MC memang orang kampung. tapi MC tak suka sangat certain amalan yang takde justification nape nak kena amalkan. yelaahh, bukan nak cakap moden sangat. tapi tak suuuukaaa. kalau korang bole bagi justification, silakan. amatlah dialu-alukan.
1- kalau nak makan ubat, tak kisah la cecair or pil, tak boleh makan durian, tembikai dan madu sebelum tu.
2- time hujan lebat yang ada guruh dan kilat, sila tutup/cover ape jenis cermin dalam rumah and emas yang korang pakai. owh, yang ni maybe sebab taknak kilat sambar emas or pantulkan dari cermin. betul ke?
3- jangan makan pinggan double. tak elok. eee, apesal? dah abis makan, nak cuci, double la pinggan tu. tapi adik lak tambah lauk suh abiskan. salah ke?? :p
4- time masak, menggoreng, sudip or senduk yang dipakai jangan ketuk-ketuk tepi kuali or periuk kalau nak tanggalkan makanan yang tengah dimasak. tolak la pakai another sudip ke, pakai sudu ke. adedehh..banyak la nak kena basuh pinggan ni!!
5- jangan dok kat tangga, nanti lambat kawen.
ni antara yang MC kena hadap. memang banyak lagi pun. tapi MC taknak la tiru dorang. ni based on real experience. tapi sekarag degil. takmo ikut unless yang nombor 1. haisshhh, berjaya jugak influence aku :(
kalau ada lagi, MC tambah ye. nak stat keje lak. adioss
No comments:
Post a Comment