Tuesday, July 30, 2013

Gelang tangan emas 916

helloooo

MC terasa nak jual emas. sebab emas tengah murah skang ni. macam rugi pulak kan kalau tak ambil kesempatan. dari beli handphone, jam yang value akan turun, baik menyimpan emas. pelaburan yang berbaloi. hihihi

layan la pic ni. so far harga ni fix. murah dari kedai ok. sebab MC tak caj upah. tadi pegi kedai harga RM154/gram + upah. hohoho..bernanah gak nak bayar. ni MC buat promo raya

RM150 x berat + postage RM15





semua gelang tangan ye. ape2 bole email ke masz.lynna@gmail.com

CEPAT!!!! sementara harga tengah murah

asam pedas amatur

semalam teringin nak makan asam pedas ikan pari. kebetulan ikan pari dah siap beli weekend aritu. hihi. tengah keje cam terbayang-bayang je. nyummm nyumm. rasa je nak makan tapi MC tak penah lagi try masak. memang bagi setengah orang, asam pedas tu senang je. ibarat makan kuaci :p. whatever, MC tak reti.

sebab dah berazam, sebelum balik keje beria google resepi asam pedas. banyak lak tu. baru tau bahan-bahannya senang. sikit je. huhuhu..ape la kau ni tak penah try. lalalala..

blend A

bawang merah - suka ati korang la nak byk mana
bawang putih - 3-4 ulas
belacan - 1 inch
halia - 1/2 inch
kunyit - 1/2 inch

blend B
cili kering

asam jawa - 2 sudu
serai
tomato
bendi
daun kesum

1- tumis bahan blend A sampai garing. wangi. pakai minyak banyak sket ye
2- masukkan bahan blend B. tumis la sampai naik minyak. masukkan serai yang dititik
3- masukkan air asam jawa pekat. biarkan mendidih jap
4- masukkan ikan ngan daun kesum. slowkan api. biar mesra ngan kuah
5- hahhh..yang ni ikut citarasa memasing. dah pekat kuah, bole la masukkan bendi, terung, tomato.. terpulang. opppsss, jangan lupa garam. kalau kurang masam, masuk asam keping 1. agak2 la ye

dah lembut sayur tu, tutup la api
taraaaaaaaa!!!! siap. makan ngan nasi panas, telur dadar, kicap..slurrpppp

hihihi..bye

Friday, July 26, 2013

Harapan setinggi Gunung Everest jatuh berkecai

selamat pagi :) salam hari Jumaat

eee..semalam online banking especially maybank2u ngan cimbclicks jem kan? hohoho..jenuh nak beyor order kuih raya. 10 kali login pun tak lepas. bengang kemain. dok loading tak sesudah. adooo!! puncanya?? semalam kan hari gaji untuk gomen staff. private pun almost all jugak semalam. so memasing sibuk la bukak akaun tu. beli tiket raya, shopping, bayar utang..hihihi..yang ni bagus. gaji berkepuk pun, utang liat nak bayar, dayus. ehhh, betul ke word tu??lantak la. malas nak cek kamus..

ada duit raya? kelmarin tengok PM announce duit raya untuk gomen staff. MC tau ramai frust sebab konon dorang expect macam tahun lepas, setengah bulan gaji. tup-tup dapat RM500. ok, bagi MC RM500 tu banyak jugak. sebab us as private employee, sometimes tak tau dapat ke tak duit raya. depends kat company's profit. bukan cam deme, konpem je tetiap tahun dapat bonus. Syukur lah. tapi nampak jugak yang luah perasaan kat fb. Cik kak, cik abang, meh MC bagi tip cmne taknak frust bab bonus.

1- ingat kita ni kerja makan gaji. bukan makan gaji+bonus.

