Monday, March 10, 2014

MH370 - where are you

assalamualaikum..

selamat pagi isnin. actually MC tak berapa nak ceria since weekend aritu. macam-macam issue. rasa tak larat pun ada. tapi tak boleh la nak ikutkan sangat emosi. kerja tetap kerja. control yourself. draw a smile on your face, move on.

sad tragedy for mh370 kan? MC maksudkan 'tragedi' tu bukan sebab terhempas ke ape, sebab now semua tengah bersedih, bingung dengan kehilangan. susah nak trace. banyak spekulasi, teori. tapi kena ingat jugak, semua cabin crew and passengers ada family masing-masing. so MC mintak sangat jangan la kita excited nak share story yang tak sahih or create ridiculous incident. tak patut sangat.

Hari Sabtu tu, bangun pagi MC terjumpa baby kucing mati. kesian. sebab MC takut kucing, so kepala terus pening. kesian. tapi takleh nak pegang. sorry baby :(. lepas tu dengar pulak pasal MH370 ni. lagi la rasa tak bermaya. rasa simpati. bayangkan jika kita dibiarkan teraba dalam kegelapan. macam tu la perasaan semua orang. tengahari, nak masak. perap ayam dengan serbuk kari. skali nak goreng, ada ulat. rupanya serbuk kari tu dah berulat. hukhukhuk. basuh and gorang plain. tu pun makan tak abis seketul. seriously, no mood. biasa la. perempuan. susah nak kawal perasaan. then MC pergi angkat kain. sebab panas. so half day pun dah kering kontang. skali jumpa lagi baby kucing yang mati. uwwaaaaaaa..terpaku sambil pejam mata. ya Allah. kenapa banyak sangat dugaan hari ni. terus MC jalan tak tunduk masuk rumah. Istighfar.

panggil kawan mintak tolong buang bangkai kucing. kesian. being told that maybe bapak dia gigit. mak pulak yang biasa suka menggesel, dok termenung kat parking area. sedih???

mungkin hari yang tak ceria. tapi MC kuatkan hati. ye la. maybe itu perkara kecik bagi orang lain. tapi bagi MC yang tak boleh tengok benda ngeri, sedikit sebanyak, lemah semangat ooiiii.

ape pun. hari ni, stick to radio and tv. kat opis bukak radio. nak sangat tahu update pasal mh370. sama-sama kita doakan ye. tak kira warganegara, bangsa or agama ape. harap semua selamat. jangan burukkan lagi situasi.

No comments:

Post a Comment