Tuesday, November 26, 2013

2nd hand books for sale!!!!


sape bosan dok rumah? angkat tangan. tapi cover ketiak ye.hihihi. ni ha MC tolong kawan jual balik her books. tu la. time membeli tak ingat dunia. now rumah dia takde space dah. penuh buku je. kalau ilmiah takpe jugak. ni macaaammm macaaam.hahaha

tau kan Mills and Boon? ni Modern edition version ye. bukan yang tahap muka zaman p.ramlee tu. kira adult romance la. sangat tak sesuai untuk kanak-kanak.

sape nak?? ada beratus nak jual. RM30/10 biji. tajuk random. takkan nak pilih lak kan. sume best. tak caya?? MC pun dah beli la. 100 biji. nak challenge??

email ke masz.lynna@gmail.com kalau nak ye. postage nanti kita kawtim. kawan kat kl tu






Monday, November 25, 2013

SALE!!SALE!!SALE!!!

mentang-mentang dah nak ujung tahun, tau je kan ada few company bagi bonus. pastu beria la buat sale. most of shopping complex dah start sale pun. ye la. cuti sekolah kan. pastu next month pulak Krismas. bahagia kau ye!!

tengok ada update pasal sale Air Asia (AA). quite cheap. actually memang cheap. hihi. tapi lemah semangat tengok tarikh penerbangan. May 2014 - Jan 2015. fuyyooo. gila lah. 2013 not even finish yet, kau dah buat sale untuk next 2 years ye. hahaha. manyakkk bagus oooo. MC boleh cakap dalam setahun, 2 kali dapat harga ni. sebab MC beli yang free seat jugak Mei aritu. pastu dah tak dapat harga semurah tu sampai la sale kali ni. agak rabun mata la tengok harga kan.

tapi terfikir ngan tarikh yang agak lama sket, everything can happen.  buatnya pindah ke, ada emergency time tu, or flight cancel, mau berdarah mata menangis. even murah, duit tu. ke awak-awak kaya terlampau?? :p. sila sayang duit korang. belanja berhemah
*duta jimat. hahaha

kena fikir relevan sesuatu sale tu. kadang-kadang dorang nak upkan capital. so by having a sale, ramai orang order untuk flight yang lambat lagi, dorang bole pakai dulu as a fund. tapi if barang, sila cek betol-betol. ada yang nak expired. handbag tu, ada menggelupas sket. seasoned item. mesti ada sebab. tak caya dah. pegi main jauh-jauh. hehehe

pikir bebaik sebelum beli something.



Thursday, November 21, 2013

Villa Nabila the movie

kisah seram paling sadis du bulan November 2013. aisehh. rasa nak tampor pun ada. kat rumah tu kan, ada pinggan mangkuk kena cuci, basuh kain, sapu lantai, tebas rumput depan rumah. yang pegi masuk rumah terbiar tu, ape pekdahnya ye? ni nak tanya sikit. ada jawapan bernas tak?

tak faham budak zaman sekarang. cewahhh. berlagak cam orang tua pulak ye.hihii. ye la. isshh. Astro pun channel berlambak. bosan ke? nak sangat hadap hantu? takde keje nak cari kerja. tapi tak berfaedah. geram. sebab menyusahkan banyak pihak. mak dia yang risau anak tak balik, polis yang kena kerah cari mamat ngeng tu, orang sekitar dok termenung tunggu depan villa, cameraman, wartawan. padahal ade cite lagi best kot. ni sume sebab kau!!

kesian kat mak dia. konpem time jalan kaki pegi kedai runcit nak beli gula, ada yang sindir. bukan kena sorok hantu, tapi menyorok kat rumah awek. hampass kelapa betul. pikir tak perasaan emak awak? beria cakap disorok hantu. kan dah malu. yang lahi tak faham, facebookers yang syok share cite tu. 30 orang masuk, 7 je yang keluar ye??baik punya tokok tambah. memang makhluk halus ni ada. bukan takde. tapi yang mengong pagi carik tu, kenape? kan dah pegi skolah pun kena boooo. nak serkup muka ngan uniform? pakai topeng? kalau adik MC, memang kena cepuk 10 kali dulu la. tak pun terajang sedass. budak sekarang berlembut pun ada hadnya. nanti kita yang kena main.

villa nabila..oh nabila. femes kau ye. tak pasal ada pulak yang nak buat filem pasal kau. hope takde la yang meracau. doakan baik-baik je.

