Friday, March 29, 2013

Atkins Diet - Jimat duit, Cepat turu, Berkesan

Pagi Jumaat ni rajin pulak menceceh. Ye la. MC kurang busy sket minggu ni. So daripada dok mengutuk orang ke, melayan gosip tak tentu hala, baik kita cite pasal Atkins Diet ni kan?

Macam yang MC penah post awal-awal dulu, MC kan agak comel. bertambah comel semenjak pindah negeri ni. tak tau la sebab makan yang sedap ke atau MC tetiba jadi kuat makan.hihihi. Naik la 10kg dari last year sampai skang. Risau. mana ada orang yang senang hati dengan badan camni. tak risau sangat pun, sket mesti ada kan??

Macam-macam MC usaha. exercise, beli produk kurus (manyak abes duit oooo) ngan diet ajaran sesat. diet sendiri la tu. konon nak tahan lapar, tapi dah time lapar gile, hmmm..2 pinggan weh!!

Rasa bertuah jugak sebab terbuka hati nak buat atkins diet ni. ada kawan-kawan dorang amalkan low cal diet tapi cam kurang berkesan kot. asyik ngadu lapar and berat tak turun. ajak buat atkins, tak mau. takpe la. Hak masing-masing. Jangan paksa. Biarla rela. ceewahhh..hahaha

Ni la antara menu-menu MC sepanjang dah 3 minggu beratkins diet ni
- Sosej goreng
- Ayam goreng
- Telur dadar + cheese/ayam rebus slice
- sayur daun hijau goreng garlic + telur
- tomyam ayam+kubis+tomato (breakfast and lunch)
- Minced meet goreng + serbuk kari + black pepper
- Ikan goreng
- Ikan steam + halia + asam jawa

lebih kurang camtu la menunya. actually, once korang amalkan atkins ni, automatic otak korang akan jadi kreatif sebab nak pikir menu ape. hehehe. MC ada la jugak baca carb kat paket tu, tapi jarang betol-netol kira. as long MC tak makan ape yang dipantang, ok la kan.

Exercise la sket. Paling malas, MC bukak tv, joging max 30 minit. suka hato korang la nak joget ke hape. tapi kipas tutup la. bagi peluh.

Pesan MC, kalau dah berniat nak turunkan berat, kuatkan semangat. MC pun orang Melayu yang tak lepas nasi. tapi bole je tak makan. be strong ok.

MC loves you all

Pagi yang gumbira

Firstly, nak ucap Happy Good Friday to those yang celebrate. Walaupun ada yang cakap kita tak bole wish raya kaum lain, tapi MC rasa tak salah pun sebab as 1 Malaysia, kita kan harmoni. diorang wish raya kita, ape salahnya kita wish balik. Asal tak tergugat iman, ok la kan. MC pun tak faham sangat Good Friday ni kenape, camne, dan ade ape. Tapi ada kawan explain, dia akan pegi church dalam kol 1.30 tengahari ni. Then MC tanya kawan sorang lagi, dia tak pegi churh sebab dia bukan kristian. so whole family melawat kubur nenek moyang. Huurrmm..ape2 la. adat masnig-masing.

ape yang gembira?? meh nak list. suka tau main list2 skang ni
1- Today is Friday. lunch 2 hours, dan esok weekend
2- kete dah lepas 2 hari tinted. esok-esok bole merayap dalam kete cermin gelap..auuuwww
3- Weight loss as to date is 5KG!!!!!!!!

yang nombor 3 tu la paling best. Baru je timbang pagi tadi. Mekacih encik penimbang sebab masih ok even MC agak berat lagi.hihihi. takde terkeluar spring, ok la kan.

Korang dah amalkan? tepuk dada tanya perut memasing. tamo ye nampak macam pregnant tapi tak pregnant. Love your body.

*jangan malas kerja. esok rehat la puas-puas

Thursday, March 28, 2013

Tidur ooo tidur

Kadang-kadang time keje, rasa mengantuk yang melampau. penah tak korang rasa? macan MC skang ni..adoii..kelopak mata dah nak bercantum. takleh nak menengok orang. Tak tau la nape. Padahal semalam dah tido awal.

