Monday, April 8, 2013

Kalau ditegur..

assamualaikum..selamat pagi. ada rasa Monday blues tak? kalau takde, ok lah. kalau ada, sila pergi lompat katak 10 kali. hihih

Mesti datang opis berkobar-kobar nak gosip pasal ABPBH semalam kan? MC bukan blog gosip artis, so takde la pic bagai. kalau nak tengok, banyak je kat blog lain. 

MC just nak cerita pasal baju-baju artis kita yang gojes, awesome and sedih pun adoo. hahaha. nak kena sebut nama ke? tak payah la. sendiri pikir ok. tak elok ngumpat pepagi ni. starts your day with smile, ye. :) ada sorang artis tu, umur pun dah nak agak senja, tapi pakai dress ya ampuunn, atas peha beb!! padahal dah kena kritik, tegur ngan peminat. tapi tu la. yang MC nak highlight ni, as a human, most of us tak boleh ditegur. Kita akan melenting. even bukan directly dia balas, bukan ngan kata-kata, tapi apa yang ditegur tu akan lagi dibuat. makin teruk adalah. sort of memberontak.

Actually, kalau nak menegur, ada adabnya. bukan main sembur je. bukan MC nak pertahankan artis seksi. yang bukan artis pun ramai je yang seksi. itu la, tegur la sabaiknya. Jangan memaksa. guna kaedah psychology. ceewaahh. macam pakar kaunseling pun ada. hahaha. betul, kadang-kadang cara kita yang lembut, lagi dia akan rasa nak ikut/berubah dengan sendiri. dah besar kan? tak payah nak membebel segala, boleh pikir sendiri.

emo?? tak la. MC pun kenkadang rimas jugak kalau ada yang menegur. especially kalau guna tone tinggi or sindir-sindir. automatic rasa nak buat something lagi worse. padahal orang tegur untuk kebaikan diri sendiri. Hmmmm.  Jangan jadi cam MC okay!


No comments:

Post a Comment