Tuesday, June 25, 2013

Peplum Tunic Plus Size

Hai,

MC ada nak let go this item. just bought but found out its too plain for me..hahaha..so tak sempat pakai lagi. nak jual. ada color orange, lavender purple and green. size XL. memang ok. stretch lycra. kalau pakai ngan skirt labuh corak tribal, mesti gojes kan? hihihi

sape nak, just komen. postage nanti kawtim. tapi kalau amik sume, MC bagi free postage. ye la. dari membazir tak pakai kan. size refer below

Bust - 38 to 44inches (Max 115cm) Waist - 32 to 38inches, Hips - Max 48inches, Length - 30inches

RM25/each (jual murah je)









Monday, June 24, 2013

siapa tak suka jadi baik?

Ragam manusia. walaupun tak semua, tapi kita ni mostly, suka sangat enjoy kan? konon nak release tension. depends kat macam mana kita release tension. kalau shopping, takde la berdosa. tapi kalau dah sampai beribu tu, beli lak barang yang tak tau nak pakai or guna bila, dah jadik amalan syaitan tu. membazir. hihihi..ceramah di pagi hari. bukan ape, MC rindu nak membebel. bukan tak nak update, tapi bizi sket, pastu cam blur kambing. ada story tapi blur nak menaip. (alasan :p)

sape cakap enjoy tak best?? beeesssttt. siap bole senyum time tido lagi. tapi sampai bila kita nk hidup dengan cara tu? i mean something yang kita tau tak elok, tapi we keep doing it.

MC pun bukan malaikat. ada jugak kekadang nakal. hihihi. cuma terasa, takde kekuatan. takde yang nak tunjuk jalan. padahal, boleh je bergantung kepada diri sendiri. dah pilih jalan tu, tak reti nak u-turn? kenapa nak tunggu orang tarik? a big question mark yang perlu kita tanya diri sendiri. banyak alasan.  tapi MC doakan kita sama-sama kuat. mungkin bukan sekarang, tapi step by step. hidup ni tak lama. boleh enjoy. ada limitnya. jangan sampai sesal di kemudian hari.

our life, we determine it. dan tak salah kalau nak minta bantuan orang lain. if ke arah kebaikan. :)


Friday, June 7, 2013

susahnya nak puaskan hati sendiri

dalam mencapai impian,
kadang-kadang kita terpaksa buat something kita tak suka,
nak gapai, tapi banyak halangan,
tangan yang menyekat,
sokongan yang diharap, tak kunjung tiba,
ape nak buat??
perlu teruskan atau berhenti,
mengalah,
buat benda tak suka sampai mati,
harus?

frust jugak dengan diri sendiri,
ape yang dihajati actually?
masih bingung memikirkan hala tuju
yang tak pasti
ke kanan atau kiri
mengharapkan pendapat dan simpati
argghhh, lemahnya
kenapa tak boleh buat keputusan sendiri?

air mata mengalir tak henti
padahal janji tak mau cengeng lagi
kuatlah wahai hati
perjalanan masih jauh
masa depan yang tak pasti
kita cuba tempuhi
insyaAllah, tercapai hasrat di hati

jangan mudah mengalah

Wednesday, June 5, 2013

lama tak update

MC ada malas sikit. pastu mood holiday memanjang kan?? tu yang pas entry jalan-jalan, tak update sampai skang. sorry la kalau ada reader yang tertunggu. ada ke? hihihi. ye la. MC update cite bukan yang hot sangat pun. suka-suka je.

lately, sedih, pedih tengok keadaan rakyat Malaysia ni. nak bergaduh je. boleh tak kita stop kejap and move on? kan berlambak lagi kerja atas meja tu. nape nak bising pasal benda yang kurang penting yang dah lepas tu?? tak faham. amalan menghina tu dah jadi asam garam. Jangan. tak baik. biarlah orang nak kata ape, kita tak perlu jadi macam dia. kekalkan budi bahasa. jadi lah ikutan yang baik.