2- jangan bajet based on bonus yang konon banyak. bajet la based on gaji kita

3- anggap bonus tu sebagai side income yang tak pasti dapat ke tak. once kita tak mengharap, kalau dapat, rasa sangat best sebab kira duit lebih

4- jangan compare dengan company lain. contoh Petronas.hihihi..

ni actually petua dari kawan MC sebab dia tengok MC dok sedih je takde bonus. so MC pun belaja la terima hakikat. andalhamdulillah, semalam announce ada sedikit duit raya, nikmatnya, Tuhan je tau. gembira. sebab duit tu takde dalam bajet raya. so stil pikir nak invest untuk ape. takmo membazir

kengkawan, rezeki tu ada. cuma kita tak pasti bila, berapa dan dimana akan dapat. so kerjalah seikhlas hati. InsyaAllah, ada ganjarannya :)

Wednesday, July 24, 2013

kurang kasih sayang??

pelik tengok keadaan semasa. semua berebut nak bagi komen, idea. tapi kalau idea tu menjurus ke arah kebaikan, penambahbaikan, ok lah jugak. ni komenn, idea macam nak ajak gaduh. ayat pulak, adedehhh kemain kesat lagi. apehal ek? dulu MC suka cakap orang spesis camni kurang kasih sayang ke? tak kisah la kasih sayang dari mak bapak ke, kengkawan, girlfren ke..huhu. tapi tak leh salahkan diorang. kalau dah perangai cmtu, sape nak berkasih sayang dengan awak??

harmoni tu penting. ape ke bestnya gaduh-gaduh tu? pakai ayat kasar. bangga?? teruja?? hampeh. tu dah mencerminkan attitude awak. sisi hitam awak. perlu ke? orang berlumba nak tunjuk baik, sampai sanggup jadi hipokrit, awak lak tak segan silu nak tunjuk lagak. kalau berdegar sangat takpe, ni dah kena tibai balik, kecut. menggigil. hahahaha.

MC tak rasa reason dia kurang kasih sayang. kalau mak bapak, mana ada yang tak sayang anak. especially time kecik. tapi dah membesar, korang yang choose sendiri kan jalannya?? jangan sampai mak bapak malu dengan perangai korang yang tak semenggah tu. tapi kalau parents sokong?? errkk..tak dapek den nak nolong. kena brainwash satu family la kot.

kat facebook tu, ada isu kecik je, dok pakat hentam. tak kisah la..isu politik, duit, kerja, jangan sampai isu monyet malas petik buah kelapa pun korang sanggup bertekak. tak ke bangang tu!! pegi tengok tv lagi bagus. kuar lepak mamak layan roti nan tandoori ke..hehe. takde pekdah langsung gaduh kat facebook. pegi la jumpa depan-depan bertumbuk. nak?? jangan menyorok bawah selimut, dah :p

pikir dulu sebelum menaip. jangan ada yang bermasam muka, bertegang urat, putus saudara sebab kata-kata yang kurang bijaksana :)

Friday, July 19, 2013

ape yang penting??? semangat!!

hahaha..malas nak moody tengok news-news yang tak ok kat paper ke, online ke. dah buat tanggungjawab sendiri, hoping it will settle soon. now time to ceria-ceria. ala-ala channel Ceria tu. hihihi

Ramadhan dah 1/3 ni. sekejap sangat kan. lagi 20 hari nak raya. hihihi..tu je la yang MC dok ingat kan!! bukan nk habiskan Ramadhan ini dengan sebaiknya. tak la. sometimes, jangan terlalu menunjuk. we have our personal life. ada yang boleh share, ada yang kena simpan sendiri. :p

ok. nak cite time MC study dulu, few weeks before puasa dah siap beli tiket bas raya. start puasa je, terus bukan trolley beg letak tepi dinding. semangat tak??? konon senang. ape yang terlintas nak bawak balik, packing slow-slow. hahaha. memang perangai MC gitu la. even kalau bukan sebab raya pun, time nak balik kampung, awal seminggu dah 70% siap packing. ntah la. ada roh semangat kot dalam badan ni. lagipun MC bukan tetiap bulan balik kampung. so semangat tu tak la pelit. kot. :D

tapi sebab skang da jauh sket, tiket flight dah beli 2 bulan lepas. tapi bab packing tu kena hold dulu sebab kengkawan da gelak. lagipun sindir-sindir lagi MC dok ulang test baju raya 2-3 kali. hahaha/ macam budak-budak ke?? ntah la. kepuasan buat camtu. konon nak bergaya kan time raya. so 2-3 kali try la. kot berat ternaik ke. naya je...(alasan)

well, jangan suka menunjuk-nunjuk ye. kita ni sama je. jangan ada orang terasa sebab sikap kita. tak semua orang mampu. hidup ni besederhana lah. bye

Thursday, July 18, 2013

Redha ke Pasrah ke Meroyan??

bukan nak bergosip tau. nak share my opinion je. headline nye, baru kahwin, takde anak, kawen lagi satu. pepandai la korang nak teka ke ape. malas nak panjangkan cite. biarlah si dia.