Mungkinkah puncanya;
1- Terlebih breakfast
2- Kurang oksigen
3- Pengambilan ubat batuk/demam/flu
4- Tido lambat semalam
5- Hari-hari pun kau ngantuk!!

hihi..tapi rasa semua kat atas tak tepat je. Sabar je la lagi sejam nak lunch. bole la tido jap. Ngantuk beb. dapat bantal..zzzzzzz


Wednesday, March 27, 2013

Kuatkan Semangat - Atkin Diet

Morning..pagi lagi kan?? hari ni genap 3 minggu MC amalkan atkin diet. bukan nak promote ke ape. just nak berkongsi je. kalau promote, bujan dapat komisen pun. hihihi. tapi MC suka tengok kita semua jadi lebih confident. kan??

Ada MC update after 6 days, penurunan berat dalam 2.5kg. awesome!! Alhamdulillah. tak sangka. Tapi lepas tu, penurunan slow sket. maybe sebab awal-awal, berat turun banyak sebab kita tak makan nasi. Ape pun, sampai hari ni, even berat turun slowly, MC dah bole pakai balik baju kurung tahun lepas yang ketat kat pinggul and perut. owhh..maluuuunya. Bangga la ngan diri sendiri sebab sebagai orang melayu yang tak bole idup tanpa nasi, MC berjaya gak tahan nafsu. Ye la. takkan selamanya nak 'comel' kan? mau jugak jadi seksi sopan. adoooo??

sesekali ada jugak terasa nak try makan carb. ye la. tergoda. setan di mana-mana. eleh..salahkan setan pulak. choyyy!! haritu teringin makan kek lapis cheese, so makan la 1 slice je. dalam setengah cm slice. buat hilangkan terliur. semalam lak, makan roti canai boom setengah. ada la rasa berdosa sket, tapi pepandai la korang ejas. jangan hari-hari tipu makan. seminggu sekali ke, ok la. for me.

yang penting, korang kena kuat semangat. MC dah kena sindir ngan kawan-kawan. biar la depa. Jangan kita stop usaha hanya sebab tak nak kena sindir. dorang tak gemuk a.k.a comel, bole la cakap cmtu camni. kita yang rasa, sape tau?? emo lak.

hari ni menu breakfast/lunch :
1 keping daging kisar ramly, goreng ngan bawang, serbuk kari, black pepper and garam.
telur dua biji, dadar. campak cheese sekeping.

makan la sampai lunch. carb??tak kira pulak tapi MC tau still under 20g. selamat mencuba ye

Pengotor!!!!

Geramnya..geramnya..geramnyaaaa!!

Tak faham la dengan perangai tak suka jaga kebersihan ni. korang lalu ke ngan spesis cmni? haisshh..pepagi MC dah membebel. tak elok tau. nanti kedut muka MC..Senyuuumm..hukhukhuk

Alkisahnya, MC nak pagi toilet kat opis ni. Skali masuk, ternampak sisa buangan yang tak di flush ngan betol. adoi, rasa nak muntah pun ada. Seriously MC bukan la jenis fussy, cerewet keterlaluan, tapi bab toilet ni, pepandai la jaga. Bukan kat umah kau tau makcik!!! kita share toilet ok!!

Dah la sebelum ni ada habuk rokok laa..hello..memang la tak pelik kalau perempuan merokok, tapi menyampah tau buang abu dalam toilet pastu tak flush. ape ke ngeng kau ni???

Kang mengutuk pepagi, tambah dosa. buat sakit hati je. tau la kawan kau semua lelaki, tapi jangan la ikut perangai kurang bersih dorang. *bukan semua laki pengotor*

Selamat bekerja :(


Tuesday, March 26, 2013

Breakfast itu perlu

Kalau tak puasa, jangan ngengada nak skip breakfast tau!! penting. kalau tak bfast, mula la badan cam lemah la, ngantuk la..pastu mengulorr. tak buat keje. Memang ade yang spesis konon tak bole telan makanan pepagi. alaaaaa, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Sumbat makanan kan, bukan nak bagi racun kat badan pun.

