukan yang hot sangat pun. suka-suka je.

lately, sedih, pedih tengok keadaan rakyat Malaysia ni. nak bergaduh je. boleh tak kita stop kejap and move on? kan berlambak lagi kerja atas meja tu. nape nak bising pasal benda yang kurang penting yang dah lepas tu?? tak faham. amalan menghina tu dah jadi asam garam. Jangan. tak baik. biarlah orang nak kata ape, kita tak perlu jadi macam dia. kekalkan budi bahasa. jadi lah ikutan yang baik.

tak tau nak cite ape lagi. ni pun baru ok dari demam..huhuhu..jaga kesihatan emmasing ye..adios

Thursday, May 30, 2013

Jalan - Jalan Sabah Part 2

ni temanya nature. back to nature. kita kan jarang nak hargai alam sekitar. so once dah sampai kat sini, cam terlopong jap. jakun. Subhanallah.. cantiknya. kesian MC. suka tengok yang oversea, tapi kat dalam Malaysia ni, berlambak lagi tempat menarik. cantik. indah. aman. damai

bertolak ke Kundasang dalam pukul 8.30 pagi. jangan lupa bawa bekal air, roti, jajan ye. sebab journey kira-kira 2 jam. especially cuaca buruk or banyak lori dan bas.



 ni Jambatan Tamparuli yang lama. dah nak roboh. tak tau la safe ke tak untuk amik pic. bole nampak otw ke Kundasang. tepi jalan je.








my fave thing!! fresh milk.hihi. sila la tapau segala jenis susu segar ni bawa balik ye. bole hilangkan dahaga time turun. waktu perah susu 3pm. so MC tak sempat la tengok. 

kalau korang tak plan untuk overnight kat Kundasang, pegi awal, turun awal. sebab kalau turun dalam pukul 2 lebih, langit dah nak gelap. kalau hujan, siap berkabus lagi. agak bahaya jugak la. depan kete few metres je nampak. MC turun dalan pukul 12. dah la hujan. ada kabus nipis. sejuuukk. 




next day, island hopping. beli tiket kat Jesselton jetty.sorang dalam RM40. kalau tak nak susah, sewa siap-siap safety jacket ngan google. naik bot dari jeti ke pulau dalam 15 minit. kalau ombak kuat, hihihi..sila bersabar ye. air terpercik ke muka tu, standard la.

MC sarankan korang pegi ke Pulau Sapi dulu. sebab pulau ni terlindung dengan pulau lain. so airnya tenang. ombak tak kuat. tapi takde chalet kat sini. sewa tikar la. bole lepak-lepak. cafe dia agak murah la. Mee goreng ayam yang awesome just RM5 je. still berbaloi. portion banyak. ada zoo biawak. banyak babi hutan yang kecik. tapi tak kacau orang.

Lepas tu baru pegi Manukan. sebab MC pegi Manukan dulu, ombak kuat. sakit jugak la badan kena hempas. nak amik gambar pun kena hati-hati. kalau pegi lambat, air dah surut. so tenang la sikit air. memang ramai sangat tourist datang. bangga la dorang suka datang Malaysia kan?? hahaha. buat lelaki budiman, jangan dok jakun sangat tengok orang pakai bikini ye..kuatkan iman anda.. :p



cantik kan? ni first time MC bercuti ke pulau. maybe pasni nak jelajah pulau lain lagi kat Sabah ni. tapi sikit rugi sebab tak reti swimming. so depends kat safety jacket je. tu pun lemas-lemas jugak..hahaha.

cintailah negara kita :)

Wednesday, May 29, 2013

Cuti-cuti Sabah Part 1


hellooooo..baru ada mood nak update pic-pic jenjalan aritu. part ni bab makan je. ye la. once we go to some place, ape yang kita nak rasa, mesti  food dia kan..haha..Malaysia is a food heaven.

kat bawah ni, MC pegi kat area pasar filipin. no cook allowed. so dorang boleh offer bakar je segala jenis seafood tu. sedap jugak. tapi make sure korang tanya harga each seafood yang nak makan. sebab MC dah kena. first time makan, main amik je. time nak bayar, amik kauuu..agak mahal la dia caj. sape suh jadi bodoh sombong..hihi sila tanya ye.