Bagi MC, and semua juga, of course la once kawen, korang akan aim untuk dapat anak kan? tapi tak semua bernasib baik boleh pregnant cepat-cepat. tahap kesuburan masing-masing berbeza. lagipun, rezeki Allah, tak siapa tahu bila Dia akan bagi. kalau dapat, bersyukur la. kalau tak lagi, sabar. InsyaAllah ada. teringat MC kawan dah setahun setengah kawen. beria nak anak. kengkawan lak dok tayang anak baru kat facebook. lagi la dia frust. so semalam dok sembang-sembang, dia terbagitau rupanya kewangan dia ngan husband ok la. tapi tak sampai tahap ada lebih banyak. so MC cakap la, maybe tu reason Allah taknak bagi anak lagi. takut korang susah. belanja baby ni banyak. seriously. dia pun admit. iye. kita jarang pikir reason di sebalik ape yang berlaku. nak sentaapp je kan?? huhu

yang peliknya, kalau baru setahun dua tak dapat anak lagi, bagi MC normal. usaha, tawakal, sabar. anak bukan segalanya. betul anak pembawa rezeki. tapi jangan sampai keharmonian rumahtangga musnah sebab taksub nak anak. kalau awak kawen lain boleh dapat anak, berbaloi la. kalau tak jugak?? nak tambah lagi sampai cukup kuota? tak faham la.

mungkin MC tak kawen lagi so tak tau la pandangan orang yang dah kawen ni. ape pun, MC rasa kalau nak kawen lain, berbincang la seelonya. takde sape suka dimadu. tapi kalau tu dah jalan terakhir, pilihan di tangan anda. kalau tahan, redha la. kalau tak tahan, perpisahan la jawabnya. rugi kan? sometimes, MC jeles gak tengok mat-mat saleh ni yang jenis setia ngan bini even dah berpuluh tahun kawen takde anak. Malaysia maybe ada, tapi few kot. tak boleh ke kita jadi camtu? Alhamdulillah, makcik MC dah 18 tahun kawen, tak dapat anak, pakcik takde lak buat hal nak kawen lain. blakang tabir tak tau la dorg dah gaduh ke bertekak ke ape. now happy dengan 2 anak angkat aka anak sedara mereka. see, options always there. up to you to choose.

jangan suka sakitkan hati. even direct or indirectly. jagalah hati orang sekeliling. :)

Tuesday, July 16, 2013

kenapa suka menyakitkan hati??

provocation. why some people are too stubborn. we hate provocation but you continue provoke us. haisshhh..geram. pepagi dah bengang. too speaking tuh. hihihi. marah-marah pun, jangan la sampai masam muka. sabar. senyum

lately, ada kes pasal provocation to Muslims. malas la nak cakap nama. nanti ada yang gtau MC ni racist lak. nonononooo.. MC sedaya upaya tak nak timbulkan isu perkauman di sini. nak semua harmoni je. berbaik-baik. tapi kalau dah orang tak suka, jangan terus menghina. stop it!! especially when it involves religion. tak ke kurang ajar tu??

mana ada agama yang menyuruh pengikutnya menghina agama lain, bersikap biadap. setahu MC, takde. semua menekankan perbuatan yang baik. dah tu, takde keje ke sampai nak menyakitkan hati? boring? wohooo, ada banyak keje kalau kau tak tau. pegi la baca buku ke, masak ke..ni nak testing perasaan orang je. pastu dah kena caci maki, kena ugut, tau pulak menggeletar kepala lutut. mintak maap bagai. sorry, too late. u're too much. MC tak suka nak emo-emo. tapi kalau dah lebih, sape tak hangin kan!!

pelik jugak tengok kawan-kawan yang beria post pasal politik la, keadaan luar negara la..dah tibul isu ni, senyap pulak korang. kenapa??suka ati la. MC hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pengikutNya.