Tak Sarapan, Minda Tumpul  
"sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak." - Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia 


Ni Mc punya break fast. slice 2 batang sosej daging. Pecahkan 3 biji telur, letak garam and black pepper sket.....goreng!! Dah masak, letak 1 keping cheese dan lipatkan telur. Portion banyak ni. So MC buat jadi bfast and lunch. Kalau tak cukup, tapau ayam goreng kot kat kantin. hihihi

Korang breakfast ape??


Monday, March 25, 2013

Lunch @ Tiara Labuan

Alhamdulillah..kenyang.

Kan baru dapat gaji, so MC ngan kengkawan pakat la pegi lunch kat Tiara ni. ala..sekali skala je. bukan tiap-tiap minggu. Botak karang. hihihi. Menu based on hari ape. Harga RM18.80++ jadi RM20.70 sebab ada tax kan. Sebab tengan berdiet atkin, so memang sengaja pilih menu yang takde nasi. Ayam dia not bad la. Siap ngan vege soup, cheese cake, air.. memang worth it.

Layaaann












Kalau rasa nak makan kat sana, korang call la. Reserve. Mana la tau, full house kan. naya je penat-penat drive. Nah..call no ni 087-414 300. Suh sambung ke The Grill Restaurant. Nyummyyy.

#mengantuk, setan datang kaco :(

Sunday, March 24, 2013

Maixara C-Sential in the house!!!!

Jom order!!






Sape nak order ke, tanya ke, sms/call 016-2022709 (MC)
testimoni memang dah berlambak kat fb kan.

RM99.90 (semenanjung)
RM104.00 (sabah/sarawak/labuan)

Saturday, March 23, 2013

Maixara C-Sential

Mesti semua pun penah dengar kan? produk yang tengah meletoopp sekarang. MC tak try pun lagi. ingat nak beli gak sebotol. Dah la murah, kesan lak..mengancam beb!

Kalau korang nak, MC baru je nak jadi dealer. kontek-kontek la ye. Sama-sama lawa. bukan perempuan je tau. Laki pun. Jagalah kesihatan tubuh badan anda. Pesanan ikhlas tapi jauh dari MC. hihihi

Sabar itu indah

Pernah tak kita rasa bengang, marah tahap dewa dewi dengan ahli keluarga, kawan-kawan atau bos?? tipu la kalau korang ni suci sangat kan??hahaha.. Kenapa kalau kita marah, kita suka luahkan kat orang lain dengan cara kasar? membantu ke? MC pun tetime emo, memang rasa nak marah je. nak maki, mencarut 18sx, semua adalah. Tapi kan, kalau kita pandai control diri sendiri, lagi baik. tak perlu penat-penat nak marah orang. Kawan-kawan pun senang dengan perangai kita. Betol kadang-kadang bukan salah kita. bukan kita yang cari pasal. tapi setiap masalah kan ade cara penyelesaian. Kalau korang, ape cara nak sabarkan hati tengah marah? kita share2 la kan supaya ada sesiapa boleh jadikan ikutan. Dapat gak pahala membantu. MC kalau tengah marah, nak sabarkan hati dengan nangis kejap, isgtighfar, ambil wuduk, baca ayat kursi..antara cara-cara la ni. iye..MC memang cengeng..tau.hihihi. tapi MC akan try avoid bercakap dengan kawan-kawan time marah. takut ter'sembur' orang yang tak bersalah pulak. take your time to calm down.

Thursday, March 21, 2013

Promote

alaa..bukan ape pun. Khas untuk sape yang suka pegi spa, tapi takde masa. Nah, tengok kat chantekcomel. MC pun ade satu. Kalau nak, kontek2 la ye. Adios

Parking depan pintu kedai

Gempak tak tajuk??hahaha. bukan sebab eksiden tau. Ni memang perangai orang yang malas berjalan dan jugak perangai orang tempat MC ni. Punyala banyak tempat parking tu, ye la..jauh skeet kan. Nak jugak oarking yang paling dekat ngan tempat dia nak pegi. Sanggup tawaf few times konon kot-kot la ade yang nak kuluar time dia pusing tu.

