Monday, May 27, 2013

Zaman remaja zaman bercinta, zaman dewasa zaman tak cukup masa

muda lagi ke kita?? hihihi..malas la nak jawab. pikir sendiri la..ada orang umo bawah 25 dia cakap muda lagi. atas 25, terus dah kira tua. kalau yang single, mula laa..ape ntah significant 25 tuh. suku abad ek?

takyah membebel pepanjang pasal umo. nak cakap je. time zaman remaja, suka sangat menerai barang mekap ye. kawan punya, takpun curi yang mak. konon nak test la. muka lagi jadi lawa kot. hahaha.. sibuk belek majalah mangga. tengok pi artis lawa, pakai swimming suit pose tepi kolam renang. isshhh..memori oh memori. skang takde dah yang tergila ngan majalah mangga. ngan buah mangga ada la. tak 'up' la baca mangga. kena baca english mags.huh..melayu pun ok ape. jangan benci yee

time dewasa ni..balik keje, nak cuci muka ngan teratur pun tak sempat. nak kejar ape, tak tau la. drama pukul 7 kot. kan best-best skang ni. kat tv3. MC rasa, dah sampai masa praktis/makan ape yang perlu untuk badan. patutnya dah start dari usia awal. tapi almaklum laa..degil..ignorant. pastu mula la sibuk dok google untuk makanan kesihatan la..tips untuk kecergasan badan. tapi MC dah set mind, no more slimming product. health care product boleh. kalau dapat yang natural, lagi ok. jangan rely sangat on chemical. tak elok darling..

ni MC nak buat kerabu rumpai laut. semalam dah rendam. nanti campur ngan jus limau nipis, slice bawang merah, cili, udang kering tubuk, garam, gula..nyummm..gula tu takyah pun takpe. tau kan khasiat rumpai laut sabah tu?? kalau tak tau, sila la google. tu kira satu kaedah untuk sihat yang murah.

Jangan ego konon badan kita sihat, tak main la bab-bab awet muda, melawa ni..kerja penting. muka dah ok. helloooo..kan nak pakai semua tu untuk long term. kang laki pengsan tengok. tak pun bini nangis. yag penting, sayangi diri anda. :)

entry holiday esok-esok la. masalah biasa, takleh upload pic kat pc opis..hohoho..

No comments:

Post a Comment