-semoga tahap kesabaran ini masih ada. semoga dijaga mulut dari berkata-kata yang tidak elok

Thursday, July 11, 2013

salah guna jari boleh memudaratkan diri

pelik ke ngan tajuk tu? hihi..saje je nak bagi saspen sket. takde kaitan pun ngan mercun tau.

zaman teknologi ni, jari-jemari memasing play an important role. tak caye? ye la. nak berfesbuk, twitter, sms, sume tu pakai jari kan? skang ni MC nak cite pasal internet la. laju je kan jari menaip. dengar je news baru..tup tap tup tap..pappp..jengg..dah ada cite depan mata hasil googelan anda. hihi..cepat cam bas ekspress pegi pantai timur. tak caya? try la naik. lajuuuuu

banyak manfaat internet ni. mudah nak cari ilmu. tak kira la ilmu ape pun. yang elok ada, yang tak elok ada. terpulang la korang nak yang mana. tak kuasa nak membebel. abih air liur MC nanti :p . tapi yang tak bestnya, kita ni tend tu read from one source je. dah dapat, pastu telan bulat-bulat, spread kat kengkawan. sometimes kita pikir tak, perkara yang kita pun tak tau betul ke tak tu, if orang lain pun telan bulat-bulat, can cause harm to others??tak kan!

jangan sebab nak rasa gah, rasa kita la paling cepat dapat info, langsung tak fikir akibatnya. banyak cendekiawan, cikgu-cikgu, kawan-kawan yang bijak pandai yang bersedia untuk bincang pasal sesuatu issue. jangan jadi bodoh sombong. imagine kalau ada yang fail exam, tercedera sebab info tak betul dari kita. sanggup nak bertanggungjawab?? tipu la. confirm lari sembunyi ujung ceruk dunia.

tak boleh macam tu. kalau rasa takde ape nak update, biar la. rehat dulu. buat kerja lain. tak pun, pegi jenjalan. kalau rasa gatal tangan nak update media sosial korang, create a simple joke ke, share about delicious food ke. which wont harm people. ilmu itu ada. jangan malas mencari. jangan malas bertanya.

gunalah internet sebaiknya. jangan nanti jari kita disoal kerana menyebabkan kemudaratan di dunia. to all, senyum selalu. jangan bergaduh. amalkan budaya mesra. :)

Wednesday, July 10, 2013

Dah tak boleh makan??

selamat menyambut bulan Ramadhan buat umat Islam. :)

tak boleh makan? alaaa.bukan sehari pun. about 12 hours je. then sila rajinkan diri bersahur aka makan sebelum subuh (for those yang tak tau sahur tu ape). kalau tak mula la lembek tengahari, pastu tapau nasik kat kedai seberang jalan..hihihi..heeyyyy..MC tak buat cmtu ok!!

bagus juga tak dapat makan ni. for non Muslim pun, at least kita bagi perut rehat jap. kalau hari biasa, kadang-kadang sampai lima kali sehari makan. tak masuk yang ringan-ringan lagi tu. so, ni bulan perut bekerja ringan. boleh diet jugak..ni MC suka..tapi jangan melantak time berbuka ye. sia-sia je.

bukan tak boleh makan je, kita digalakkan untuk jadi lebih sabar. jangan dok marah je. tak penat?? membebel, menenking..huhuhu..tak elok beb. senyum. sabar. kan bagus. mulut tu jangan lupa jaga. da bulan mulia, mulut jangan jadi hina lak. kutuk mengutuk tu, kalau dah jadi asam garam harian, kurangkan la. kalau boleh stop terus lagi baik. sepatutnya hari-hari biasa pun kan lagi elok kalau budaya mengutuk ni dihentikan. banyak hati yang gembira :)

to non Muslim, thanks for respecting us. tak makan lahap depan-depan. hope you also enjoy fasting with us. most welcome...


