Thursday, May 30, 2013

Jalan - Jalan Sabah Part 2

ni temanya nature. back to nature. kita kan jarang nak hargai alam sekitar. so once dah sampai kat sini, cam terlopong jap. jakun. Subhanallah.. cantiknya. kesian MC. suka tengok yang oversea, tapi kat dalam Malaysia ni, berlambak lagi tempat menarik. cantik. indah. aman. damai

bertolak ke Kundasang dalam pukul 8.30 pagi. jangan lupa bawa bekal air, roti, jajan ye. sebab journey kira-kira 2 jam. especially cuaca buruk or banyak lori dan bas.



 ni Jambatan Tamparuli yang lama. dah nak roboh. tak tau la safe ke tak untuk amik pic. bole nampak otw ke Kundasang. tepi jalan je.








my fave thing!! fresh milk.hihi. sila la tapau segala jenis susu segar ni bawa balik ye. bole hilangkan dahaga time turun. waktu perah susu 3pm. so MC tak sempat la tengok. 

kalau korang tak plan untuk overnight kat Kundasang, pegi awal, turun awal. sebab kalau turun dalam pukul 2 lebih, langit dah nak gelap. kalau hujan, siap berkabus lagi. agak bahaya jugak la. depan kete few metres je nampak. MC turun dalan pukul 12. dah la hujan. ada kabus nipis. sejuuukk. 




next day, island hopping. beli tiket kat Jesselton jetty.sorang dalam RM40. kalau tak nak susah, sewa siap-siap safety jacket ngan google. naik bot dari jeti ke pulau dalam 15 minit. kalau ombak kuat, hihihi..sila bersabar ye. air terpercik ke muka tu, standard la.

MC sarankan korang pegi ke Pulau Sapi dulu. sebab pulau ni terlindung dengan pulau lain. so airnya tenang. ombak tak kuat. tapi takde chalet kat sini. sewa tikar la. bole lepak-lepak. cafe dia agak murah la. Mee goreng ayam yang awesome just RM5 je. still berbaloi. portion banyak. ada zoo biawak. banyak babi hutan yang kecik. tapi tak kacau orang.

Lepas tu baru pegi Manukan. sebab MC pegi Manukan dulu, ombak kuat. sakit jugak la badan kena hempas. nak amik gambar pun kena hati-hati. kalau pegi lambat, air dah surut. so tenang la sikit air. memang ramai sangat tourist datang. bangga la dorang suka datang Malaysia kan?? hahaha. buat lelaki budiman, jangan dok jakun sangat tengok orang pakai bikini ye..kuatkan iman anda.. :p



cantik kan? ni first time MC bercuti ke pulau. maybe pasni nak jelajah pulau lain lagi kat Sabah ni. tapi sikit rugi sebab tak reti swimming. so depends kat safety jacket je. tu pun lemas-lemas jugak..hahaha.

cintailah negara kita :)

Wednesday, May 29, 2013

Cuti-cuti Sabah Part 1


hellooooo..baru ada mood nak update pic-pic jenjalan aritu. part ni bab makan je. ye la. once we go to some place, ape yang kita nak rasa, mesti  food dia kan..haha..Malaysia is a food heaven.

kat bawah ni, MC pegi kat area pasar filipin. no cook allowed. so dorang boleh offer bakar je segala jenis seafood tu. sedap jugak. tapi make sure korang tanya harga each seafood yang nak makan. sebab MC dah kena. first time makan, main amik je. time nak bayar, amik kauuu..agak mahal la dia caj. sape suh jadi bodoh sombong..hihi sila tanya ye.








