Wednesday, July 24, 2013

kurang kasih sayang??

pelik tengok keadaan semasa. semua berebut nak bagi komen, idea. tapi kalau idea tu menjurus ke arah kebaikan, penambahbaikan, ok lah jugak. ni komenn, idea macam nak ajak gaduh. ayat pulak, adedehhh kemain kesat lagi. apehal ek? dulu MC suka cakap orang spesis camni kurang kasih sayang ke? tak kisah la kasih sayang dari mak bapak ke, kengkawan, girlfren ke..huhu. tapi tak leh salahkan diorang. kalau dah perangai cmtu, sape nak berkasih sayang dengan awak??

harmoni tu penting. ape ke bestnya gaduh-gaduh tu? pakai ayat kasar. bangga?? teruja?? hampeh. tu dah mencerminkan attitude awak. sisi hitam awak. perlu ke? orang berlumba nak tunjuk baik, sampai sanggup jadi hipokrit, awak lak tak segan silu nak tunjuk lagak. kalau berdegar sangat takpe, ni dah kena tibai balik, kecut. menggigil. hahahaha.

MC tak rasa reason dia kurang kasih sayang. kalau mak bapak, mana ada yang tak sayang anak. especially time kecik. tapi dah membesar, korang yang choose sendiri kan jalannya?? jangan sampai mak bapak malu dengan perangai korang yang tak semenggah tu. tapi kalau parents sokong?? errkk..tak dapek den nak nolong. kena brainwash satu family la kot.

kat facebook tu, ada isu kecik je, dok pakat hentam. tak kisah la..isu politik, duit, kerja, jangan sampai isu monyet malas petik buah kelapa pun korang sanggup bertekak. tak ke bangang tu!! pegi tengok tv lagi bagus. kuar lepak mamak layan roti nan tandoori ke..hehe. takde pekdah langsung gaduh kat facebook. pegi la jumpa depan-depan bertumbuk. nak?? jangan menyorok bawah selimut, dah :p

pikir dulu sebelum menaip. jangan ada yang bermasam muka, bertegang urat, putus saudara sebab kata-kata yang kurang bijaksana :)

No comments:

Post a Comment