Wednesday, July 3, 2013

Ketagih aka addicted

semalam MC tengok Confession of Shopaholic kat Astro. yup..cite ni memang dah lama. hihihi..tapi MC bukan jenis omputeh sangat dari dulu. bese la. orang kampung. exposure kurang. start masuk u baru pandai tengok cite-cite omputeh ni. tu pun memilih yang best je :).. ok. bab movie ni, kesian jugak tengok si Bllomwood tu kan. coz bagi dia shopping tu bole bagi temporary happiness. sampai dia addicted to shop sebab nak mantain dia punya happy. adedehhh..takde cara lain ke? sampai bebankan diri sendiri?? cek purse dulu ye sebelum shopping. muhasabah diri. tengok kemampuan kita. jangan sampai spenda pun nak yang Victoria Beckham punya brand..hahaha

tak salah nak shopping. tapi jangan sampai ketagih. memudaratkan diri. sini MC nk share jenis-jenis ketagih yang ok and yang tak ok..lalalalala

1- ketagih tengok drama tv3 pukul 7pm
best kan? especially kalau da start follow since episode 1. cite lak kena ngan jiwa. hmmm..bagus la. tak kuarkan duit pun. layan mata je. tapi yang tak ok nya, ada la dapur lambat berasap. hihihi..sebab berat bontot nak bangun. sayang sangat nak miss cite tu. (same like me). lari ke toilet time iklan je. hahaha.. oooiiii..solat pun boleh ye time iklan. sila khusyuk :)

2- ketagih menekan
haaaahhh..yang ni memang ramai. ketagih nak menekan media social apps kat henpon tu. kalau time tak bizi, 10 minit skali cek. kot-kot ada status hot.hihihi. tapi tak effect sesape. mata korang je la juling dok melayan internet je. dah la font tak berapa nak besar. rabun la wehh. pastu jangan dok ignore kengkawan lak time melepak. dok menelek je keje

3- ketagih membaca
ok. budaya membaca memang la bagus. sebab korang boleh add knwoledge. at same time, bole baiki tatabahasa or grammar. depends buku bahasa ape la. yang kelakar, korang sanggup stay up nak abiskan baca buku..eleh..bukan buku ilmiah pun. novel cinta tuuuu..errkk..MC la tu. hihihi. tak boleh stop sampai last page. esok pegi keje mata sembap pun, tarak hal lah..bagus ke??

4- ketagih k-pop
oppa gangnam style!!!hahaha..bukan ketagih berjoget. ketagih nak abiskan 17 series drama korea. MC time study week dulu, movie time akan start 10pm-12pm. gila kan?? sanggup tak tido sampai esok tengahari. 3 hari baru abis episod. layan cite My Girl. pastu turun tapau food ngan mata bengkak. bantal basah. meleleh tengok cite sedih. adoii..kalau study, 2 jam dah ngantuk. buruk perangai betul. tapi cite korea best kan??? hehehe..jangan la marah

actually, addicted ni macam syndrom jugak. ada baik buruknya. kalau kita boleh control lagi, ok je. jangan melampau yek. now MC addicted tengok kedai online. tapi berjaya control nafsu nak beli sebab raya dah dekat ooiiii. anak buah anak tekak dah tadah tangan mintak duit raya..kesian mama korang ni tau..boleh papa kedana..hahaha.. adioss

Tuesday, July 2, 2013

Muka ceria, hati siapa yang tahu

sometimes, kita tak perlu nak reveal sangat about our life. tak perlu nak meracau-racau, meroyan update status facebook, twitter, instagram pasal betapa teruknya hidup kita. so many trouble. tak pasal orang menyampah. kau akan jadi macam attention seeker. padahal, memang kita ada masalah time tu.

bagi MC, berpada lah. even kita tengan stress tahap gila-gila, sabar. istighfar. ada caranya. bukan meluahkan kat media sosial. kita tak sedar, time emosi terganggu, percakapan, tulisan kita tak mengikut akal. based hati yang luka. boleh memalukan diri sendiri.

tabah la. setiap masalah ada penyelesaiannya. biar pedih di hati, tapi orang memandang nampak kita senang hati. seperti takde ape-ape. rugi kalau orang anggap kita ni macam bermasalah je. nak berkawan pun takut. hati sendiri, kita lah yang merawatnya.

MC bukan jenis yang reti nak share. ada problem, kalau teruk pun, crying. bukan lemah. tapi tu caranya nak reduce the stress. setiap orang caranya lain-lain. segan, risau nak share. kot ada musang berbulu ayam :)

p/s: its July yawwwll. dah lebih half 2013. wake up!!!!