tempting kan tengok lobster ni? tak semahal semenanjung. kalau yg kecik, bole dapat less RM100 tau. kena pandai nego la


ni kerabu rumpai laut. yang ada kolagen tu. sila la try. sedap tau. suh akak tu mix ngan few kerabu..meleleh hingus sebab dia campur sambal belacan ngan air asam..sedaapp




lokan bakar ngan jeli kelapa yang rasa 100% kelapa kat jalan sulaman. dekat ngan politeknik. lokan tu setompok yang besar rm12.00. banyak gerai-gerai kat area tu. pilih je la mana yang berkenan. bagi MC, agak murah sebab lokan tu dengan harga RM12, dapat 20. harga depends size ye. tapi lebih kurang je. jeli dalam kelapa RM4, jeli dalam bekas plastik rm2. tapi serius sedap. ada orang cakap, dia blend isi and air kelapa. tu yang rasa pure..kena pegi rasa sendiri la ye. tapi MC bagi 4.5/5 for jeli kelapa. hahaha..



ilmu baru for MC. sila bezakan lobster sungai ngan lobster laut..pandai??

for those yang nak pegi jalan-jalan kat Sabah, sila google,buat itinerary. senang. tak la nanti bingung nak pegi mana. manage your holiday time. what to eat, where to go, how much the price..semua tu penting. plan biar ada even mungkin lari sket. :)

Monday, May 27, 2013

Zaman remaja zaman bercinta, zaman dewasa zaman tak cukup masa

muda lagi ke kita?? hihihi..malas la nak jawab. pikir sendiri la..ada orang umo bawah 25 dia cakap muda lagi. atas 25, terus dah kira tua. kalau yang single, mula laa..ape ntah significant 25 tuh. suku abad ek?

takyah membebel pepanjang pasal umo. nak cakap je. time zaman remaja, suka sangat menerai barang mekap ye. kawan punya, takpun curi yang mak. konon nak test la. muka lagi jadi lawa kot. hahaha.. sibuk belek majalah mangga. tengok pi artis lawa, pakai swimming suit pose tepi kolam renang. isshhh..memori oh memori. skang takde dah yang tergila ngan majalah mangga. ngan buah mangga ada la. tak 'up' la baca mangga. kena baca english mags.huh..melayu pun ok ape. jangan benci yee

time dewasa ni..balik keje, nak cuci muka ngan teratur pun tak sempat. nak kejar ape, tak tau la. drama pukul 7 kot. kan best-best skang ni. kat tv3. MC rasa, dah sampai masa praktis/makan ape yang perlu untuk badan. patutnya dah start dari usia awal. tapi almaklum laa..degil..ignorant. pastu mula la sibuk dok google untuk makanan kesihatan la..tips untuk kecergasan badan. tapi MC dah set mind, no more slimming product. health care product boleh. kalau dapat yang natural, lagi ok. jangan rely sangat on chemical. tak elok darling..

ni MC nak buat kerabu rumpai laut. semalam dah rendam. nanti campur ngan jus limau nipis, slice bawang merah, cili, udang kering tubuk, garam, gula..nyummm..gula tu takyah pun takpe. tau kan khasiat rumpai laut sabah tu?? kalau tak tau, sila la google. tu kira satu kaedah untuk sihat yang murah.

Jangan ego konon badan kita sihat, tak main la bab-bab awet muda, melawa ni..kerja penting. muka dah ok. helloooo..kan nak pakai semua tu untuk long term. kang laki pengsan tengok. tak pun bini nangis. yag penting, sayangi diri anda. :)

entry holiday esok-esok la. masalah biasa, takleh upload pic kat pc opis..hohoho..

Thursday, May 23, 2013

Jalan-jalan cari makan

Hai..

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK to those yang celebrate it. yang tak celebrate, selamat bercuti. nak pegi mana tu?? tunggu MC update pic nanti ye. nak pegi jenjalan ni..hihi. hari ni pun keje half day je..babai!!!!