Ape salahnya parking jauh sket pun. At least, ade la jugak exercise yang kita buat dalam sehari. Kalau tak, bangun pagi, mandi, stat enjin kete, sampai opis, masuk opis, stat enjin, balik umah, makan, tido... Hah kau!! Detail ni. Tipu la sape yang memang da ade niat nak exercise kan? kalau tak sebab kena paksa, orang da cakap badan da naik, takde maknanya nak membuang peluh.

Kalau MC la kan, tak kisah pun parking jauh sket. At least kete lain tak banyak sangat. Tak perlu nak berebut and bole la gerakkan otot sket. Almaklumla..semalam ukur pas makan perut comel dah kurang seinchi. Semangat berkobar-kobar laa. Demam pun, ape kisah. Tu pas makan, kalau ukur pagi ni, bape ntah. Hikhikhik. Gedik!

Tuk korang, rajin-rajin la sket ye. Ni kalau bole nak parking depan pintu kedai, hangin tokey. buatnya terlanggar kedai dia, cmne??? sape nak jawab????

Wednesday, March 20, 2013

Kawan Jadi Lawan

Tak kira ape benda yang kita buat, semua ada peraturan, adab, etika. camtula jugak dengan friendship ni. Mana bole main redah je. Kalau takde peraturan, silap-silap kawan bole jadi lawan.

MC kekadang hairan jugak, kenape orang bole cakap kalau kita berkasar dengan kawan-kawan tu, consider rapat a.k.a kamceng la. eh, tak ok!!! Bukan semua yang beranggapan camtu. Ada je yang terasa hati, marah, bengang dan yang sewaktu dengannya. Jangan sebab kita rasa dah rapat, main belasah je nak cakap ape. "letakla otak di hadapan lidah'. Means fikir dulu sebelum cakap.

Tak gemor lerr ngan orang yang kasar ni. Maybe MC ni sensitip kot tapi tak taula kalau orang lain ok je. MC suka yang sederhana. tak kasar and tak lembik mendayu sangat. Kawan-kawan kan ibarat family jugak. Ade kita cakap kasar ngan family?? Taaaaaakkkk kan. So camtu la vice versa.

MC demam tau arini. Lari topik jap. Rasa tak laratnya. Nak cuti, sayang. Tinggal sehari je balance. hukhukhuk. Nak mc lagi, semalam da amik. sabor je la wahai badan. Tuhan nak uji la tu. Ape la sangat demam kan.



Monday, March 18, 2013

Saya tak biasa keje Overtime #ngengada

Penat la keje time weekend. Padahal keje dulu, tiap-tiap minggu keje. almost 6 hari seminggu. ok je. ye la. MC ngaku, now dah quite lemau. keje tak bizi sangat kan! Tapi ok jugak la. sebab dari dok rumah tak buat ape, dapat la sesen duaa.

Blank nk cite. Pale dok sarat pikir benda lain. Hurmm...semoga dipermudahkan urusan. Amiin

Sunday, March 17, 2013

Pening

Ralat pulak tak dapat join 1 Million Purple Women Walk. betol ke susunan ayat tuh? hihi. ye la. semalam OT full day tau. penat. balik umah, tengok tv jap pastu terus terbongkang. tabik spring la yang keje hari-hari tu.

Owh, hari ni ada krisis sket. hmm, biasa la. hidup ni takkan sunyi ngan masalah kan? so MC da pening lalat ni. telan ubat, get ready nak tido. hopefully, esok lagi better dari hari ni.

selamat bekerja ya esok. tamo ada Monday blue lak. kerja la seikhlasnya. Gud nite

Friday, March 15, 2013

Politik Itu Menarik

Ye ke? maybe la untuk sesetengan orang. bukan semua yang layan politik ni. tambahan, orang-orang muda. asyik kerja sampai tak ambil pusing soal politik. MC suka politik tapi tak la terlalu obses sampai nk argue dengan kawan-kawan yang ada faham berbeza. fahaman gitu..hihi.. parti lain.

