masa kecik dulu ada satu tong drum kat luar rumah. time hujan, pakat ngan adik beradik mandi kat luar. best ooo..even tong drum to agak berkarat, yang penting air hujan tu sejuuukkk. best kan??
sekarang ni macam musim hujan. siang panas, malam lak hujan sampai ke pagi. haisshh, kalau tak keje, memang tarik selimut tido sampai pukul 10 la jawabnya. hihi. hujan rahmat. segar la pokok cili MC. lama tak jenguk. tapi intai dari tingkap, macam dah sejengkal tinggi. time kasih pokok cili sebab tak mati. petang ni MC visit awak ok :)
jangan halang budak-budak main hujan. ni kan zaman kanak-kanak dorang. kalau bukan time ni nak merasa pengalaman camtu, takkan dah keje baru nak main hujan. tu dah buang tebiat namanya. hahaha. kalau guruh petir jangan laaa..adedehhh. pastu sila sediakan ubat selsema ngan batuk. :p
salam hari Jumaat ye. senyum. :)
No comments:
Post a Comment