Thursday, November 14, 2013

Cubaan bunuh diri

semalam bawak geng dari KL keluar dinner. ye lah. tempat camni, kalau datang tak sah seafood. MC pun cam dah bingung dengan diet.hihihi. last week pun seafood. minggu ni pun sama. hope takde la lagi yang nak datang next week. wooo..bahaya jugak kalau manjang je makan seafood. jarangkan

pastu tengok bunyi bising-bising. almaklumlah, tempat kecik kan. ada pulak reporter tak bertauliah bagitau ada perempuan nak bunuh diri. erkkk.scary!!! ape hal nak bunuh diri ni weh? biasanya warga asing la. so MC malas nak lalu kat tempat kejadian. ramai orang. bomba pulak sekat jalan. kang tak pasal lambat pulak nak pergi melahap. :p

kami makan dengan jayanyaaa. tak sempat snap semalam.lapor

laaa. punya la lama bersembang time makan. dah balik pun bomba ada lagi! wahh..ini kes besar oooo. so balik rumah godek facebook. yup. kat sini pun ada page untuk rakyatnya. hihihi. senang sangat nak dapat info. tup-tup terbaca komen seram. aiyaaakkkk. sebab tempat yang kononnya perempuan nk bunuh diri tu, hotel terbiar. dah lama kot. maybe more than 10 years. ada kes saman Tan Sri Harris Salleh , hotel labuan terbakar.

pagi ni baru berani baca komen semalam pasal kes tu. hahaha. penakut kan? seram jee. rupanya ada yang call Bomba sebab nampak wanita hayunkan anaknya, macam nak jatuhkan dari tingkat 3. pastu, tup-tup kat tingkap 10 pulak. yang buat lama bomba kat situ, dorang kena masuk dalam nak cari la perempuan tu. sampai ke sudah tak jumpa. misteri???? malas nak fikir banyak-banyak. kang ada malam ni tak tutup lampu, tahan pegi toilet sampai pagi :(

Wednesday, November 13, 2013

Nak Kena Tegur Ke Tak Payah??

pakai capital and small letter bercampur , fefeeling remaja pulak :p

sekarang ni memang kena spare power bank. tak kisah la brand ape pun. cap sardin pun jalan. sebab? syok sangat mengomen, menilik gambar kat instagram, facebook. tak masuk reply whatapps lagi. nasib tak download wechat. hadoii. penangan Android. sampai if tahap boring takde keje, bole buka all those apps setiap setengah jam. kronik ke? ntah la. maybe ada yang lagi teruk kot. haha. saje nak sedapkan hati sendiri.

MC suka instagram sebab add few friends je. banyak follow artis and page bisnes. bukan nak jadi artis ye (tak layak pooonnn). sebab suka tengok dorang nye aktiviti, baju yang glam-glam. best kan? duit berkepuk kot artis ni. tapi menjadi orang yang femes or tak, as long kau public figure, the price you need to pay is your life is fans' tv. they watch, stalk, comment..banyak lagi. istilah personal macam tak boleh diguna pakai. penat tak? kesian jugak tengok ada yang kena hentam. sebab pakaian, opinion or attitude. yup, betul. if rasa taknak dikutuk, jangan upload. thats the reason kenapa orang suruh fikir dulu sebelum buat. upload pic memacam, bersedia la nak terima makian, kutukan, cacian tahap 18sx. pastu nangis meroyan sedih.

salah siapa? artis yang upload ke atau followers yang tak reti bahasa? MC geram jugak tengok ada yang komen, adoii, sendiri pun sakit hati baca. MC tau artis tu bersalah, ye. bagi dia sharing is caring. means artis tu nak update fans dia ape dia buat that day. that time. teguran tu perlu. kalau salah la kan. untuk perbetulkan. tapi kalau dah tahap ayat kasar, sape boleh tahan. kat skolah belajar bahasa melayu kan? kalau fail salah korang la. tapi gunakan ape yang kita belajar tu. penat cikgu ajar. meh MC bagi contoh sket.

situasi;
artis XYZ upload pic tengah peluk dengan gf

fan A komen;
poyo la mamat ni. nak berlagak tunjuk awek la tu. ptuiihh..dah la tak lawa, tak cukup kain. memang go to hell la korang ni!!!! (tanda seru nak kena banyak)

fan B komen;
gf bro? kalau ye, baguslah da berpunya. semoga ke jinjang pelamin/kawen.
*p/s sepadan. kalau tutup sket lagi lawa :)

kalau korang artis XYZ, komen mana yang buat korang jadi Hulk Hogan???  tanya hati sendiri


Tuesday, November 12, 2013

Coklat Free Duty

choc lovers? MC rasa kalau jumpa 5 orang, at least sorang mesti suka coklat. kenape ye? ada bahan ke dalam coklat tu yang buat korang addicted? hihi. bukan membebel. cuma pelik kadang-kadang. MC ni kalau 1 bar coklat Cadbury yang kecik tu, maunya 2 kali makan baru abis. yup. i'm not choc lover but i do eat chocolate.

Kat Malaysia ni, certain mall ada jugak jual imported choc. tapi tak banyak options and mahal. since MC kat free duty land ni, sesiapa nak order coklat untuk kawen, tunang, birthday events or nak melahap kat opis, boleh contact. MC akan try dapatkan harga termurah.