Wednesday, May 22, 2013

siapa kita tanpa ibu?

banyak nya isu-isu family skang ni. MC bukan nak menyibuk. tapi sebab dah sakit mata tengok topik ni tengah hot. meletup-letup orang dok cakap. meleret-leret. haisshh..

masa kecik, mak nak makan tu, nak makan ni..tolong iron baju sekolah. kasut dah la cuci ala kadar, pemalas. mak jugak la yang tolong kapur. putih le jadinya. tu tak masuk nak duit beli gula-gula la, berebut tengok tv. ingat mak korang tak pening melayan? nasib baik dia mak. sabar. kalau kakak cam MC, mau kena pelangkung. hihihi..tanya la adik MC. takla sampai pelangkung. tapi membebel berjela gak la kalau tak puas hati. biasala, perasan mau jadi queen control. hahaha..

benci la pc kat opis ni. takleh nk upload pic..huhu..okay..jangan komplen. dia takmo MC curik tulang ni. jap ye. pas update ni, terus buat keje. :p

kan dah lari topik..pc oh pc. MC pun bukan kecik terus jadi besar ni. step by step. ada satu level tu, rasa jeles je ngan adik beradik. siap merajuk konon tak adil la.siapa kita nak cakap pasal adil tak adil?? dah tolong lahirkan, ada hati nak cakap cmtu. kalau bole pilih, kang kamu kat dalam perut je.

kalau ada masalah, selesaikan. kalau rumit, mungkin berjauhan sekejap membantu. tenangkan fikiran. at the same time, infrom yang kita nak tenangkan fikiran. maybe tak bole contact for a week ke. dalam marah, ada risau. hormat la. MC cakap based on pengalaman sendiri. betul, kadang-kadang rasa macam bengang, marah, kecik hati. sebab kita dah besar kan. terpengaruh ngan kawan-kawan, tv..macam-macam. sebab tu MC lagi suka dok jauh skit but call at least sekali seminggu. sebab kalau dah dok sebumbung, ada tendency nak bergaduh kot..rasanya la

MC memang dah biasa dok jauh. so, ok je. jangan lupa mak pak ok. buat mak bapak pulak, kalau ada masalah, pun selesaikan elok-elok. jangan terburu-buru buat keputusan. iye, kita pun ada egonya. tapi kalau dua-dua pihak taknak turunkan ego, sampai bila pun tak abis. jangan rumitkan keadaan.

MC doakan korang semua, kalau marah, muhasabah diri. dah cukup baik ke kita ni? kena marah sket dah muncung merajuk. fikir sejenak. sejukkan hati. buang rasa marah. berbaiklah..:)

Tuesday, May 21, 2013

Jangan menghina rezeki

penat tak keje? kadang-kadang boring, terkejar-kejar time keje. memang patut pun kita reward diri sendiri dengan food yang best-best. kalau mampu. kalau kurang mampu, cukup sekadar makanan yang mengeyangkan. mungkin lain kali ada rezeki lebih, bole la makan macam-macam.

tapi MC sangat tak suka kalau ada spesis yang suka kutuk kaw-kaw makanan. betul kita bengang kalau bayar mahal, makanan tak sedap. kita semua kan 'love our mom's food'. so try pikir panjang sket. kedai tu bukan mak kita punya. so of course la tak meneparti taste kita ni. tapi sebab kau tengah lapar, mak pulak dok jauh, makan je la. kalau tak suka, ok..merungut. tapi stop it when you steop out from the shop. ni tak habis canang kedai tu tak sedap la, mahal la..hellooo, ada je yang cakap sedap.

kalau tak suka, jangan beli lagi kat kedai tu. dia mencari rezeki. tak pasal nak tambah dosa dengan mengutuk. eleh, kau masak pun tak reti ada hati nak kutuk ala-ala papa joe. huh!!

hahaha..emo kan? tapi tu la. MC ni jenis tak cerewet. selagi makanan tu tak mentah, cukup garam gulanya, MC makan je. MC bukan orang kaya yang bole pegi makan restoran hari-hari. gerai ke, kantin ke, asal perut tak kosong.