tempting kan tengok lobster ni? tak semahal semenanjung. kalau yg kecik, bole dapat less RM100 tau. kena pandai nego la


ni kerabu rumpai laut. yang ada kolagen tu. sila la try. sedap tau. suh akak tu mix ngan few kerabu..meleleh hingus sebab dia campur sambal belacan ngan air asam..sedaapp




lokan bakar ngan jeli kelapa yang rasa 100% kelapa kat jalan sulaman. dekat ngan politeknik. lokan tu setompok yang besar rm12.00. banyak gerai-gerai kat area tu. pilih je la mana yang berkenan. bagi MC, agak murah sebab lokan tu dengan harga RM12, dapat 20. harga depends size ye. tapi lebih kurang je. jeli dalam kelapa RM4, jeli dalam bekas plastik rm2. tapi serius sedap. ada orang cakap, dia blend isi and air kelapa. tu yang rasa pure..kena pegi rasa sendiri la ye. tapi MC bagi 4.5/5 for jeli kelapa. hahaha..



ilmu baru for MC. sila bezakan lobster sungai ngan lobster laut..pandai??

for those yang nak pegi jalan-jalan kat Sabah, sila google,buat itinerary. senang. tak la nanti bingung nak pegi mana. manage your holiday time. what to eat, where to go, how much the price..semua tu penting. plan biar ada even mungkin lari sket. :)

Monday, May 27, 2013

Zaman remaja zaman bercinta, zaman dewasa zaman tak cukup masa

muda lagi ke kita?? hihihi..malas la nak jawab. pikir sendiri la..ada orang umo bawah 25 dia cakap muda lagi. atas 25, terus dah kira tua. kalau yang single, mula laa..ape ntah significant 25 tuh. suku abad ek?

takyah membebel pepanjang pasal umo. nak cakap je. time zaman remaja, suka sangat menerai barang mekap ye. kawan punya, takpun curi yang mak. konon nak test la. muka lagi jadi lawa kot. hahaha.. sibuk belek majalah mangga. tengok pi artis lawa, pakai swimming suit pose tepi kolam renang. isshhh..memori oh memori. skang takde dah yang tergila ngan majalah mangga. ngan buah mangga ada la. tak 'up' la baca mangga. kena baca english mags.huh..melayu pun ok ape. jangan benci yee

time dewasa ni..balik keje, nak cuci muka ngan teratur pun tak sempat. nak kejar ape, tak tau la. drama pukul 7 kot. kan best-best skang ni. kat tv3. MC rasa, dah sampai masa praktis/makan ape yang perlu untuk badan. patutnya dah start dari usia awal. tapi almaklum laa..degil..ignorant. pastu mula la sibuk dok google untuk makanan kesihatan la..tips untuk kecergasan badan. tapi MC dah set mind, no more slimming product. health care product boleh. kalau dapat yang natural, lagi ok. jangan rely sangat on chemical. tak elok darling..

ni MC nak buat kerabu rumpai laut. semalam dah rendam. nanti campur ngan jus limau nipis, slice bawang merah, cili, udang kering tubuk, garam, gula..nyummm..gula tu takyah pun takpe. tau kan khasiat rumpai laut sabah tu?? kalau tak tau, sila la google. tu kira satu kaedah untuk sihat yang murah.

Jangan ego konon badan kita sihat, tak main la bab-bab awet muda, melawa ni..kerja penting. muka dah ok. helloooo..kan nak pakai semua tu untuk long term. kang laki pengsan tengok. tak pun bini nangis. yag penting, sayangi diri anda. :)

entry holiday esok-esok la. masalah biasa, takleh upload pic kat pc opis..hohoho..

Thursday, May 23, 2013

Jalan-jalan cari makan

Hai..

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK to those yang celebrate it. yang tak celebrate, selamat bercuti. nak pegi mana tu?? tunggu MC update pic nanti ye. nak pegi jenjalan ni..hihi. hari ni pun keje half day je..babai!!!!

Wednesday, May 22, 2013

siapa kita tanpa ibu?

banyak nya isu-isu family skang ni. MC bukan nak menyibuk. tapi sebab dah sakit mata tengok topik ni tengah hot. meletup-letup orang dok cakap. meleret-leret. haisshh..

masa kecik, mak nak makan tu, nak makan ni..tolong iron baju sekolah. kasut dah la cuci ala kadar, pemalas. mak jugak la yang tolong kapur. putih le jadinya. tu tak masuk nak duit beli gula-gula la, berebut tengok tv. ingat mak korang tak pening melayan? nasib baik dia mak. sabar. kalau kakak cam MC, mau kena pelangkung. hihihi..tanya la adik MC. takla sampai pelangkung. tapi membebel berjela gak la kalau tak puas hati. biasala, perasan mau jadi queen control. hahaha..