Tapi, yang sedih, sadisnya, ada pihak yang tak bertanggugjawab mencemarkan keadaan politik dalam negara kita ni. MC bukan nak 'bias' tau,semua parti ada spesis-spesis yang tak okay. tak tau la apa kepentingan/benefit yang dorang dapat sampai sanggup buat macam-macam.

Lagi 1, MC tak suka orang yang suka mencaci pemimpin, ahli sesuatu parti tu. padahal bukan ada salah kat dia pun. Semua yang dia tengok tak kena. Tapi dia jugak la yang gunakan kemudahan yang parti dia tak suka tu sediakan. Eh, tak malu ke? Lain kali, jangan cakap pong pang pong pang, tapi belakang cepat je tadah tangan untuk sebarang bantuan.

Kalau tak suka pun, biar la berpada. Jagala hati kawan-kawan, sedara mara yang mempunyai fahaman politik yang berbeza. Takkan kerana politik, sampai nak kena bergaduh bagai. Gila?????

Thursday, March 14, 2013

Takde Air

tak best betol la kalau takde air ni. dah la pagi tadi terbangun lambat. sekali lupa daa nak set alarm. kelam kabut mandi. nasib ada paip belakang. mandi sepuas hati sambil prepare breakfast. korang bole gitu?? hahaha. tapi kan, sebab air takde, sup sayur tu, rasa dia eerrrmmmm..kureng. hikhik. salahkan air pulak.

tapi makan jugak separuh sebab tak baik kan membazir. telan je la. pastu, kengkonon nak mc esok. tapi ada meeting pulak. bos dah suruh on behalf dia. 'bos, saya baru nak mc esok'. 'eh, jangan la, saya ada hal. nak apply cuti. next week la awak mc'. betapa baiknya bos aku. sengal pun ada.

so, tak jadi la nak mc esok. selamat bekerja. tengah siap-siap nak pegi meeting nih. bye!!

Wednesday, March 13, 2013

pengumuman!!!

senangnya dalam hati,
kalau dapat makan nasi,
mujur ada perencah megi,
bole ku masak lagi.

mengarut di pagi hari. gitu la MC kan? bukan ape. terhepi sket sebab after 1 week diet atkin ni, MC dapat turunkan almost 3kg. hepi u olls. hepi sesangat. sebab bukan pandai sangat kira-kira pun. makan ikut ape yg si taknakgemuk gtau. tak berlapar but at the same hati, hati-hati dalam pilih makanan.

ok. keje time. kalau korang nak kurangkan berat jugak, silalah khatam web dia ye. jangan membazir beli produk mahal-mahal. tata

Gangguan bekalan air

waaaaa.. tak suka betol la kalau takde air ni. dari semalam lagi. tengok website, sepatutnya sampai petang semalam je. tapi ni dah terlajak sehari. alaa. nak bangun memalam pegi toilet pun tak senang. terpaksalah pakai stok air masak. nasib berlambak jugak.

tapi kaaaaannn, pagi ni stok air tinggal sket je. so terpaksalah gosok gigi, lap muka and mandi-mandi goat je. pastu kuar awal pegi keje. ye la. dok umah pun bukan bole nak main-main air. bawak kete seselow sebab tak nak sampai awal sangat kat opis. tapi rimasnya, adooiii. bukak aircond pun xleh ilang lagi. panas semacam. bukan yg time kena matahari tuh, tapi rasa melekit. uuuwwaaa.

menceceh je kan? agaknya camne la penduduk Selangor ngan KL ye time takde air aritu? dah la bukan sehari, 2 minggu jugak la. insaf..insaf..

Tuesday, March 12, 2013

Racist!!!

eee..geramnya MC dengan spesis cmni. tak perlu nak mencarut kalau tak suka. takde semangat 1Malaysia langsunh. tak kira la ape bangsa, sume ada baik buruk.

letak akal depan lidah. jangan bercakap ikut nafsu. terlajak kata, mana bole undur dah. haisshhh..geram oooo

Monday, March 11, 2013

Ikhlas

Pernah ke kekadang terasa malasnya nak keje. Baik online, main game, tidur time keje. ye la. tak busy bole la buat macam tu. tapi, gaji yang kita terima tu camne? berkat ke dengan malas keje, ponteng, datang lewat. bukan nak sindir sesape tapi MC pun penah la jugak buat sekali dua. especially time rasa takde mood sesangat.

