Showing posts with label sabar. Show all posts
Showing posts with label sabar. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Atkins Diet - Jimat duit, Cepat turu, Berkesan

Pagi Jumaat ni rajin pulak menceceh. Ye la. MC kurang busy sket minggu ni. So daripada dok mengutuk orang ke, melayan gosip tak tentu hala, baik kita cite pasal Atkins Diet ni kan?

Macam yang MC penah post awal-awal dulu, MC kan agak comel. bertambah comel semenjak pindah negeri ni. tak tau la sebab makan yang sedap ke atau MC tetiba jadi kuat makan.hihihi. Naik la 10kg dari last year sampai skang. Risau. mana ada orang yang senang hati dengan badan camni. tak risau sangat pun, sket mesti ada kan??

Macam-macam MC usaha. exercise, beli produk kurus (manyak abes duit oooo) ngan diet ajaran sesat. diet sendiri la tu. konon nak tahan lapar, tapi dah time lapar gile, hmmm..2 pinggan weh!!

Rasa bertuah jugak sebab terbuka hati nak buat atkins diet ni. ada kawan-kawan dorang amalkan low cal diet tapi cam kurang berkesan kot. asyik ngadu lapar and berat tak turun. ajak buat atkins, tak mau. takpe la. Hak masing-masing. Jangan paksa. Biarla rela. ceewahhh..hahaha

Ni la antara menu-menu MC sepanjang dah 3 minggu beratkins diet ni
- Sosej goreng
- Ayam goreng
- Telur dadar + cheese/ayam rebus slice
- sayur daun hijau goreng garlic + telur
- tomyam ayam+kubis+tomato (breakfast and lunch)
- Minced meet goreng + serbuk kari + black pepper
- Ikan goreng
- Ikan steam + halia + asam jawa

lebih kurang camtu la menunya. actually, once korang amalkan atkins ni, automatic otak korang akan jadi kreatif sebab nak pikir menu ape. hehehe. MC ada la jugak baca carb kat paket tu, tapi jarang betol-netol kira. as long MC tak makan ape yang dipantang, ok la kan.

Exercise la sket. Paling malas, MC bukak tv, joging max 30 minit. suka hato korang la nak joget ke hape. tapi kipas tutup la. bagi peluh.

Pesan MC, kalau dah berniat nak turunkan berat, kuatkan semangat. MC pun orang Melayu yang tak lepas nasi. tapi bole je tak makan. be strong ok.

MC loves you all

Saturday, March 23, 2013

Sabar itu indah

Pernah tak kita rasa bengang, marah tahap dewa dewi dengan ahli keluarga, kawan-kawan atau bos?? tipu la kalau korang ni suci sangat kan??hahaha.. Kenapa kalau kita marah, kita suka luahkan kat orang lain dengan cara kasar? membantu ke? MC pun tetime emo, memang rasa nak marah je. nak maki, mencarut 18sx, semua adalah. Tapi kan, kalau kita pandai control diri sendiri, lagi baik. tak perlu penat-penat nak marah orang. Kawan-kawan pun senang dengan perangai kita. Betol kadang-kadang bukan salah kita. bukan kita yang cari pasal. tapi setiap masalah kan ade cara penyelesaian. Kalau korang, ape cara nak sabarkan hati tengah marah? kita share2 la kan supaya ada sesiapa boleh jadikan ikutan. Dapat gak pahala membantu. MC kalau tengah marah, nak sabarkan hati dengan nangis kejap, isgtighfar, ambil wuduk, baca ayat kursi..antara cara-cara la ni. iye..MC memang cengeng..tau.hihihi. tapi MC akan try avoid bercakap dengan kawan-kawan time marah. takut ter'sembur' orang yang tak bersalah pulak. take your time to calm down.