benci la pc kat opis ni. takleh nk upload pic..huhu..okay..jangan komplen. dia takmo MC curik tulang ni. jap ye. pas update ni, terus buat keje. :p

kan dah lari topik..pc oh pc. MC pun bukan kecik terus jadi besar ni. step by step. ada satu level tu, rasa jeles je ngan adik beradik. siap merajuk konon tak adil la.siapa kita nak cakap pasal adil tak adil?? dah tolong lahirkan, ada hati nak cakap cmtu. kalau bole pilih, kang kamu kat dalam perut je.

kalau ada masalah, selesaikan. kalau rumit, mungkin berjauhan sekejap membantu. tenangkan fikiran. at the same time, infrom yang kita nak tenangkan fikiran. maybe tak bole contact for a week ke. dalam marah, ada risau. hormat la. MC cakap based on pengalaman sendiri. betul, kadang-kadang rasa macam bengang, marah, kecik hati. sebab kita dah besar kan. terpengaruh ngan kawan-kawan, tv..macam-macam. sebab tu MC lagi suka dok jauh skit but call at least sekali seminggu. sebab kalau dah dok sebumbung, ada tendency nak bergaduh kot..rasanya la

MC memang dah biasa dok jauh. so, ok je. jangan lupa mak pak ok. buat mak bapak pulak, kalau ada masalah, pun selesaikan elok-elok. jangan terburu-buru buat keputusan. iye, kita pun ada egonya. tapi kalau dua-dua pihak taknak turunkan ego, sampai bila pun tak abis. jangan rumitkan keadaan.

MC doakan korang semua, kalau marah, muhasabah diri. dah cukup baik ke kita ni? kena marah sket dah muncung merajuk. fikir sejenak. sejukkan hati. buang rasa marah. berbaiklah..:)

Tuesday, May 21, 2013

Jangan menghina rezeki

penat tak keje? kadang-kadang boring, terkejar-kejar time keje. memang patut pun kita reward diri sendiri dengan food yang best-best. kalau mampu. kalau kurang mampu, cukup sekadar makanan yang mengeyangkan. mungkin lain kali ada rezeki lebih, bole la makan macam-macam.

tapi MC sangat tak suka kalau ada spesis yang suka kutuk kaw-kaw makanan. betul kita bengang kalau bayar mahal, makanan tak sedap. kita semua kan 'love our mom's food'. so try pikir panjang sket. kedai tu bukan mak kita punya. so of course la tak meneparti taste kita ni. tapi sebab kau tengah lapar, mak pulak dok jauh, makan je la. kalau tak suka, ok..merungut. tapi stop it when you steop out from the shop. ni tak habis canang kedai tu tak sedap la, mahal la..hellooo, ada je yang cakap sedap.

kalau tak suka, jangan beli lagi kat kedai tu. dia mencari rezeki. tak pasal nak tambah dosa dengan mengutuk. eleh, kau masak pun tak reti ada hati nak kutuk ala-ala papa joe. huh!!

hahaha..emo kan? tapi tu la. MC ni jenis tak cerewet. selagi makanan tu tak mentah, cukup garam gulanya, MC makan je. MC bukan orang kaya yang bole pegi makan restoran hari-hari. gerai ke, kantin ke, asal perut tak kosong.

jangan sampai tuhan tarik balik rezeki kita, baru menyesal

Friday, May 17, 2013

kerja part time di rumah drama semata

beria kan menaip kat Google " kerja part time di rumah". tu la keje MC dari dulu. ye la. sape tak nak duit lebih kan. kalau betul ada, tak salah pun cuba.