Tepuk dada, tanya iman. sebaiknya, ikhlaskan diri ketika bekerja. kalau boring, bersyukurlah ada orang lain yang terpaksa OT hehari nak siapkan keje. Kalau lenguh di opis, bersyukurlah ada orang lain kerja di bawah terik matahari.

p/s : hidup ni jangan nak komplen sangat :)

Monday Blue, Green, Red, Pink.. :p

hahaha..petang baru dapat post. PC kat opis tu, cam dot dot dot. payah nak edit.


its Monday. rajinnya nak g keje kan?? ape pun, kena la rajin. punca rezeki tu. Keje biar ikhlas biar tengah takde mood. ape la nak mencech pepagi ni. Blur pale otak tengok email berderet. argghh..pause dulu. Layan news kat BH and The Star. Penting okay baca news ni. At least update la sket. tak macam katak bawah tempurung.

Cite benar: ada seorang hamba Allah ni, aku update kat fb, #prayforSabah. the boleh dia tanya, kenapa kat Sabah? this happened last week. MC cakapla, kan ade tembak-tembak. Owh..kedai kena rompak ke?? Ya Allah, orang dok risau pasal Lahad Datu, kau bole xtau ape-ape? serius, kadang-kadang even kita tak suka politik pun, silalah ambil tau keadaan semasa. who knows tempat anda yang dalam bahaya.

Korang dah BF? pagi ni MC rajin goreng telur dadar. Kebetulan mushroom soup malam tadi tak abis. so amik mushroom, letak dalam telur, tambah garam sket, pukul-pukul sampai lebam. Goreng.
Pastu air wajib abis sebelum pukul 12. 1200ml. hehehe. jangan termuntah yek korang minum air masak ni. Baik untuk detok. gituuuu.

Sunday, March 10, 2013

Beef Patti DIY

breakfast tadi buntu jap nak makan ape. pegi kedai makan kang, cam tak dapat menu sesuai untuk diet ni. so kebetulan ada minced meet dalam fridge. Keluarkan, bagi lembik dulu. pastu letak garam sket, kunyit and black pepper. pas 5 minit, goreng. minyak sikit je tau.. Brand yang pakai tu Likes sebab tak jumpa yang Ramly punya.

Nyummehh..sedap. ada pulak cheese powder member bagi. yang kaler oren ala2 sos untuk cheezy wedges tu. fulamak..sedapp. Moh la try!!

Lahad Datu

Agak menakutkan dengan krisis Lahad Datu ni. walaupun kedaaan under control, tapi rakyat still kena berhati-hati. ye la, mana tau kan. Tapi sebagai rakyat Malaysia, kita semua kena berterima kasih kepada PDRM ngan ATM sebab diorang bersusah payah menjaga keamanan negara. Kita sesedap rasa je tergole atas katil, kipas nombor 5, aircon 20 degree. diorang makan bertapau, tido ke ntah, sebab nak jaga rakyat dan negara. Jangan la kita nk mencaci, menyindir mereka. iya, betul. Tiada yang perfect dalam dunia ni. Tidak perlu nak ungkit kesalahan masing-masing. wrong timing.

Baik sama-sama berdoa semoga krisis ni cepat diselesaikan. walaupun kesannya mungkin akan tetap ada sampai setahun, 2 tahun, tapi sekurang-kurangnya penduduk Lahad Datu dan kawasan sekitar boleh pulang ke rumah sendiri dan menjalani kegiatan harian seperti biasa. Kita yang tak merasa, bole la cakap memacam. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

MC pun dekat-dekat ngan Lahad Datu. Tapi memang under control. Cuma kadang-kadang rasa takut jugak sebab nampak army ngan full uniform, pegang rifle. hope sangat everything will end soon. Kapal terbang, jet, jangan cakap la. dok bunyi je. standby atau tengak mob, xtau la. kesian kan? Hargai pasukan yg memastikan kita selamat ke tempat kerja, keluar makan, jumpa sanak saudara.