tak tau nak cite ape lagi. ni pun baru ok dari demam..huhuhu..jaga kesihatan emmasing ye..adios

Thursday, May 30, 2013

Jalan - Jalan Sabah Part 2

ni temanya nature. back to nature. kita kan jarang nak hargai alam sekitar. so once dah sampai kat sini, cam terlopong jap. jakun. Subhanallah.. cantiknya. kesian MC. suka tengok yang oversea, tapi kat dalam Malaysia ni, berlambak lagi tempat menarik. cantik. indah. aman. damai

bertolak ke Kundasang dalam pukul 8.30 pagi. jangan lupa bawa bekal air, roti, jajan ye. sebab journey kira-kira 2 jam. especially cuaca buruk or banyak lori dan bas.



 ni Jambatan Tamparuli yang lama. dah nak roboh. tak tau la safe ke tak untuk amik pic. bole nampak otw ke Kundasang. tepi jalan je.








my fave thing!! fresh milk.hihi. sila la tapau segala jenis susu segar ni bawa balik ye. bole hilangkan dahaga time turun. waktu perah susu 3pm. so MC tak sempat la tengok. 

kalau korang tak plan untuk overnight kat Kundasang, pegi awal, turun awal. sebab kalau turun dalam pukul 2 lebih, langit dah nak gelap. kalau hujan, siap berkabus lagi. agak bahaya jugak la. depan kete few metres je nampak. MC turun dalan pukul 12. dah la hujan. ada kabus nipis. sejuuukk. 




next day, island hopping. beli tiket kat Jesselton jetty.sorang dalam RM40. kalau tak nak susah, sewa siap-siap safety jacket ngan google. naik bot dari jeti ke pulau dalam 15 minit. kalau ombak kuat, hihihi..sila bersabar ye. air terpercik ke muka tu, standard la.

MC sarankan korang pegi ke Pulau Sapi dulu. sebab pulau ni terlindung dengan pulau lain. so airnya tenang. ombak tak kuat. tapi takde chalet kat sini. sewa tikar la. bole lepak-lepak. cafe dia agak murah la. Mee goreng ayam yang awesome just RM5 je. still berbaloi. portion banyak. ada zoo biawak. banyak babi hutan yang kecik. tapi tak kacau orang.

Lepas tu baru pegi Manukan. sebab MC pegi Manukan dulu, ombak kuat. sakit jugak la badan kena hempas. nak amik gambar pun kena hati-hati. kalau pegi lambat, air dah surut. so tenang la sikit air. memang ramai sangat tourist datang. bangga la dorang suka datang Malaysia kan?? hahaha. buat lelaki budiman, jangan dok jakun sangat tengok orang pakai bikini ye..kuatkan iman anda.. :p



cantik kan? ni first time MC bercuti ke pulau. maybe pasni nak jelajah pulau lain lagi kat Sabah ni. tapi sikit rugi sebab tak reti swimming. so depends kat safety jacket je. tu pun lemas-lemas jugak..hahaha.

cintailah negara kita :)

Wednesday, May 29, 2013

Cuti-cuti Sabah Part 1


hellooooo..baru ada mood nak update pic-pic jenjalan aritu. part ni bab makan je. ye la. once we go to some place, ape yang kita nak rasa, mesti  food dia kan..haha..Malaysia is a food heaven.

kat bawah ni, MC pegi kat area pasar filipin. no cook allowed. so dorang boleh offer bakar je segala jenis seafood tu. sedap jugak. tapi make sure korang tanya harga each seafood yang nak makan. sebab MC dah kena. first time makan, main amik je. time nak bayar, amik kauuu..agak mahal la dia caj. sape suh jadi bodoh sombong..hihi sila tanya ye.