jangan sampai tuhan tarik balik rezeki kita, baru menyesal

Friday, May 17, 2013

kerja part time di rumah drama semata

beria kan menaip kat Google " kerja part time di rumah". tu la keje MC dari dulu. ye la. sape tak nak duit lebih kan. kalau betul ada, tak salah pun cuba.

tapi sedih. ada juga yang berniat nak bodhkan orang lain. nak menipu. konon kerja di rumah, tapi kena bayar kalau nak start keje. dengan alasan, material cost. MC time tu beru abis skolah menengah, tak terpikir la pasal tipu-tipu ni. so dengan lurus bin bendulnya, pegi la bayar RM25. after 2,3 days, sampai la envelope siap ada macam flyers. rupa-rupanya, kerja dirumah yang dimaksudkan tu, kita advertise, kalau ada yang berminat dan mudah percaya, bayar la RM25. tu la kerja nya. bukan betul-betul kerja data entry clerk. hampehh..jahat kan??

mesti ramai yang terkena. tapi tak rasa teruk sangat sebab RM25. jangan. biarpun sikit, jangan biarkan si penipu ni kaya. haisshh..geram.

pastu dah besar ni, konon matured la sket. ada jugak nampak iklan. takyah bayar, tapi kena jawab soklan and dapat point. MC dengan jujurya, jawab la soklan tu. banyaaak siot. pastu dapat point. bole redeem barang kat page tu. yang kelakar aka sadisnya, kita kena redeem baru bole tau hadia tu betul or virtual je. 10 kali MC redeem, semua virtual!!!! geramnyaaaaa. tu la. percaya sangat. so MC da unsubscribe je semua.

to korang, hati-hati ye especially kalau libatkan duit. jangan mudah percaya. even MC tak rugi duit, tapi membazir masa kot jawab soklan tu. keje la yang betul-betul. bukan cari jalan singkat

Thursday, May 16, 2013

Tragedi hitam di hari Khamis

sedih tau MC arini. auuwww..maluuuu

alkisahnya, pagi tadi MC nak jumpa someone kat another  building. so, dengan bergayanya, MC turun tangga opis. ye la..my opis 2nd floor. tangga besi lagi tu. bukan simen. tapi ngada-ngada nak pakai wadges 3 inch. hamekk kau. eh, bukan jatuh tangga!! Nauzubillah. kalau jatuh tangga, maybe skang ni kat spital dah. huhu

jalan tanah depan opis ada banyak batu-batu kasar. baru je kena gelek ngan stroller semalam. rasa cam jalan dah pandang bawah. ke tengah berangan??tak tau la. tup-tup dah terjelepuk atas tanah. ala-ala tahiyat akhir gitu. hihi..jeles la tu. dia jatuh tergolek. :p. yang bestnya, MC bukan sibuk nak bangun, tapi tengok keliling dulu. kot ada yang nampak..hahaha..gedik kan? nasib la takde orang. cepat-cepat bangun.

yang tak bestnya, seluarku koyaakkk. kat bawah lutut. almaklum la. slack. murah. nipis. cmne ni? dah la nak jumpa orang.. tanah dah siap melekat kat seluar. pastu ada kawan yang baik hati bagi pin tudung dia. dia cakap, letak pin dari dalam. ok sket jumpa orang. sadisnya, pin tu kan, gesel-gesel ngan melecet kat lutut. korang leh imagine tak??woooo..pedihh.

pas jumpa orang, terus apply kuar kejap. balik rumah, tukar seluar..hukhukhuk

sekian kisah MC yang careless

keranamu fesbuk, twitter dsb

MC tengah pertimbangkan untuk deactivate twitter. fesbuk tak lagi kot. hihi. bukan ape, ada kawan-kawan yang jenis makan dalam la..suka mengata la..adoi. tak faham. konon kebal. cakap kasar pun bole terima. ni tweet yang dorang tak berkenan, terus nk emo-emo. oh please!!! aku tak kisah pun korang tweet ape. huh

MC rasa sedikit sebanyak, media sosial ni boleh memainkan peranan untuk pecah belahkan relationship kalau kita tak hati-hati.

moral of the story : jangan menyakitkan hati. tapi biarlah jadi orang yang berpendirian