p/s: tolong la jangan sebarkan news, videos, pics yang tak tau sahih atau tak. u make people panic!! delete je. kita ada TV atau akhbar yang dah diberi mandat untuk update all kinds of news. so, jangan nk memandai jadi reporter yang tak bertauliah. Adios

Saturday, March 9, 2013

Hari ke-4

actually mc ni tengah berdiet. Follow diet atkin. sebab dah penat la jadi makhluk comel ni. baju susah nak beli yang lawa-lawa. MC bukan la gedempol sangat. tapi teringin nak slim sket. hukhukhuk

Diet Atkin ni agak bagus jugak, sebab tak perlu berlapar. just kena faham how it works, then pandai kira carbs from food yang kita consume. Nak tau lebih detail, tengok kat sini www.taknakgemuk.com. ooooo, best tu tengok cara adik Dzul ni diet. now dah jadi kecik badan dia.

kadang-kadang, orang suka salah faham. Kita nak kurus bukan sebab nak ngorat awak tau. tapi dengan jaga makan, kita bole elak dari pelbagai penyakit. Penyakit orang suka menyindir pun boleh. tak a sakit ati kita kan?

Ni da hari ke-4. takmo timbang lagi. nak tunggu cukup seminggu. neves wehh. ni la menu arini:

Breakfast : Scrumble egg 2 biji(campur black pepper+garam), mayonis 1 sudu, sosej ayan 3 batang

Lunch : Parrot fish goreng 2 ekor (garam kunyit je), tumis sayur kangkung

Air masak syakat ni wajib minimum 3 liter sehari. Jimat gula umah den. hahaha..

Go go Diet Atkin. Meh la join jugak. untuk badan yang lebih sihat

Hari minggu

kenapa Astro takde cite best during weekend?? sape boleh jawab soklan tu? bayor memahal pastu stress tekan remote nak cari cite best. apakah?? time weekdays, ada lak cite best. timing tengah malam. heloooo..esok orang keje la. takkan nak stay up tengok movie. kang bos komplen, tak dapat bonus..hihihi

who are you??

MC ni anak abah la. hehe..loyar buruk sket.cam segan nak cite. tak biasa la share-share ni. tapi kalau nak buat blog pastu hide-hide, buat ape la kan. ok la. meh nak story mory sket.

dedolu study kat Kedah, pastu transfer g Shah Alam. abis study, bertapa la kat Klang Valley tu almost 5 tahun gak la. sampai rasa kalau dok dalam kete sambil pejam mata pun, dah bole agak kat mana. tipu sangat la kan? best jugak kat sana. nak shopping merata, kawan pun banyak. ye la. kawan time study, kawan keje. kan banyak tu? 

tapi lelama MC rasa nak tukar angin. ye la. MC ni jenis suka berjalan. suka tengok negeri orang even Malaysia pun tak abis jelajah lagi. hukhukhuk. Pastu stress ngan keje. lagi la rasa nak pegi tempat lain. eh, korang jangan ikut attitude ni tau. sume keje ada stressnya. pepandai la kita handle yek. kalau stress nak resign je..baik dok diam-diam dalam umah.

Pastu, MC kena ragut. kat Sunway area. tu la jadi big reason that i need to go out from Klang Valley. 

Say NO to Criminal!!!!!

helohelohelooooo..

dah 2,3 kali MC (aku la tu) create blog. sume hampeh. setengah jalan malas nak update. takpun sebab takde sape yang nak bace. adeh. kesian lak MC ni. takpe, takpe. kali ni buat blog biar ikhlas. bukan niat nak kutuk sesape ke. share2 je. kan sharing is caring. ye tak? jangan korang share benda tak patut, sudah. kihkihkih..gelak setan

best kan ada kawan-kawan ramai? tu salah satu tujuan MC buat blog ni la. 9/3/2013. ok la tu. kira cantik gak la date. sama cantik cam MC. eh..eh..eh..gurau2.

hope sudi-sudi la baca. bole ilangkan boring korang