tempting kan tengok lobster ni? tak semahal semenanjung. kalau yg kecik, bole dapat less RM100 tau. kena pandai nego la


ni kerabu rumpai laut. yang ada kolagen tu. sila la try. sedap tau. suh akak tu mix ngan few kerabu..meleleh hingus sebab dia campur sambal belacan ngan air asam..sedaapp




lokan bakar ngan jeli kelapa yang rasa 100% kelapa kat jalan sulaman. dekat ngan politeknik. lokan tu setompok yang besar rm12.00. banyak gerai-gerai kat area tu. pilih je la mana yang berkenan. bagi MC, agak murah sebab lokan tu dengan harga RM12, dapat 20. harga depends size ye. tapi lebih kurang je. jeli dalam kelapa RM4, jeli dalam bekas plastik rm2. tapi serius sedap. ada orang cakap, dia blend isi and air kelapa. tu yang rasa pure..kena pegi rasa sendiri la ye. tapi MC bagi 4.5/5 for jeli kelapa. hahaha..



ilmu baru for MC. sila bezakan lobster sungai ngan lobster laut..pandai??

for those yang nak pegi jalan-jalan kat Sabah, sila google,buat itinerary. senang. tak la nanti bingung nak pegi mana. manage your holiday time. what to eat, where to go, how much the price..semua tu penting. plan biar ada even mungkin lari sket. :)

Monday, May 27, 2013

Zaman remaja zaman bercinta, zaman dewasa zaman tak cukup masa

muda lagi ke kita?? hihihi..malas la nak jawab. pikir sendiri la..ada orang umo bawah 25 dia cakap muda lagi. atas 25, terus dah kira tua. kalau yang single, mula laa..ape ntah significant 25 tuh. suku abad ek?

takyah membebel pepanjang pasal umo. nak cakap je. time zaman remaja, suka sangat menerai barang mekap ye. kawan punya, takpun curi yang mak. konon nak test la. muka lagi jadi lawa kot. hahaha.. sibuk belek majalah mangga. tengok pi artis lawa, pakai swimming suit pose tepi kolam renang. isshhh..memori oh memori. skang takde dah yang tergila ngan majalah mangga. ngan buah mangga ada la. tak 'up' la baca mangga. kena baca english mags.huh..melayu pun ok ape. jangan benci yee

time dewasa ni..balik keje, nak cuci muka ngan teratur pun tak sempat. nak kejar ape, tak tau la. drama pukul 7 kot. kan best-best skang ni. kat tv3. MC rasa, dah sampai masa praktis/makan ape yang perlu untuk badan. patutnya dah start dari usia awal. tapi almaklum laa..degil..ignorant. pastu mula la sibuk dok google untuk makanan kesihatan la..tips untuk kecergasan badan. tapi MC dah set mind, no more slimming product. health care product boleh. kalau dapat yang natural, lagi ok. jangan rely sangat on chemical. tak elok darling..

ni MC nak buat kerabu rumpai laut. semalam dah rendam. nanti campur ngan jus limau nipis, slice bawang merah, cili, udang kering tubuk, garam, gula..nyummm..gula tu takyah pun takpe. tau kan khasiat rumpai laut sabah tu?? kalau tak tau, sila la google. tu kira satu kaedah untuk sihat yang murah.

Jangan ego konon badan kita sihat, tak main la bab-bab awet muda, melawa ni..kerja penting. muka dah ok. helloooo..kan nak pakai semua tu untuk long term. kang laki pengsan tengok. tak pun bini nangis. yag penting, sayangi diri anda. :)

entry holiday esok-esok la. masalah biasa, takleh upload pic kat pc opis..hohoho..

Thursday, May 23, 2013

Jalan-jalan cari makan

Hai..

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK to those yang celebrate it. yang tak celebrate, selamat bercuti. nak pegi mana tu?? tunggu MC update pic nanti ye. nak pegi jenjalan ni..hihi. hari ni pun keje half day je..babai!!!!