tapi sedih. ada juga yang berniat nak bodhkan orang lain. nak menipu. konon kerja di rumah, tapi kena bayar kalau nak start keje. dengan alasan, material cost. MC time tu beru abis skolah menengah, tak terpikir la pasal tipu-tipu ni. so dengan lurus bin bendulnya, pegi la bayar RM25. after 2,3 days, sampai la envelope siap ada macam flyers. rupa-rupanya, kerja dirumah yang dimaksudkan tu, kita advertise, kalau ada yang berminat dan mudah percaya, bayar la RM25. tu la kerja nya. bukan betul-betul kerja data entry clerk. hampehh..jahat kan??

mesti ramai yang terkena. tapi tak rasa teruk sangat sebab RM25. jangan. biarpun sikit, jangan biarkan si penipu ni kaya. haisshh..geram.

pastu dah besar ni, konon matured la sket. ada jugak nampak iklan. takyah bayar, tapi kena jawab soklan and dapat point. MC dengan jujurya, jawab la soklan tu. banyaaak siot. pastu dapat point. bole redeem barang kat page tu. yang kelakar aka sadisnya, kita kena redeem baru bole tau hadia tu betul or virtual je. 10 kali MC redeem, semua virtual!!!! geramnyaaaaa. tu la. percaya sangat. so MC da unsubscribe je semua.

to korang, hati-hati ye especially kalau libatkan duit. jangan mudah percaya. even MC tak rugi duit, tapi membazir masa kot jawab soklan tu. keje la yang betul-betul. bukan cari jalan singkat

Thursday, May 16, 2013

Tragedi hitam di hari Khamis

sedih tau MC arini. auuwww..maluuuu

alkisahnya, pagi tadi MC nak jumpa someone kat another  building. so, dengan bergayanya, MC turun tangga opis. ye la..my opis 2nd floor. tangga besi lagi tu. bukan simen. tapi ngada-ngada nak pakai wadges 3 inch. hamekk kau. eh, bukan jatuh tangga!! Nauzubillah. kalau jatuh tangga, maybe skang ni kat spital dah. huhu

jalan tanah depan opis ada banyak batu-batu kasar. baru je kena gelek ngan stroller semalam. rasa cam jalan dah pandang bawah. ke tengah berangan??tak tau la. tup-tup dah terjelepuk atas tanah. ala-ala tahiyat akhir gitu. hihi..jeles la tu. dia jatuh tergolek. :p. yang bestnya, MC bukan sibuk nak bangun, tapi tengok keliling dulu. kot ada yang nampak..hahaha..gedik kan? nasib la takde orang. cepat-cepat bangun.

yang tak bestnya, seluarku koyaakkk. kat bawah lutut. almaklum la. slack. murah. nipis. cmne ni? dah la nak jumpa orang.. tanah dah siap melekat kat seluar. pastu ada kawan yang baik hati bagi pin tudung dia. dia cakap, letak pin dari dalam. ok sket jumpa orang. sadisnya, pin tu kan, gesel-gesel ngan melecet kat lutut. korang leh imagine tak??woooo..pedihh.

pas jumpa orang, terus apply kuar kejap. balik rumah, tukar seluar..hukhukhuk

sekian kisah MC yang careless

keranamu fesbuk, twitter dsb

MC tengah pertimbangkan untuk deactivate twitter. fesbuk tak lagi kot. hihi. bukan ape, ada kawan-kawan yang jenis makan dalam la..suka mengata la..adoi. tak faham. konon kebal. cakap kasar pun bole terima. ni tweet yang dorang tak berkenan, terus nk emo-emo. oh please!!! aku tak kisah pun korang tweet ape. huh

MC rasa sedikit sebanyak, media sosial ni boleh memainkan peranan untuk pecah belahkan relationship kalau kita tak hati-hati.

moral of the story : jangan menyakitkan hati. tapi biarlah jadi orang yang berpendirian

Tuesday, May 14, 2013

sihat itu cantik

ni la time down sebab dah stat makan nasi balik. pastu gedik nak timbang. padan muka.

mula la nak google ubat kurus yang memacam, harga mahal tuh. jangaann. kawal balik pemakanan. sibuk nak beli ubat. makan tak jaga. bersenam lagi la..kirim salam. bukan nak menyindir, ni perangai buruk MC. hihihi

nasib baik pas google ubat kurus, ada lak review produk top, tapi tak berkesan langsung. pastu baru nak rasa baik go on ngan ape yang dah buat. manage your meal, keep on exercising. chayok!!!!