Ferrero Roche?? common sangat da tu. mahal ke kat KL? MC tak tau sangat. so if ada brand coklat yang tetiba terlintas kat otak tu, bagitau la. hope ada kat sini and price pun ok.






pandang kiri kanan depan belakang

best ke bermasam muka? merajuk? dendam? eee, buat penat je kan? MC pun ada masanya macam tak boleh control sikap. rasa nak melenting, marah. tapi kita pernah kaji tak kenapa timbulnya peasaan tu? selalunya kita menyalahkan orang yang berhadapan. orang yang directly menimbulkan rasa tu. contoh ye, A cakap kita nampak gemuk. kita marah. merajuk. gaduh sebulan :(
*bukan cerita sebenar :p
actually, kalau taknak di kutuk, jagalah penampilan. mesti ada sebab A cakap camtu. kadang-kadang tu je cara nak suruh kita kawal pemakanan. eh, ada je gemuk yang nampak lawa. yup, betul. masalahnya awak tu gedempol. kesian kat badan. 

errr, ada kaitan ke ngan tajuk?? hahahaha..bingung lak pepagi ni. ye la. a bit serabut dengan tempat kerja. few issue lately. big. huh. eh, tak baik mengeluh. ni pun kena pandang kiri kanan depan belakang. dalam kita mengeluh sebab ada kesulitan, cuba bukak mata luas-luas. mungkin ada orang yang dalam situasi lebih teruk dari kita, mungkin ada peluang lebih baik yang menunggu. who knows..kalau dok diam termenung, masalah tak akan selesai.

jalan penyelesaian masalah tu, selalunya dekaaatt je. cuma kita ni malas sket. bukan kita je, MC pun. suka sangat tunggu orang suap. tunggu kawan yang bagi cadangan. padahal cadangan dia pernah kita terpikir. cuma sebab berat tulang, berat bontot, saje nak menepukan otak, the problem remains unsolved.

banyakkan membaca. tak kisahla buku, internet. 



senyum :)

Friday, November 8, 2013

Review Product - Rivecowe CC Cream

Morning.  It's Friday finally.  Hihi. MC rasa few times Monday this week sbb ada cuti tengah minggu kan. :p

Anyway nak cite pasal 1 produk ni. CC Cream.  Best ke? Sebelum tu, mukadimah dulu.  Hahaha. Perempuan dan make up berpisah tiada.  Ceewahh. Betul.  MC rasa 10% je kot perempuan yang betul2 tak suka make up.  Tu pun ntah2 calit jugak lip balm.  Penting dear make up tu. Penampilan diri. Orang judge luar dulu baru tengok dalam.

Susah kan nak cari foundation yang sesuai dengan skin kita. Ada yang pakai rasa tebal,  bercapuk,  cam mak lampir. So CC Cream Rivecowe ni best. Dah la bahan-bahan takde haiwan or alcohol.  Herb based lagi. Kaler pulak 1 tone je. So tak susah nak pilih which no yang suit our face. Sebab? This Cc cream blend dengan skin color.
 Tengok.  Even krim kaler putih tapi after apply kat tangan jadi macam tan kan. But look smooth

 Beza left and right.  Especially bawah mata dan dahi

 Testing.  Pakai cc cream,  blusher and eyeliner only.  No powder.  Tapi nampak cam matte kan?  Hihi

Anyway,  bole follow instagram kiutmiutshoppe.  Yes.  MC jual this product.  Now ada ready stock.  But after finish yang ni, pre order basis ye :)

Wednesday, November 6, 2013

Artis dan Kontroversi

hope takde la yang bengang ngan this entry. hihi. bukan nak tuju kat specific artis ye. overall. artis pulak bukan penyanyi je, pelakon dan yang sewaktu dengannya.

maybe MC ni orang biasa. takde kawan or sedara yang hidup dalam dunia glamer ni. so tak penah rasa how their life. tapi kenapa cerita selalu dinafikan? even cerita betul. korang suka hidup in denial? hah..betul ke ntah ayat tu. hihihi. sebelum jadi artis, ada pikir masak-masak tak? ke hangit? dah tau sekarang ni dunia teknologi ibarat masak lempeng je. seminit dah bole tau segala info about you. dah betul, ngaku. bukan marah-marah. sebab kita kena bertanggungjawab dengan apa kita buat. kan!!

pernah tak terfikir kenapa manusia suka buat benda yang dilarang? bukan sekadar dosa, tapi ape kita tak suka, mesti ada yang buat. contoh, bagitau adik jangan suka curi novel yang baru beli. tunggu lunyai baru amik. tapi ada dia dengar? takkan. tup tup ilang dari rak. macam tu la peminat. pembenci. artis suruh fokus kat kerjaya, dorang sibuk nak tau pasal personal. tapi tak boleh nak halang sebab tu kira normal. dont say dont. :D MC pun. suka sangat buat even orang cakap jangan. especially langgar pantang larang.hahaha

banyak je yang bersumpah, maki hamun dengan kontroversi. konon inilah fitnah maha besar. last-last, ok. saya admit. huahuahua. kenapa? hilang kah rezeki korang dengan pengakuan dari awal-awal? lari ke peminat? kadang-kadang MC sampai takleh nak percaya dengan statement atau attitude artis ni. hipokrit. few of them la. banyak sangat nak cover. kalau nak baik, jadi lah baik betul-betul. kalau rasa tak sanggup lagi, slowly. asal bukan peminat jumpa kau tengah seronok buat macam-macam. :(

be honest ok. jangan sampai orang menyampah