Thursday, May 30, 2013

Jalan - Jalan Sabah Part 2

ni temanya nature. back to nature. kita kan jarang nak hargai alam sekitar. so once dah sampai kat sini, cam terlopong jap. jakun. Subhanallah.. cantiknya. kesian MC. suka tengok yang oversea, tapi kat dalam Malaysia ni, berlambak lagi tempat menarik. cantik. indah. aman. damai

bertolak ke Kundasang dalam pukul 8.30 pagi. jangan lupa bawa bekal air, roti, jajan ye. sebab journey kira-kira 2 jam. especially cuaca buruk or banyak lori dan bas.



 ni Jambatan Tamparuli yang lama. dah nak roboh. tak tau la safe ke tak untuk amik pic. bole nampak otw ke Kundasang. tepi jalan je.








my fave thing!! fresh milk.hihi. sila la tapau segala jenis susu segar ni bawa balik ye. bole hilangkan dahaga time turun. waktu perah susu 3pm. so MC tak sempat la tengok. 

kalau korang tak plan untuk overnight kat Kundasang, pegi awal, turun awal. sebab kalau turun dalam pukul 2 lebih, langit dah nak gelap. kalau hujan, siap berkabus lagi. agak bahaya jugak la. depan kete few metres je nampak. MC turun dalan pukul 12. dah la hujan. ada kabus nipis. sejuuukk. 




next day, island hopping. beli tiket kat Jesselton jetty.sorang dalam RM40. kalau tak nak susah, sewa siap-siap safety jacket ngan google. naik bot dari jeti ke pulau dalam 15 minit. kalau ombak kuat, hihihi..sila bersabar ye. air terpercik ke muka tu, standard la.

MC sarankan korang pegi ke Pulau Sapi dulu. sebab pulau ni terlindung dengan pulau lain. so airnya tenang. ombak tak kuat. tapi takde chalet kat sini. sewa tikar la. bole lepak-lepak. cafe dia agak murah la. Mee goreng ayam yang awesome just RM5 je. still berbaloi. portion banyak. ada zoo biawak. banyak babi hutan yang kecik. tapi tak kacau orang.

Lepas tu baru pegi Manukan. sebab MC pegi Manukan dulu, ombak kuat. sakit jugak la badan kena hempas. nak amik gambar pun kena hati-hati. kalau pegi lambat, air dah surut. so tenang la sikit air. memang ramai sangat tourist datang. bangga la dorang suka datang Malaysia kan?? hahaha. buat lelaki budiman, jangan dok jakun sangat tengok orang pakai bikini ye..kuatkan iman anda.. :p



cantik kan? ni first time MC bercuti ke pulau. maybe pasni nak jelajah pulau lain lagi kat Sabah ni. tapi sikit rugi sebab tak reti swimming. so depends kat safety jacket je. tu pun lemas-lemas jugak..hahaha.

cintailah negara kita :)

No comments:

Post a Comment