sanggup ke tegak kebenaran?

amboi..pepagi dah bagi heavy topic. hihi. sebab this week agak free, so nak cite yang heavy la. kalau bizi, share story je laahh. :p

ni kita amik situation kat tempat keje. penat tak keje? penat kan? tipu la. even korang hepi mepi pun, mesti ada penat jugak. pastu bole la amik cuti. release tension or cuci mata. dok ngadap pc je, kelabu mata hitamku. hahaha

pastu kan, korang sakit jiwa tak kalau dapat officemate cam chipsmore? kejap ada, kejap takde. amik cuti sesuka hati, takyah inform bos. waaahhh, company ni bapaaakk dia yang punya. cuti lak tak apply. kira kawtim je. bole mental kan ada orang camni? keje berlambak, tapi bole je buat camtu. takde rasa bersalah ke? rasa gaji yang dapat time amik cuti haram tu, berkat ke?

well, kisah benar. so ape yang nak kena buat ngan orang cmni? tutup mulut ke, report? ntah la. terpulang pada korang. kalau taknak subahat, report. bukan sebab jeles, tapi sebab nk keadilan (bukan politik ye..hahaha). kalau kesian, diam-diam je la. tapi jangan sampai sakit jiwa sebab bengang.

selamat bekerja!!

Friday, May 10, 2013

hujan oh hujan

masa kecik dulu ada satu tong drum kat luar rumah. time hujan, pakat ngan adik beradik mandi kat luar. best ooo..even tong drum to agak berkarat, yang penting air hujan tu sejuuukkk. best kan??

sekarang ni macam musim hujan. siang panas, malam lak hujan sampai ke pagi. haisshh, kalau tak keje, memang tarik selimut tido sampai pukul 10 la jawabnya. hihi. hujan rahmat. segar la pokok cili MC. lama tak jenguk. tapi intai dari tingkap, macam dah sejengkal tinggi. time kasih pokok cili sebab tak mati. petang ni MC visit awak ok :)

jangan halang budak-budak main hujan. ni kan zaman kanak-kanak dorang. kalau bukan time ni nak merasa pengalaman camtu, takkan dah keje baru nak main hujan. tu dah buang tebiat namanya. hahaha. kalau guruh petir jangan laaa..adedehhh. pastu sila sediakan ubat selsema ngan batuk. :p

salam hari Jumaat ye. senyum. :)

Wednesday, May 8, 2013

protect your right..dont give up!!

redha itu berserah
pasrah itu menyerah (quote from Ombak Rindu)

hot news skang ni mesti pasal artis yang agak ramai peminatnya. imej alim yang ditonjolkan buat perempuan-perempuan meroyan. hihihi..tak la. tapi mesti la orang suka kalau lelaki baik kan. dengar cite, nak kawin dua sebab wife tak pregnant. baru 2 tahun kawen. perlu ke??

MC bukan nak cite pasal dia. tapi nak bagi pendapat pasal marriage and kids. yup, i'm single but i do have my own opinion. ceeehh..hahaha. Masa sebelum kawen kan, ada buat perjanjian pasal anak ke? kalau takde anak dalam sekian tahun, boleh cari lain? anak ke kebahagian yang penting?

dalam kita nak bahagiakan diri sendiri, kita terlupa. kita da berdua. bukan single mingle. jagalah hati kedua pihak. bukan bias. tak kira korg perempuan or lelaki, pertahankan rumahtangga. punyala bercinta bertahun, beribu habis kenduri kawen, kawan-kawan wish happy forever, taknak appreciate ke? susah? memang la susah. ade ke benda yang senang dalam hidup ni.

based on movie or drama or typical novel melayu, MC tengok perempuan mesti konon redha kalau laki dia kawen lain. sebab salah dia la takleh ngandung. hellooo..tu sume kerja Allah ok. kalau dua-dua subur, Allah tak nak bagi, cmne? kan ada pepatah 'setiap yang berlaku ada hikmahnya'. MC salute ada couple yang takde anak, tapi sang suami masih setia. si isteri takde la meroyan nak anak je. hidup rumahtangga ni kan manis kalau saling memahami, bertolak ansur. bukan pentingkan siri sendiri.

