Monday, March 10, 2014

MH370 - where are you

assalamualaikum..

selamat pagi isnin. actually MC tak berapa nak ceria since weekend aritu. macam-macam issue. rasa tak larat pun ada. tapi tak boleh la nak ikutkan sangat emosi. kerja tetap kerja. control yourself. draw a smile on your face, move on.

sad tragedy for mh370 kan? MC maksudkan 'tragedi' tu bukan sebab terhempas ke ape, sebab now semua tengah bersedih, bingung dengan kehilangan. susah nak trace. banyak spekulasi, teori. tapi kena ingat jugak, semua cabin crew and passengers ada family masing-masing. so MC mintak sangat jangan la kita excited nak share story yang tak sahih or create ridiculous incident. tak patut sangat.

Hari Sabtu tu, bangun pagi MC terjumpa baby kucing mati. kesian. sebab MC takut kucing, so kepala terus pening. kesian. tapi takleh nak pegang. sorry baby :(. lepas tu dengar pulak pasal MH370 ni. lagi la rasa tak bermaya. rasa simpati. bayangkan jika kita dibiarkan teraba dalam kegelapan. macam tu la perasaan semua orang. tengahari, nak masak. perap ayam dengan serbuk kari. skali nak goreng, ada ulat. rupanya serbuk kari tu dah berulat. hukhukhuk. basuh and gorang plain. tu pun makan tak abis seketul. seriously, no mood. biasa la. perempuan. susah nak kawal perasaan. then MC pergi angkat kain. sebab panas. so half day pun dah kering kontang. skali jumpa lagi baby kucing yang mati. uwwaaaaaaa..terpaku sambil pejam mata. ya Allah. kenapa banyak sangat dugaan hari ni. terus MC jalan tak tunduk masuk rumah. Istighfar.

panggil kawan mintak tolong buang bangkai kucing. kesian. being told that maybe bapak dia gigit. mak pulak yang biasa suka menggesel, dok termenung kat parking area. sedih???

mungkin hari yang tak ceria. tapi MC kuatkan hati. ye la. maybe itu perkara kecik bagi orang lain. tapi bagi MC yang tak boleh tengok benda ngeri, sedikit sebanyak, lemah semangat ooiiii.

ape pun. hari ni, stick to radio and tv. kat opis bukak radio. nak sangat tahu update pasal mh370. sama-sama kita doakan ye. tak kira warganegara, bangsa or agama ape. harap semua selamat. jangan burukkan lagi situasi.

Thursday, January 9, 2014

Swasta pilihanku

pernah tak siapa-siapa yang kerja swasta tu, balik kampung, makcik-makcik or parents kita suggest.." mintak la keje gomen. banyak iklan dalam tv tu. isi SPA". ape perasaan korang jikalau

1- korang dah isi seploh kali SPA
2- sanggup cuti balik kampung nak exam 2-3 kali
3- tak pernah lepas stage interview
4- status kat SPA tiada kekosongan untuk jawatan yang dipohon

agak-agak korang berasap tak? hangin sebab macam la kita ni tak usaha. tapi pelik jugak kenapa semua agungkan sangat gomen? sebab senang dapat loan? secure? terpulang pendapat masing-masing. tapi rezeki orang lain-lain. kalau anak jiran dapat keje gomen, jangan la meracau nak suruh anak kau mintak. dah mintak ok. tak dapat!! MC nak balas beria kang cam kurang ajar. tapi tak boleh salahkan golongan setengah abad ni. bukang diorang tahu situasi pekerjaan. especially yang tak bekerja.

so our task is to educate. cakap la kita dah apply, tak lepas-lepas. and our current job dah bagus. means korang kena argue dengan points yang bernas. supaya dorang tak risau future kau, and stop membebel pasal keje gomen * eh macam pengalaman sendiri pulak. hihihi

kerja, asal halal, dapat duit, bagus dah tu. kumpul pengalaman. mintak kerja lain if nak lagi better. pilihan kita sendiri yang buat. jangan malas kerja dah la. Ptptn sila bayar ye.

tak baik naikkan suara dengan orang tua. pemahaman kita tak sama dengan mereka. tone down ok. tak rugi pun. anything boleh bawak bincang :)

Spiderman

hai. eh sorry. tengah tarik sawang, mop lantai, lap tingkap. hah?? dah siap ada spiderman kat blog ni. haha. ye la. berkurun tak update. padahal masuk tahun baru patut makin fresh. Almaklumlah, MC ni bukan cam blogger lain yang aktif. MC berjiwa malas sket. ikut mood. ada pasang surutnya. :p *alasan

azam baru? ntah la. sebab rasa cam tak perlu kot every new year nak buat azam baru. anytime pun boleh kan. just simbolik la tu nak buat something marvelousmasuk tahun baru. tak salah pun. maybe korang lagi semangat nak start buat dari 1 January tu kan. MC ada jugak azam-azam tapi stat end Dec. Memang MC ni tak suka sangat nak cliche. hahaha. tapi kalau dah emmang benda tu best, tak kisah la cliche pun. ah, melalut

ape kaitan Spiderman? takde pun. hihi. alaa. jangan marah ok. kita geng-geng. gurauan tu tanda mesra. cewaahh. sape ada instagram? kalau agak-agak boring ke, tension, sila follow faizdickie . memang awesome dia punya komik. MC respek dia sebab idea tu teramat kreatif. for me la. kadang-kadang benda tu simple, dah lama..tapi diolah boleh buat berribu ummat gelak. MC pun masa tengok post-post dia, mesti control gelak. kelakar sangat. siap boleh senyum sorag-sorang. tapi tengok post time dia sedih, teringat arwah emak dia, adoii. nak menitik. ayat dia memang kena. padahal biasa je. eh MC takde saham ape pun kat Ig dia tu. saje suggest kat korang. so azam tahun baru, jangan emo-emo ye. agak-agak nak meletop, hah pegi baca komik dia. konpem tekanan darah kurang. hihi


Nah, MC belanja korang one of his comics. kalau korang rasa tak kelakar, memang bukan #villagepeople (gelaran follower dia). hihi enjoy ok.