Wednesday, May 22, 2013

siapa kita tanpa ibu?

banyak nya isu-isu family skang ni. MC bukan nak menyibuk. tapi sebab dah sakit mata tengok topik ni tengah hot. meletup-letup orang dok cakap. meleret-leret. haisshh..

masa kecik, mak nak makan tu, nak makan ni..tolong iron baju sekolah. kasut dah la cuci ala kadar, pemalas. mak jugak la yang tolong kapur. putih le jadinya. tu tak masuk nak duit beli gula-gula la, berebut tengok tv. ingat mak korang tak pening melayan? nasib baik dia mak. sabar. kalau kakak cam MC, mau kena pelangkung. hihihi..tanya la adik MC. takla sampai pelangkung. tapi membebel berjela gak la kalau tak puas hati. biasala, perasan mau jadi queen control. hahaha..

benci la pc kat opis ni. takleh nk upload pic..huhu..okay..jangan komplen. dia takmo MC curik tulang ni. jap ye. pas update ni, terus buat keje. :p

kan dah lari topik..pc oh pc. MC pun bukan kecik terus jadi besar ni. step by step. ada satu level tu, rasa jeles je ngan adik beradik. siap merajuk konon tak adil la.siapa kita nak cakap pasal adil tak adil?? dah tolong lahirkan, ada hati nak cakap cmtu. kalau bole pilih, kang kamu kat dalam perut je.

kalau ada masalah, selesaikan. kalau rumit, mungkin berjauhan sekejap membantu. tenangkan fikiran. at the same time, infrom yang kita nak tenangkan fikiran. maybe tak bole contact for a week ke. dalam marah, ada risau. hormat la. MC cakap based on pengalaman sendiri. betul, kadang-kadang rasa macam bengang, marah, kecik hati. sebab kita dah besar kan. terpengaruh ngan kawan-kawan, tv..macam-macam. sebab tu MC lagi suka dok jauh skit but call at least sekali seminggu. sebab kalau dah dok sebumbung, ada tendency nak bergaduh kot..rasanya la

MC memang dah biasa dok jauh. so, ok je. jangan lupa mak pak ok. buat mak bapak pulak, kalau ada masalah, pun selesaikan elok-elok. jangan terburu-buru buat keputusan. iye, kita pun ada egonya. tapi kalau dua-dua pihak taknak turunkan ego, sampai bila pun tak abis. jangan rumitkan keadaan.

MC doakan korang semua, kalau marah, muhasabah diri. dah cukup baik ke kita ni? kena marah sket dah muncung merajuk. fikir sejenak. sejukkan hati. buang rasa marah. berbaiklah..:)

Tuesday, May 21, 2013

Jangan menghina rezeki

penat tak keje? kadang-kadang boring, terkejar-kejar time keje. memang patut pun kita reward diri sendiri dengan food yang best-best. kalau mampu. kalau kurang mampu, cukup sekadar makanan yang mengeyangkan. mungkin lain kali ada rezeki lebih, bole la makan macam-macam.

tapi MC sangat tak suka kalau ada spesis yang suka kutuk kaw-kaw makanan. betul kita bengang kalau bayar mahal, makanan tak sedap. kita semua kan 'love our mom's food'. so try pikir panjang sket. kedai tu bukan mak kita punya. so of course la tak meneparti taste kita ni. tapi sebab kau tengah lapar, mak pulak dok jauh, makan je la. kalau tak suka, ok..merungut. tapi stop it when you steop out from the shop. ni tak habis canang kedai tu tak sedap la, mahal la..hellooo, ada je yang cakap sedap.

kalau tak suka, jangan beli lagi kat kedai tu. dia mencari rezeki. tak pasal nak tambah dosa dengan mengutuk. eleh, kau masak pun tak reti ada hati nak kutuk ala-ala papa joe. huh!!

hahaha..emo kan? tapi tu la. MC ni jenis tak cerewet. selagi makanan tu tak mentah, cukup garam gulanya, MC makan je. MC bukan orang kaya yang bole pegi makan restoran hari-hari. gerai ke, kantin ke, asal perut tak kosong.

jangan sampai tuhan tarik balik rezeki kita, baru menyesal