tak perlu nak kawen untuk bagi pendapat. rakyat biasa tak tau la. tak kuar paper. tapi artis ni, kawen cerai. kawen cerai. nape ye? kalau rasa hidup glamor ni bole goyahkan rumahtangga, ape kata slowly berundur. korg mesti da banyak aset kan? banyak lagi cabang rezeki. bukan sekadar menyanyi, berlakor, mengacara je.

dalam dok membebel, MC pun berharap yang terbaik untuk diri sendiri. life is short.jangan gaduh-gaduh

Tuesday, May 7, 2013

Kita

kita lain bangsa
warna kulit pun tak sama
ada cerah, gelap dan sederhana
bahasa?
macam-macam ada,
tapi kita tetap 1 Malaysia

kita syurga makanan dan minuman
pembaziran ada juga yang amalkan
indahnya
makan pakai cukup
itulah Malaysia

kita bekerja mencari rezeki
sukanya hati mendapat gaji
banyak barang boleh dibeli
ibu bapa duit diberi
ape lagi yang tak puas hati?
tak cukup usaha sendiri
jangan mengharap tangan yang memberi

anak muda berdarah panas
senang melenting kalau dah rimas
ambil lah kipas
tariklah nafas

melayu cina india dan bumiputra
itulah kita
sayangi bangsa dan negara
demi masa depan semua



Monday, May 6, 2013

hari mengundi penuh emosi

panjang tak tajuk? just a short post

dah abis ke demam pilihanraya? diharap semuanya berjalan lancar. jangan diikutkan rasa hati yang benci. menang kalah adat bertanding. jangan dituduh kotornya seseorang itu. biarlah kita yang mulakan proses yang adil. tidak luak maruah kalau tidak menentang. muhasabah la untuk yang muslim.

kalau menang, jangan diejek yang kalah. kalau kalah, jangan dituduh kemenangan itu satu penipuan. betul, berat mata memandang, berat lagi mata memikul. percaya lah pada takdir. jangan bermusuh. tidak berbaloi. sungguh. hilang saudara tidak dapat dicari ganti. hilang kerusi, boleh usaha lagi.

conclusion, cukup lah. banyak hati perlu dijaga. kita insan biasa. teruskan hidup anda

sekian

Saturday, May 4, 2013

cahaya itu indah .....I-City


rasa cam kanak-kanak riang ria kat sini. serius best. kalau untuk dewasa, jalan-jalan cuti mata dan tak perlu kos. just bayar parking rm10 je. kalau ada bebbudak, abis duit sket la ngan segala mainan yang ada. macam mini Genting pun ada. enjoyy







cuti-cuti Penang

Soriii, lama kan tak update? padahal da janji nak update hari-hari. hihihi..bukan ape, time holiday tak sempat pegang laptop. dah balik, pc opis takleh nak upload pic lak. alasan semata. hahaha..korang layan la pic ni dulu ye
3 jam to KK airport. hihi

dah sampai KK!! having lite lunch before go to airport. anyway, rojak kat kedai atap merah sedap. :)

jeti kat KK. ni bot-bot nak g pulau. tak cek lak berapa harga nk naik. different destination, different fare

Penang airport

headfish smiling to me. hahaha..tempting kan?


item wajib beli. sedap oooooo. jangan jeles

for those from Kelantan or Terengganu, kalau tak kenal sila terjun laut okay!! ni sate ikan kuah pink. teringat zaman kanak-kanak dulu. susah nak jmp skang. ni kat QueensBay. banyak gerai tepi jalan. tapi kurang menarik area situ. just food

pasembor

penang bridge. heading to KL



seronok pegi jalan-jalan. tambah seronok sebab dapat tiket murah airasia. kk-penang rm140. kl-lbn rm26 jeeewww. hahaha.. unplanned holiday. sebab tiket murah, grab dulu. nasib baik dapat cuti kan?? :p